Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ACONITUM NAPELLUS
Monkshood
.

          Satu keadaan takut, resah gelisah, minda dan tubuh tersiksa. Manifestasi penawar Aconite paling ketara ialah kegelisahan fizikal dan mental, ketakutan. Diperlukan dalam kes-kes akut, muncul secara tiba-tiba, dan serangan mengejut, serta demam.  Tidak ingin disentuh. Kekuatan hilang secara mengejut. Aduan-aduan dan  ketegangan disebabkan oleh terdedah kepada cuaca sejuk dan kering, tiupan udara sejuk, perpeluhan tersekat, juga aduan yang disebabkan oleh cuaca yang teramat panas, terutama gangguan-gangguan gastro-usus. Remedi pertama dalam kes keradangan, demam inflamasi. Membran serus dan tisu-tisu otot terjejas dengan ketara. Membakar di bahagian-bahagian dalam; berdenyut menyengat, kedinginan dan kekebasan. Influenza, tensi/ketegangan arteri-arteri; ketegangan emosi dan mental fizikal (mental physical tension) menjelaskan banyak simptom-simptom. Apabila mempreskripsi Aconite, ingat bahawa sebab-musabab gangguan Aconite hanyalah pada gangguan fungsian, tiada bukti yang ia boleh menghasilkan perubahan tisu - tindakannya singkat dan tidak menunjukkan keberkalaan. Ruang tindakannya ialah pada permulaan suatu penyakit akut, dan tidak harus diteruskan selepas timbul perubahan patologi. Dalam hiperemia, kongesi tidak berlaku selepas lelehan eksudasi. Ia juga boleh diberikan bagi influenza [Influenzin.].

Minda. Terlalu takut, bimbang dan kerungsingan mengiringi setiap penyakit, walaupun sakit remeh-temeh. Racauan berunsurkan kebimbangan yang menyedihkan, takut, meracau, jarang sekali tidak sedarkan diri. Berfirasat dan ketakutan. Takut mati; percaya bahawa tidak lama lagi ia akan mati, meramalkan harinya. Takut menghadapi masa depan, sekumpulan orang ramai, melintas jalan. Keresahan, berbolak-balik. Kecenderungan memulakan gerak terkejut. Imaginasi tajam, meramal/menujum. Sakitnya tidak tertahan; mendorongnya menjadi gila-gilaan. Tidak tahan mendengar muzik, menjadikannya (p) sedih (Ambra). Terfikir bahawa buah fikirannya datang daripada perut;- bahagian badannya adalah tebal secara luar biasa. Merasakan seolah-olah apa yang baru sahaja dilakukan hanyalah satu mimpi.

Kepala. Penuh sesak, berat, berdenyut, panas, meletup, membakar, rasa beralun. Tekanan di tulang pangkal otak (Hedera Helix.) Sakit kepala membakar seolah-olah otak digerakkan oleh air mendidih (Indigo.) Vertigo; pening melarat ketika bangkit (Nux. Opium) dan menggelengkan kepala. Rasa di puncak kepala seolah-olah rambut ditarik atau berdiri tegak. Meracau kuat pada waktu malam.

Mata. Merah, menyala keradangan. Rasa kering dan panas, seolah-olah pasir berada di dalam. Kelopak mata bengkak, keras dan merah. Tidak suka kepada cahaya. Air mata meleleh banyak selepas terdedah kepada angin kering, sejuk, refleksi daripada salji, selepas mengeluarkan debu (cinders) dan (selepas mengeluarkan) lelain benda asing.

Telinga. Sangat sensitif kepada bunyi bising, tidak dapat tahan bunyi muzik. Bahagian luar telinga panas, merah, sakit, bengkak. Sakit telinga (Cham.). Rasa seperti titis-titis air di dalam telinga kiri.

Hidung. Penciuman amat sensitif. Sakit pada pangkal hidung. Hidung berair; banyak bersin; berdenyut-denyut di dalam lubang hidung. Keluar darah yang berwarna merah cerah. Membran mukus kering, hidung tersumbat; kering atau beserta koriza berair jernih yang sangat sedikit.

Muka. Merah, panas merah padam, bengkak. Sebelah pipi merah, sebelah lagi pucat (Cham., Ipec.). Muka merah menjadi pucat seperti mayat atau pesakit menjadi pening sewaktu bangkit. Rasa menggelenyar di kedua pipi dan kekebasan. Neuralgia, terutamanya di sebelah kiri serta gelisah, menggelenyar dan kekebasan. Sakit dalam rahang. 

