Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ABSINTHIUM
Common Wormwood

Absinthium menghasilkan gambaran lengkap sawan epiletiform. Getaran saraf mendahului serangan sawan. Pening kepala teruk dan tiba-tiba, meracau serta halusinasi dan tidak sedarkan diri.  Keterujaan, gugup dan sukar lelapkan mata. Ruang lingkup remedi ini termasuk iritasi serebral, histeria dan spasma infantil. Jika terdapat keracunan oleh cendawan. Korea. Tremor. Gugup kegementaran, keterangsangan, dan sukar tidur pada kanak-kanak.

Minda.-- Halusinasi. Nampak sesuatu yang menakutkan. Kleptomania (kecenderungan mencuri). Hilang ingatan. Lupa terhadap apa yang baru saja terjadi. Tidak mahu terlibat dengan sesiapa. Kejam, ganas.

Kepala.-- Vertigo, serta cenderung terjatuh ke belakang. Keliru. Inginkan kepala direndahkan ke bawah. Anak mata terbeliak secara tidak sama. Muka kebiruan. Sentakan spasmodik saraf muka. Sakit kepala lembap di bahagian oksiput. (Gelsem, Picric ac).

Mulut.— Kedua rahang tetap/terkunci. Tergigit lidah; lidah bergerak-gerak; rasa bagaikan membengkak dan terlalu besar; menjulur keluar.

Kerongkong.— Rasa melepuh; seolah-olah ada ketulan.

Gaster.-- Loya; rasa menjeluak; sendawa. Kembung di sekitar kawasang pinggang dan abdomen. Ada angin kolik.

Urin.— Ingin kencing sentiasa. Baunya amat kuat; warna kuning terang (Kali phos).

Seksual.— Sakit mencucuk-cucuk di dalam ovari kanan. Spermatorea, serta bahagian kemaluannya lemah, relaks. Menopaus pramatang (sebelum waktunya).

Dada.— Rasa berat di atas dada. Tidak teratur, denyutan kacau-bilau jantung boleh didengar di sebelah belakang.

Ekstremiti.—Sakit di dalam semua anggota kaki tangan. Simptom lumpuh.

Hubungan.-- Bandingkan: Alcohol; Artemisia; Hydrocy acid; Cina; Cicuta.

Dos.—  Potensi pertama hingga keenam.

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2017