Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

AGARICUS MUSCARIUS
Toad Stool-Bug Agaric
(AGARICUS MUSCARIUS-AMANITA)

Kulat ini mengandungi beberapa kompaun toksik, yang paling dikenali ialah Muscarin. Simptom-simptom keracunan tidak berkembang dengan cepat, biasanya dua belas hingga empat belas jam berlalu baru nampak serangan awal. Tidak terdapat sebarang antidot, rawatan bersifat simptomatik (bergantung sepenuhnya kepada simptom-simptom - Schneider). Agaricus bertindak sebagai intoksikan (bahan pemabuk) terhadap otak, menghasilkan lebih vertigo dan racauan berbanding alkohol, diikuti dengan rasa mengantuk (sopor) yang mendalam serta refleks (pantulan) yang rendah.

Petunjuk utama Agaricus ialah menyentak-nyentak, merenggut-renggut, menggigil dan gatal-gatal. Permulaan ftisis; adalah berhubungan dengan diatesis tuberkular, anemia, korea, merenggut-renggut (mata) berhenti ketika tidur. Simptom-simptom lain remedi termasuk neuralgia, jangkitan berspasma, dan gangguan kulit neurosis. Ia bersesuaian dengan pelbagai bentuk rangsangan serebrum berbanding kongesi. Justeru, ia berguna bagi merawat keadaan meracau ketika demam, alkoholisme, dan seumpamanya. Kegunaan lain ialah untuk kelumpuhan umum. Rasa seolah-olah dicucuk oleh jarum yang amat sejuk. Sensitif dengan urutan dan udara sejuk. Sakit menekan ke bawah yang hebat. Simptom-simptom timbul secara diagonal seperti lengan kanan dan kaki kiri. Sakitnya pula disertai oleh rasa kesejukan, kekebasan dan menggelenyar/menyengat.

Minda. Gemar menyanyi, bertutur, tetapi enggan menjawab. Becok dan ramah (loquacity). Tidak suka kerja. Tidak kisah/acuh. Tidak takut. Meracau dicirikan dengan nyanyian, meneriak, dan mengomel; bersajak dan membuat ramalan. Bermula dengan simptom menguap yang bertalu-talu.

Beberapa ujibukti menunjukkan empat fasa rangsangan serebrum.

1. Sedikit rangsangan - ditunjukkan oleh pertambahan keriangan, keberanian, keramahan, khayalan tinggi.

2. Lebih mabuk - rangsangan mental yang hebat dan bercakap tidak keruan, gaya jalan/keriangan melalut berselang dengan kemurungan. Hilang persepsi terhadap saiz objek, mengambil langkah panjang dan melompat atas benda-benda kecil seolah-olah objek-objek itu batang-batang pokok - satu lubang kecil kelihatan bagaikan satu jurang yang menakutkan, secamca air bagaikan  sebuah tasik besar. Kekuatan fizikal meningkat, boleh mengangkat beban yang berat. Bersama-sama dengan itu terdapat simptom sentak-sentak.

3. Peringkat ketiga menghasilkan satu keadaan racauan marah menyinga, menjerit-jerit, meraban, ingin mencederakan diri sendiri dan sebagainya.

4. Peringkat keempat - Kemurungan mental, kelesuan, ketidak-acuhan, keliru kebingongan, keengganan untuk bekerja dan sebagainya. Kita tidak melihat kesesakan aktif pada serebrum sebagaimana Belladonna, tetapi suatu kerangsangan saraf seperti yang ditemui dalam racauan tremens, racauan demam dan sebagainya.

Kepala. Vertigo: pening berpusing akibat cahaya matahari, dan bila berjalan. Kepala dalam keadaan sentiasa bergerak. Meliuk ke belakang, seolah-olah berat di bahagian belakang kepala (occiput). Sakit kepala lateral, seolah-olah dipaku (Coff; Ignat). Sakit kepala tumpul lembap kerana terlalu lama buat kerja di meja. Kesejukan seperti air batu, bagai tusukan jarum berais, atau serpihan kayu. Neuralgia serta kepala sejuk bagai ais. Kepingin menutup kepala dengan sehangatnya (Silica). Sakit kepala berserta hidung berdarah atau discaj lendir tebal.

Mata. Sukar membaca, seolah-olah huruf bertaip bergerak,atau berenang. Getaran bayangan. Pandangan nampak dua (Gels), samar dan berkelip-kelip. Astenopia akibat lama dalam ketegangan, spasma akomodasi. Merenggut-renggut kedua kelopak mata dan bebola mata (Codein). Sisi kelopak mata merah, gatal dan membakar serta melekat. Sudut bahagian dalam tersangat merah.

Telinga. Membakar dan gatal, seolah-olah beku. Otot-otot telinga merenggut-renggut dan bunyi bising.

Hidung. Gangguan-gangguan saraf hidung. Di bahagian dalam dan luar terasa gatal-gatal. Selepas batuk, bersin secara tiba-tiba; sensitif; discaj cair tanpa keradangan. Sudut dalam hidung teramat merah. Discaj busuk, hitam, dan mengandungi darah. Berdarah hidung di kalangan orang tua. Perasaan kesakitan dalam hidung dan mulut.

Muka.  Otot-otot muka rasa tegang; merenggut-renggut; muka gatal dan membakar. Sakit menusuk, mengoyak-ngoyak dalam kedua pipi, seolah-olah ditusuk kayu. Sakit saraf seolah-olah jarum sejuk menyucuk menerusi saraf atau air batu tajam menyentuh kulit.

