Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ALLIUM CEPA
Red Onion

Suatu gambaran koriza, dengan simptom-simptom discaj yang akrid, menusuk hidung dan simptom-simptom laringial, rembesan mata hambar; sejuk biduanita, melarat dalam bilik hangat dan menghala ke petang; lega dalam kawasan udara lapang ditunjukkan oleh remedi ini.  Terutamanya sesuai kepada pesakit flegmatik; menghidap demam selsema dalam cuaca sejuk dan lembap.  Sakit saraf, seperti satu benang halus, berikutan pemotongan (amputations) atau kecederaan pada saraf.  Radang saraf kronik akibat trauma.  Membakar dalam hidung, mulut kerongkong, pundi kencing dan kulit.  Rasa seperti panas membahang ke atas bahagian-bahagian tubuh yang berlainan.

Kepala. Sakit kepala berkatar, kebiasaanya di dahi; melarat di dalam bilik yang panas sewaktu hampir petang. Sakit seperti dicucuk benang dalam muka. Sakit kepala hilang semasa haid; datang kembali apabila pengaliran haid berhenti.

Mata. Merah. Sangat panas membakar dan lakrimasi memeritkan. Sensitif kepada cahaya. Mata berair dan digenangi air; lakrimasi hambar, melimpah, lega dalam udara lapang. Membakar dalam kelopak mata.

Telinga. Sakit telinga, mencucuk-cucuk dalam tiub Eustachio.

Hidung. Bersin, terutama apabila masuk bilik panas. Discaj banyak, cair berair jernih dan tersangat pedih. Rasa seperti satu ketul pada pangkal hidung. Demam jerami atau alergi [Sabad.; Sil.; Psor.] Koriza lancar serta sakit kepala, batuk, dan suara serak keparauan. Polipus.

Gaster. Lapar kebuluran. Sakit dalam kawasan pilorus. Dahaga. Sendawa. Loya.

Abdomen. Perut berkeroncong, angin kentutnya berbau busuk. Sakit dalam hipogastrium kiri. Duduk dalam keadaan perut memulas, bergerak ke sana ke mari.

Rektum. Cirit-birit serta flatus tersangat busuk. Sakit mencucuk-cucuk dalam rektum, gatal dan kulitnya merekah (rhagades) dalam anus. Panas membara dalam rektum.

Urinari. Rasa lemah dalam pundi kencing dan salur uretra. Rembesan urin bertambah serta koriza. Kencing berwarna merah serta sangat tertekan dan membakar dalam uretra.

Respiratori. Serak keparauan. Batuk keras menetak-netak semasa menyedut udara sejuk.  Rasa geli menggeletek dalam larinks. Rasa seolah-olah larinks dibelah atau dikoyak. Pernafasan tertahan akibat daripada tekanan di tengah dada. Rasa mencerut di kawasan epiglotis. Sakit meluas, menjalar ke telinga.

Ekstremiti. Sendi-sendi capik. Borok ulser pada tumit. Afeksi menyakitkan pada jari-jemari berhampiran dengan kuku. Neuralgia pada kaki kudung (amputasi). Kesan buruk daripada kaki basah. Anggota terutama bahagian lengan, rasa sakit dan penat.

Tidur. Menguap serta sakit kepala dan mengantuk. Mulut terbuka semasa tidur nyenyak. Bermimpi-mimpi. Terjaga pada jam 2 pagi.

Modaliti. Melarat di sebelah petang, dalam bilik panas. Lega bila berada dalam udara lapang, dan dalam bilik sejuk.

Hubungan. Bandingkan: Gels.; Euph.; Kali hyd.; Aconite; Ipecac.

Komplementari: Phosphor; Thuja; Puls.

Antidot: Ars.; Cham.; Verat.

Dos. Potensi ketiga.

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021