Mulut. Kebas, kering dan menggelenyar. Lidah membengkak; hujungnya rasa menggelenyar. Gigi sensitif terhadap sejuk. Sentiasa menggerak-gerakkan rahang bawah seperti mengunyah. Gusi panas dan radang. Lidah diselaputi warna putih. [Antim. crud.]

Kerongkong. Merah, kering, mencerut, kebas, menyucuk, membakar, menyengat. Tonsil bengkak dan kering.

Gaster. Muntah-muntah beserta takut, panas, berpeluh keringat dan banyak kencing. Dahagakan air sejuk. Semua terasa pahit kecuali air sejuk. Tersangat dahaga. Minum, muntah dan ia mengisytiharkan bahawa ia akan mati. Muntah air hempedu, mukus, mengandungi darah, kehijauan. Rasa tekanan di dalam perut beserta dispnea, payah bernafas. Hematemesis; muntah keluar darah. Membakar dari perut ke esofagus.

Abdomen. Panas, tegang, timpanitik. Sensitif dengan sentuhan. Kolik; perut memulas, sebarang kedudukan tidak melegakan. Simptom-simptom abdomen lega selepas mengambil sup panas. Terbakar di sekitar pusat.

Rektum. Sakit beserta gatal dan rasa menyucuk di dalam lubang dubur pada waktu malam. Najis kecil dan kerap beserta tenesmus; hijau seperti herba yang ditumbuk. Air kencing putih beserta merah. Discaj kolera serta tidak sedar, cemas dan kegelisahan. Buasir berdarah. (Hamam.) Kanak-kanak yang kena diareacair seperti air. Mereka sangat suka menangis, mengadu, payah tidur dan gelisah.

Urin. Sangat sedikit, merah, panas, menyakitkan. Tenesmus dan rasa terbakar pada pangkal pundi kencing. Rasa terbakar di saluran kencing. Kencing tertahan, berdarah. Selalu khuatir sewaktu mula hendak kencing. Kencing tertahan serta memekik dan resah gelisah, sambil memegang-megang kemaluan. Kawasan ginjal (pada ari-ari) sangat sensitif. Kencing banyak, keringat melimpah dan cirit-birit.

Lelaki. Rasa merayap-rayap dan menyengat di dalam glans. Sakit memar dalam buah zakar, bengkak, keras. Kerap mengeras tegang dan keluar mani. Tegang zakarnya menyakitkan.

Perempuan. Liang faraj kering, panas, sensitif. Haid terlalu melimpah, serta hidung berdarah, berpanjangan, lambat. Cemas kalut bila haid bermula. Haid tertekan kerana takut, sejuk pada orang berwajah kemerahan (plethoric). Ovari penuh sesak dan sakit. Sakit menusuk tajam menembak-nembak di dalam rahim. Sakit selepas bersalin, disertai takut dan gelisah.

Respiratori. Sentiasa ada tekanan di sekitar dada kiri. Sesak nafas walau bergerak sedikit. Parau, kering, batuk mencungap. Nyaring, payah bernafas. Kanak-kanak memegang kerongkong setiap kali dia batuk. Sangat sensitif dengan udara yang disedut. Nafas pendek. Larinks sensitif. Mencucuk-cucuk di dalam dada. Batuk, kering, pendek, keras; melarat malam dan selepas tengah malam. Rasa panas di dalam paru-paru. Darah keluar semasa mendehem atau berdahak. Menggelenyar dalam dada selepas batuk.

Jantung. Jantung bergerak cepat secara luar biasa (tachycardia). Gangguan pada jantung beserta sakit di bahu kiri. Sakit mencucuk-cucuk di dalam dada. Berdebar, khuatir serta cemas, pitam dan jari-jari menggelenyar. Nadi penuh, keras, tegang dan memantul, kadang-kadang terhenti-henti. Salur arteri pelipis dan karotid terasa bila duduk.

Belakang. Kebas, kaku, keras, terasa menyakitkan. Merayap dan menggelenyar seolah-olah memar. Ketegangan pada tengkuk. Memar sengal di antara tulang belikat (scapulae).