Mulut. Rasa membakar dan pedih di kedua bibir. Pada kedua bibir juga terdapat herpes. Merenggut-renggut. Pengecapan manis. Afta di lelangit dalam mulut. Sakit seperti ada kayu dalam lidah. Dahaga sentiasa. Lidah menggeletar (Lach) dan berwarna putih.

Kerongkong. Menyucuk halus di sepanjang tiub eustacho hingga ke telinga. Rasa tercerut. Terdapat kahak berupa bebola kecil yang keras keluar. Kekeringan dalam farinks, dan sukar menelan. Menggaruk dalam kerongkong; hingga tidak dapat menyanyi.

Gaster. Bersendawa kosong, rasa seperti buah epal. Gangguan saraf berserta kontraksi secara spasmodik, tersedu. Lapar luar biasa. Perut dan abdomen kembung berisi angin. Banyak berkentut. Rasa membakar dalam perut kira-kira tiga jam selepas makan, kemudian bertukar kepada rasa tekanan lembap. Gangguan gastrik serta sakit menikam di kawasan hati.

Abdomen. Sakit menyucuk halus dalam hati, juga spleen (Ceanothus) dan abdomen. Menyucuk halus di bawah tulang rusuk sebelah kiri. Diarea berserta keluar angin busuk kohong. Najis juga kohong.

Urinari. Sakit menyucuk halus dalam salur uretra. Rasa hendak kencing sangat kuat dan tiba-tiba. Kerap kencing.

Perempuan. Haid bertambah dan datang awal. Gatal-gatal dan rasa mengoyak, serta sakit menekan pada kemaluan dan belakang. Dismenorea berspasma. Sakit peneranan ke bawah yang teruk, terutama selepas putus haid. Rangsangan/keghairahan seksual. Putting payu dara gatal dan membakar. Aduan-aduan selepas bersalin dan bersenggama. Leukorea, serta rasa gatal yang teruk.

Respiratori. Serangan batuk ganas yang boleh dipendam dengan kemauan serta kehendak pesakit, melarat bila makan, juga sakit dalam kepala sementara batuk berakhir. Batuk spasmodik di sebelah malam selepas tertidur, berserta pengeluaran kahak berketul halus. Nafas tertekan teruk. Batuknya berakhir dengan bersin.

Jantung. Denyutannya tidak sekata (irregular), kacau-bilau, selepas menyedut tembakau. Nadi intermiten dan tidak seragam. Kawasan kardiak tertekan, seolah-olah toraks semakin mengecil. Palpitasi; berdebar serta muka kemerahan.

Belakang. Sakit, berserta spina sensitif dengan sentuhan; melarat di kawasan dorsal. Lumbago; melarat dalam kawasan udara terbuka. Tegang di bahagian belakang leher. Otot-otot serviks merenggut-renggut.

Ekstremiti. Kekejangan seluruh anggota. Sakit di atas pinggul. Reumatisme lega dengan bergerak. Kelemahan di kawasan kangkang (loins). Gait; gaya jalan tidak pasti. Menggeletar. Gatal-gatal di kaki dan jari-jarinya seolah-olah beku. Kram kejang dalam tapak kaki. Sakit dalam tulang kering. Neuralgia dalam ataksia lokomotor. Lumpuh bahagian anggota bawah, serta kedua lengan pula berspasma. Kaki menjadi kebas bila menyilangkan kedua kakinya. Sakit lumpuh dalam lengan kiri diikuti dengan palpitasi. Sakit kontraksi mengoyak-ngoyak dalam labu betis.

Kulit. Kulit membakar, gatal, kemerahan, dan bengkak, seolah-olah kesan reput fros (frostbites). Jerawat keras, seperti digigit pijat/kutu. Letusan yang amat gatal dan panas membakar. Ruam sejuk cilblain. Edema angioneurotik; Rosasea. Vena membengkak serta kulit sejuk.

Tidur. Menguap bertalu-talu. Resah kerana terlalu gatal dan panas membakar. Ketika tertidur, terkejut, merenggut-renggut, dan kerap terjaga. Mimpi-mimpi nampak jelas. Mengantuk di waktu siang. Menguap, diikuti ketawa secara tak sengaja.

Demam. Sangat sensitif dengan udara sejuk. Serangan panas hebat di sebelah malam. Berpeluh banyak. Bertompok-tompok kawasan yang panas membakar.

Modaliti. Melarat, dengan udara lapang yang sejuk, selepas makan, sepas bersenggama. Dalam cuaca sejuk, sebelum guruh berbunyi. Melarat dengan tekanan ke atas spina dorsal, yang menyebabkan pesakit ketawa secara tak sengaja. Lega, bila berjalan-jalan secara perlahan.

Hubungan. Bandingkan dengan: Muscarine, Agaric emet (vertigo teruk; semua simptom-simptom lega, air sejuk; mengidamkan air berais; perpeluhan sejuk gastritis, sensasi muntah seolah-olah perut tergantung pada satu tali). Tamus (cilblain dan bintik-bintik jagat). Cimicif; Cann ind; Hyos; Tarantula.

Antidot: Absinth; Coffea; Camphor.

Dos. Potensi ketiga hingga ketiga puluh, dan dua ratus. Gunakan atenuasi rendah dalam kes jangkitan kulit dan kelesuan otak.

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021