Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ACTAEA SPICATA
Baneberry
(ACTEA SPICATA)

Ini merupakan satu remedi reumatik, terutama yang melibatkan sendi-sendi kecil; dicirikan dengan sakit menggelenyar, mengoyak-ngoyak. Reumatisme pergelangan tangan. Seluruh tubuh rasa berdenyut-denyut, terutama bahagian hati dan ginjal. Spasma kardiovaskular. Sakit melarat akibat sentuhan dan pergerakan.

Kepala.— Takut-takut, mudah takut atau terjerit-jerit; keliru. Darah menggelegak naik ke kepala akibat terangsang kerana meminum kopi. Vertigo, sakit kepala mengoyak-ngoyak, lega bila dibawa ke udara lapang, berdenyut-denyut di dalam otak, sakit daripada kawasan jambul hingga antara dua bulu kening; panas di dalam dahi, sakit dalam sebelah kiri dahi (eminens frontal) seolah-olah tulang dihancur remuk. Gatal-gatal pada kulit kepala bergilir dengan rasa panas; merah di hujung hidung, koriza keluar lancar.

Muka.— Sakit kuat pada rahang atas, menjalar dari gigi menerusi tulang malar hingga ke bahagian pelipis. Perpeluhan di kawasan muka dan kepala.

Perut.— Mengoyak-ngoyak, sakit menyucuk di kawasan epigastrik, serta muntah-muntah. Sakit krem di dalam perut dan epigastrium, serta sukar bernafas; rasa kelemasan. Rasa kelesuan secara tiba-tiba selepas makan.

Abdomen.— Pengecutan (retraction) secara spasmodik. Sakit menusuk dan hipogastrium mengembung.

Respiratori.—  Pernafasan pendek,  tidak teratur di sebelah malam, ketika berbaring. Rasa amat tertekan. Pernafasan jadi pendek-pendek apabila terdedah kepada udara sejuk.

Extremiti.—Sakit mengoyak-ngoyak di dalam kangkang. Sakit reumatik di dalam sendi-sendi kecil, pergelangan tangan, (Ulmus) jari-jemari, kedua buku lali, jari-jari kaki. Sendi-sendi membengkak akibat sedikit keletihan. Pergelangan tangan membengkak, merah, melarat dengan sebarang pergerakan. Lemah melumpuhkan di dalam kedua tangan. Rasa tempang di dalam kedua anggota tangan. Sakit di dalam lutut. Rasa letih secara tiba-tiba selepas bercakap atau makan.

Hubungan.—  Bandingkan: Cimicif; Cauloph; Led.

Dos.— Potensi ketiga.

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021