Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

AETHUSA CYNAPIUM
Fool's Parsley

Simptom-simptom khusus berkaitan dengan sistem saraf dan otak, serta berhubung rapat dengan gangguan gastrousus. Petunjuk bagi remedi ini termasuk menangis, derita kesakitan, rasa tidak puas hati dan petanda ketidakselesaan. Simptom serupa ini kerap kali didapati di kalangan kanak-kanak terutama sewaktu gigi mula timbul, aduan-aduan musim panas, di mana terdapat diarea berserta petunjuk yang jelas yang pesakit tidak mampu mencerna susu dan peredaran darah yang lemah. Simptom-simptom serangan selalunya timbul dengan ganas hebat.

Minda. Resah, cemas kebimbangan, menangis. Ternampak-nampak tikus, kucing, anjing, dan sebagainya. Tidak sedarkan diri, meracau. Tidak mampu berfikir, untuk menetapkan perhatian. Kelesuan otak dan minda. Mungkin terdapat simptom kedunguan yang berselang dengan keberangan (bengkeng) dan kerengsaan.

Kepala. Rasa diikat. Sakit pada oksiput menjalar turun ke spina; lega bila berbaring dan digosok. Simptom-simptom kepala lega apabila melepaskan angin (Sanguin) dan berak. Merasakan rambutnya ditarik. Kepala berpusing; vertigo serta rasa mengantuk, juga palpitasi; kepala panas selepas vertigo berhenti.

Mata. Kedua mata mengalami fotofobia; kelenjar Meibomian membengkak. Kedua mata bergolek atau beralun ketika pesakit tertidur. Kedua mata terheret ke bawah; anak mata membeliak.

Telinga. Rasa tersekat atau tersumbat. Perasan sesuatu yang panas dari telinga. Bunyi berdesis atau desiran.

Hidung. Tersumbat dengan lendir pekat tebal. Letusan herpes di hujung hidung. Kerap kali rasa hendak bersin tetapi tak menjadi.

Muka. Bengkak dan semput, serta berbintik merah, rebah. Nampak bimbang, penuh dengan kesakitan; ada tanda linea nasalis.

Mulut. Kering. Afta, sariawan. Nampak lidah seperti terlalu panjang. Membakar dan pustul dalam kerongkong, serta sukar menelan.

Gaster. Tidak toleran dengan susu; muntah sebaik sahaja meminumnya atau mengambil dalam bentuk dadih secara banyak. Lapar selepas muntah. Memuntahkan makanan kira-kira sejam selepas makan. Muntah benda-benda putih berbuih dengan hebat. Loya bila saja melihat makanan. Kontraksi kawasan perut yang menyakitkan. Muntah-muntah, berserta sangat lemah dan berpeluh, yang disertai dengan rasa derita dan sengsara, kemudian diikuti rasa mengantuk. Perut bagaikan berpusing tunggang terbalik, serta dengan rasa membakar sehingga ke dada. Sakit mengoyak-ngoyak di dalam perut menjalar ke esofagus.

Abdomen. Di bahagian luar dan dalam rasa sejuk, serta amat sakit dalam usus. Kolik, diikuti dengan muntah-muntah, kepala berpusing, dan keletihan. Tegang, kembung, dan sensitif. Rasa gelembung sekitar pusat.

Najis. Najis halus, kehijauan dan tidak cerna, didahului dengan kolik, serta tenesmus, diikuti dengan keletihan dan rasa mengantuk. Cholera infantum; Kanak-kanak kesejukan, peluh melekit, tidak bermaya, serta matanya meliar dan anak mata membeliak. Sembelit teruk; rasa seolah-olah tiada tindakan kerja usus. Jangkitan kolera di kalangan orang tua.

Urinari. Sakit memotong-motong dalam pundi kencing, serta kerap rasa hendak buang air. Sakit dalam kedua ginjal.

Perempuan. Sakit menusuk dalam organ-organ seks. Jerawat; gatal bila hangat. Haid cair. Kelenjar susu membengkak, dengan rasa sakit menusuk-nusuk.

Respiratori. Payah bernafas, tertekan, bimbang dan mencerut tegang. Penderitaan menyebabkan pesakit tidak terkata (terdiam).

Jantung. Palpitasi hebat, berserta vertigo, sakit kepala dan resah gelisah. Denyutan nadi laju, keras dan halus.

Belakang dan Ekstremiti. Pesakit memerlukan tenaga untuk berdiri atau menegakkan kepala. Belakang terasa seolah-olah dalam sejenis pengapit. Sakit di tengah-tengah belakang pinggang. Kelemahan di tungkai bawah. Jari-jemari dan ibu jari mengepal. Kedua tangan dan kaki kekebasan. Spasma hebat. Mata juling ke bawah.

Kulit. Paha melecet ketika berjalan. Mudah berpeluh. Permukaan tubuh sejuk dan dilitupi peluh melekit. Kelenjar sistem limfa membengkak. Letusan di sekitar sendi-sendi terasa gatal. Kulit kedua tangan kering dan mengecut. Ekimosis. Anasarka.

Demam. Sangat panas; tiada rasa dahaga. Peluh sejuk dan banyak. Mesti diselimuti bila berpeluh.

Tidur. Diganggu oleh kejutan atau sentakan kuat; perpeluhan sejuk. Terlelap selepas muntah atau berak. Kanak-kanak yang amat keletihan, sehingga menyebabkan tertidur dengan segera.

Modaliti. Melarat antara jam 3 hingga 4 pagi dan di sebelah petang, hangat, musim panas. Lega bila keluar ambil udara luar dan ditemani.

Hubungan. Bandingkan dengan: Athamantha (kepala keliru, vertigo lega dengan berbaring, rasa dan air liur pahit. Kedua tangan dan kaki sejuk bagaikan ais); Antimon; Calc; Ars; Cicuta. Komplemen: Calc.

Dos. Potensi ketiga hingga ke tiga puluh.

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021