Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ALUMEN
Common Potash Alum

Aplikasi klinikal Alumen merujuk kepada simptom-simptom yang melibatkan usus, iaitu dalam kes sembelit yang degil dan dalam hemoraj daripada usus akibat demam kepialu - satu fasa kelemahan yang melumpuhkan pada otot-otot dalam semua bahagian badan. Juga ketara adalah kecenderungan untuk pengerasan (induration), serta suatu pembentukan tisu baru. Pengerasan tisu-tisu lidah, rektum, uterus dan sebagainya; ulser-ulser berteraskan pengerasan. Sesuai untuk orang-orang tua, terutama dengan katar bronkial. Merasa kekeringan dan pencerutan. Paresis mental; disfagia (sukar menelan) khususnya cecair. Kecenderungan kepada pengerasan, karsinoma keras (scirrhus) pada lidah.

Kepala. Sakit membakar seolah-olah berat menindih puncak kepala, yang lega bila dipicit dengan tangan. Vertigo, serta kelemahan dalam bahagian hulu hati. Alopesia.

Kerongkong. Tekak rehat, relaks. Membran mukus merah dan membengkak. Batuk. Geli menggeletek dalam kerongkong. Berkecenderungan mendapat demam sakit tekak. Tonsil membesar dan mengeras. Sakit membakar hingga ke esofagus. Afonia lengkap. Setiap demam selesema bermukim di kerongkong. Esofagus menjerut.

Jantung. Palpitasi; berdebar akibat berbaring di sebelah kanan.

Rektum. Sembelit teruk yang semakin melarat. Tiada rasa hendak berak berhari-hari. Rasa hendak berak yang hebat tetapi tidak menjadi. Tiada kuasa mengeluarkan najis. Najis keluar seperti guli, tetapi dubur masih rasa penuh. Gatal selepas berak, serta gatal dalam dubur. Sakit bertahan lama dan rasa perit dalam rektum selepas berak; juga ada buasir. Berwarna kuning, seperti najis bayi. Hemoraj daripada usus.

Perempuan. Leher rahim dan kelenjar payu dara cenderung mengeras (Carb an; Con). Discaj faraj berwarna kuning kronik. Gonorea kronik, berwarna kuning, serta ketulan kecil di sepanjang salur uretra. Tompok-tompok afta atau ulser kecil dalam faraj (Caul). Haid cair.

Respiratori. Hemoptisis, dada teramat lemah; Sukar mengeluarkan lendir mukus. Kahak di kalangan orang tua yang keluar banyak dan bertali pada waktu pagi. Asma.

Kulit. Ulser-ulser yang tapaknya mengeras. Penawar ini boleh difikirkan dalam kes kelenjar-kelenjar mengeras, epitelioma, dan sebagainya; vena mendapat sakit varikos dan berdarah. Pengerasan akibat iritasi keradangan yang berlangsung lama. Kelenjar-kelenjar radang dan mengeras. Alopesia, ekzema pada skrotum dan di belakang zakar.

Extremiti. Kelemahan seluruh otot-otot, terutama kedua lengan dan kaki. Rasa mencerut sekitar anggota.

Modaliti. Melarat dengan sejuk, kecuali bagi sakit kepala, yang mana ia lega dengan sejuk.

Dos. Guna potensi pertama hingga ke 30. Potensi tinggi dikatakan terbukti berkesan. Alumen dalam bentuk serbuk (10 grain) yang diletakkan di atas lidah juga dikatakan dapat mengawal serangan asma.

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021