HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

CORALLIUM RUBRUM
Red Coral
(CORALLIUM)

Ujibukti (provings) batu karang menunjukkan pembentukan banyak koriza dan epistaksis, malahan juga pengulseran di dalam lubang hidung. Ia juga patut difikirkan bagi rawatan batuk kokol dan batuk-batuk spasmodik, terutama apabila serangan timbul disertai dengan batuk yang terlalu pesat, dan bila serangan-serangan menuruti terlalu rapat seolah-olah saling bertindih antara satu sama lain. Sering pula ia didahului oleh perasaan kelemasan, diikuti oleh penat keletihan. Kongesi pada muka selepas makan malam. Muka pesakit menjadi ungu. Paroksisme hebat, bahkan disertai ekspektorasi mengandungi darah. Perasaan seolah-olah udara dingin mengalir melalui tengkorak dan saluran udara. Pesakit merasakan terlalu sejuk bila tidak diselimuti dan terlalu panas bila diselimut; lega dengan haba tiruan.

Kepala. Merasakan terlampau besar; sakit kuat seolah-olah tulang parietal telah direnggangkan; melarat bila membongkok. Kedua mata panas dan menyakitkan. Sakit kepala frontal yang sudah berakar umbi serta sakit teruk di belakang bebola mata. Sakit ditambah melarat bila bernafaskan udara sejuk melalui hidung.

Hidung. Bau-bau asap, bawang, dan sebagainya. Ulser menyakitkan dalam lubang hidung. Katar belakang hidung. Rembesan mukus banyak, keluar melalui lubang hidung posterior; udara terasa sejuk. Koriza kering; hidung tersumbat dan berulser. Epistaksis.

Mulut. Makanan terasa bagaikan habuk gergaji. Roti rasa seperti jerami. Bir terasa manis. Sakit dalam persendian rahang bawah sebelah kiri. Sangat sukakan masin.

Respiratori. Mengahak keluar mukus yang berlebihan. Kerongkong sangat sensitif, terutama kepada udara. Katar hidung, banyak berlebihan. Udara yang disedut terasa sejuk (Cistus). Sekresi cecair lendir yang banyak keluar melalui lubang hidung posterior. Kering, spasmodik, batuk menyesakkan; batuk terlalu pesat, pendek, menyalak. Batuk serta kepekaan saluran udara; terasa sejuk ketika menarik nafas panjang. Batuk berterusan seperti histeria. Perasaan sesak lemas dan letih kepenatan selepas batuk kokol.

Lelaki. Borok ulser atas glan dan kulup dalaman (prepuce), serta cecair warna kuning (ichor). Emisi dan kelemahan tenaga seksual. Perpeluhan berlebihan pada alat kemaluan.

Kulit. Ulser merah, leper. Berwarna batu karang (coral coloured), kemudian jadi bintik-bintik merah gelap, selepas itu berubah menjadi bintik-bintik warna tembaga. Psoriasis pada telapak tangan dan tapak kaki.

Modaliti. Melarat dalam udara terbuka, perubahan suhu bilik dari panas kepada sejuk.

Hubungan. Komplementari: Sulph.

Bandingkan: Bellad; Droser; Mephit; Caust.

Dos. Atenuasi ketiga hingga tiga puluh.

 

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020