Ekstremiti. Kekebasan dan menggelenyar, rasa sakit menembak-nembak; sejuk seperti air batu tetapi tangan dan kaki tidak terasa. Lengan rasa lemah, memar, berat, kebas. Rasa sakit menurun ke tangan kiri [Cact., Crotal., Kalmia, Tabac.] Tangan panas dan kaki sejuk. Radang reumatik sendi-sendi; melarat malam hari, bengkak merah berkilat dan sangat sensitif. Sendi pinggul dan paha rasa tempang, terutama selepas berbaring. Lutut tidak tegap; Kecenderungan kaki untuk membelok. (Aescul.) Ligamen semua sendi lemah dan kendur. Semua sendi berderik-derik tidak sakit. Kedua belah tangan timbul (hypothenar eminences) warna merah menyala. Rasa seperti titik-titik air turun ke paha.

Tidur. Mengigau. Tiap-tiap malam meracau. Mimpi-mimpi yang mencemaskan. Sukar lelap, gelisah dan resah tidak dapat tidur. [Guna potensi 30] Terkejut semasa tidur. Mimpi berpanjangan dengan dada sentiasa cemas. Insomnia bagi orang tua.

Kulit. Merah, panas, bengkak, kering, membakar. Purpura miliaris. Ruam-ruam seperti campak. Berdiri bulu roma. Formikasi dan kekebasan. Seram sejuk dan formikasi ke punggung. Kegatalan pruritus lega dengan stimulan.

Demam. Peringkat demam paling nyata. Peluh sejuk dan muka sejuk seperti air batu. Sejuk dan panas berselang seli. Seram sejuk sebelah malam selepas masuk tidur. Gelombang sejuk menguasai seluruh tubuh. Sentiasa dahaga dan resah gelisah. Seram sejuk bila disentuh atau tidak mengguna selimut. Panas kering dan muka merah. Ubat paling berharga bila disertai simptom kesengsaraan mental dan resah gelisah. Peluh keluar mencurah-curah sebelah terbaring, melegakan semua simptom. 

Modaliti. Mengurang di udara lapang;  melarat dalam bilik panas, di sebelah petang dan malam; melarat berbaring di bahagian yang sakit, daripada muzik, daripada asap rokok, angin kering sejuk.

Cuka (vinegar) dalam dos yang banyak adalah penawar untuk kesan-kesan keracunan

Hubungan. Asid, wain dan kopi, lemonade dan buah-buahan berasid mengubahsuai tindakannya.

Tidak ditunjukkan dalam demam malaria dan demam peringkat rendah atau hektik dan kondisi piaemia, dan dalam inflamasi apabila bertempat. Sulphur sering mengikutinya. Bandingkan Cham dan Coffea dalam kesakitan kuat dan tidak dapat tidur.

Agrostis bertindak seperti Acon dalam demam dan inflamasi, begitu juga Spiranthes.

Penawar komplemen:  Arnica dalam kes trauma, Coffea semasa demam, dan Sulphur.  Sulphur boleh dianggap Aconite kronik.  Ia kerap menyempurnakan kesembuhan yang dimulakan oleh Aconite.

Bandingkan:  Bellad.; Cham.; Coffea; Ferrum phos.

Aconitine.-- (Perasaan berat seolah-olah daripada plumbum; sakit-sakit dalam saraf supraorbital; sensasi sejuk bagaikan ais merayap ke atas; simptom-simptom hidrofobia. Tinnitus aurium, 3x). Sensasi menggelenyar.

Aconitum Lycotonum.--Great yellow wolfsbane.-- (Kelenjar-kelenjar bengkak; Penyakit Hodgkin. Diarea selepas memakan khinzir. Gatal pada hidung, mata, dubur dan vulva. Kulit hidung merekah pecah; rasa berupa darah).

Aconitum Cammarum.--(Sakit kepala beserta vertigo dan tinitus. Simptom-simptom katalepsi. Formikasi pada lidah, bibir dan muka).

Dos. Potensi keenam untuk penyakit gangguan deria; potensi pertama hingga ketiga untuk keadaan kongestif. Mesti kerap diulangi dalam penyakit-penyakit akut.  Aconite bertindak dengan cepat. Dalam kes neuralgia, tinktur akarnya lebih diutamakan, satu dos titis (beracun), atau potensi ketiga puluh, itupun bergantung kepada kerentanan/suseptibiliti pesakit.

  

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021