Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ALOE SOCOTRINA
Socotrine Aloes
(ALOE)

Ia dikatakan sebagai remedi terbaik bagi membantu mengembalikan keseimbangan fisiologi selepas pesakit banyak menelan ubat-ubatan sehingga simptom-simptom penyakit dan simptom-simptom ubat telah bercampur baur (menimbulkan kekacauan). Tiada remedi yang lebih banyak simptom-simptomnya dalam kesesakan portal (portal congestions) dan tiada yang lebih baik memberikan hasil klinikal, untuk kedua-dua keadaan patologi primer dan fenomena sekunder. Ia juga adalah penawar yang sesuai bagi merawat kesan buruk akibat banyak duduk atau mengikut gaya hidup orang kaya (sedentary life). Khususnya sesuai kepada pesakit limfatik dan hipokondriakal. Simptom-simptom rektum selalunya menjadi penentu kesesuaian. Aloe serasi dengan mereka yang keletihan, berumur, dan otai peminum bir (kaki botol) yang flegmatik. Tidak puas hati dan marah mengenai dirinya, berselang-seli dengan lumbago. Kepanasan bahagian luar dan dalam. Terbukti berkesan dalam rawatan konsumsi (penyakit yang menyebabkan penyusutan tisu-tisu) dengan cara memberikan dalam bentuk jus tulin.

Kepala. Sakit kepala berselang dengan lumbago atau sakit pinggang, beserta afeksi intestin dan uterin. Tidak cenderung kepada kerja mental. Sakit-sakit atas dahi, dengan rasa berat dalam kedua mata, sehingga mesti menutup separuh mata. Sakit kepala selepas berak. Sakit tumpul lembap, menekan; melarat daripada panas.

Mata. Kedua mata terpaksa dikecilkan ketika sakit dalam dahi. Berkerlipan di hadapan mata. Kedua mata kemerahan serta pemandangan berwarna  kuning. Sakit jauh ke dalam orbit.

Muka. Kemerahan pada kedua bibir nampak jelas.

Telinga. Bunyi retak merekah terdengar ketika mengunyah. Juga mendengar bunyi bertelingkah dan meletup dengan tiba-tiba dalam telinga kiri. Ada juga bunyi kelenting seperti sejenis logam kecil bergetar dalam kepala.

Hidung. Rasa sejuk di hujung lidah. Berdarah hidung di sebelah pagi ketika bangun tidur. Hidung dipenuhi dengan tahi berkeruping.

Mulut. Rasa pahit dan masam. Bersendawa, tiada rasa, tidak berbau. Kedua bibir merekah dan kering.

Kerongkong. Lendir kental bergumpal tebal. Vena mengalami varikos dalam farinks. Rasa kering dan geselan  dalam kerongkong.

Gaster. Tidak suka daging. Kepinginkan makanan berjus. Selepas makan, timbul flatulens, berdenyut-denyut dalam rektum dan iritasi seksual. Loya serta sakit kepala. Sakit dalam bahagian hulu hati ketika tersilap langkah.

Abdomen. Sakit sekitar pusat yang melarat bila diurut. Rasa penuh di kawasan hati, sakit di bawah tulang rusuk sebelah kanan. Abdomen rasa penuh, berat, panas, mengembung. Berdenyut-denyut sekitar pusat. Rasa lemah, seolah-olah akan diserang cirit-birit (diarea).  Banyak angin terkumpul, menekan ke bawah, menyebabkan distres dalam usus bawah. Sensasi suatu palam penyumbat antara simfisis pubis dan os coccygis, dengan desakan untuk berak. Kolik sebelum dan semasa berak. Kentut banyak dan rasa membakar.

Rektum. Sentiasa rasa peneranan ke bawah dalam rektum; berdarah, sakit, dan panas; lega dengan air sejuk. Rasa kelemahan dan kehilangan kuasa cerutan dubur.  Rasa tidak selamat dalam rektum bila melepaskan angin. Tidak pasti sama ada angin atau najis akan keluar. Najis keluar tanpa perlu meneran, hampir tidak sedar. Najis cair, bergumpal, seperti jeli serta rasa sakit dalam rektum selepas berak. Banyak lendir, serta sakit dalam rektum selepas berak atau keluar najis. Hemoroid keluar seperti gugusan anggur; amat sakit dan lembut; lega bila dibasuh dengan air sejuk. Membakar dalam dubur dan rektum. Sembelit serta rasa tekanan berat, di bahagian bawah abdomen. Diarea kerana minum arak.

Urinari. Tidak dapat mengawal kencing (incontinence) di kalangan orang tua, sensasi meneran ke bawah dan prostat membesar. Air kencing sedikit dan berwarna merah gelap.

Perempuan. Rasa peneranan ke bawah dalam rektum, melarat bila berdiri dan ketika haid. Rahim rasa berat, kerana itu tidak boleh berjalan jauh. Sakit seperti hendak bersalin dalam kangkang, merebak sakit ke kedua kaki. Pendarahan klimakterik. Haid keluar terlalu awal dan terlalu banyak.

Respiratori. Batuk musim sejuk, serta rasa gatal-gatal. Payah bernafas, serta rasa menyucuk-nyucuk halus bermula dari hati ke dada.

Belakang. Sakit di tengah-tengah bahagian belakang pinggang; melarat bila bergerak. Rasa menyucuk halus menembusi sakrum. Lumbago berselang dengan sakit kepala dan buasir.

Ekstremiti. Kelumpuhan dalam semua anggota. Sakit menarik dalam sendi-sendi. Tumit kaki sakit bila berjalan.

Modaliti. Melarat di waktu awal pagi; musim panas; hangat; dalam cuaca panas, kering; selepas makan atau minum. Lega dengan sejuk, dalam udara lapang.

Hubungan. Komplemen: Sulphur; Bandingkan dengan: Kali bich; Lycop; Allium sat. Antidot: Opium; Sulph.

Dos. Potensi keenam dan ke atas. Dalam gangguan rektum, beri beberapa dos Aloe potensi ketiga, kemudian tunggu dan perhatikan. 

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021