ALUMINA SILICATA
Andalasite rock-Alumina 63, Silica 37 parts
Ia
merupakan remedi yang bertindak mendalam bagi sebarang aduan kronik
yang berhubungan dengan saraf, spina dan otak. Simptom umum yang
utama ialah rasa mencerut, termasuk mencerut pada orifis. Salur vena
mengembung. Kelemahan, khususnya pada spina. Sakit dan membakar
dalam spina. Rasa rayapan atau tusukan sesemut (formication),
kekebasan, dan sakit dalam seluruh anggota badan. Konvulsi
epileptiform. Rasa sejuk kedinginan semasa sakit.
Kepala.
Bahagian otak sesak. Rasa mencerut pada
kulit kepala. Sakit kepala, lega dengan panas atau berpeluh. Sakit
dalam kedua mata, berkerlipan. Kerap mendapat koriza. Bengkak dan
pengulseran pada hidung.
Mata. Sakit
dalam kedua mata, berkedip.
Hidung.
Kerap kena koriza. Hidung
membengkak dan berulser.
Respiratori.
Katar dalam dada, sakit, rasa
melecet. Rasa kelemahan yang amat sangat dalam dada. Sakit-sakit
menyucuk halus. Batuk spasmodik serta kahak yang dikeluarkan lekit,
berpurulen.
Ekstremiti.
Anggota badan rasa berat,
menyentak-nyentak, kekebasan, teramat sakit.
Kulit.
Rasa seperti semut merayap di
sepanjang saraf-saraf, vena pula penuh dan mengembang. Sakit bila
disentuh dan diurut.
Modaliti.
Melarat
dengan udara sejuk, selepas makan, berdiri.
Lega dengan
kehangatan, berpuasa dan berehat di tempat tidur.
Dos.
Potensi tinggi diperlukan. Potensi rendah
digunakan bagi penawar yang disediakan secara triturasi.
©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2021
|