|
|
Homeopati mempunyai pandangan yang berbeza
mengenai penyakit dan juga kaedah menanganinya dalam rawatan.
Semuanya kembali kepada falsafah yang menjadi tunjang sistem
perubatan homeopati yang agak kontras dengan alopati.
Jika kita perhatikan betapa dunia menjadi panik
dengan penularan wabak Influenza A H1N1, tidak demikian halnya di
kalangan homeopath. Mereka mempunyai pandangan dan persepsi yang
berbeza dan tidak gelegabah dengan apa yang melanda. Mereka tidakpun
cemas. Mereka mungkin mengikuti kaedah pencegahan yang sedia ada
seperti yang disarankan oleh WHO atau Kementerian Kesihatan. Tetapi
lebih daripada itu semua, mereka mempunyai idea tentang penawar
apakah yang paling baik digunakan pada waktu ini (berpandukan simptom
individu tertentu) berasaskan stok penawar homeopati sedia ada dan
telah melalui proses ujibukti. Mereka juga pasti mempunyai apakah
penawar profilaktik terbaik untuk waktu ini.
Dan jika perlu, tidak mustahil mereka
melahirkan satu lagi nosod homeopati berasaskan virus yang dikatakan
sangat baru itu. Jika alopati cuba memadankan di antara penyakit
sekarang dengan ubat khusus bagi merawat penyakit itu sahaja, cukup
bagi homeopath mendapatkan penawar sedia ada berasaskan simptom
pesakit flu A H1N1 dengan komplikasinya sekali, di samping bersedia
dengan penawar umum pencegahan. Dan jika kita semua tahu, kita tidak
kerugian apa-apa dengan menggunakan penawar homeopati sebagai
pencegahan setiap dua minggu sekali dengan kos jauh lebih rendah
berbanding dengan ubat baru alopati yang baru ditemui dengan stok
yang terhad. Malangnya minda kita telah terlalu terikat dengan
perubatan arus perdana alopati, seolah-olah kita tidak dapat hidup
tanpanya.
Berikut ialah petikan dari saranan rawatan yang
saya kutip dari sebuah laman web dari negara di mana bermulanya wabak
influenza berkenaan..
PROFILAKSIS (Pencegahan Homeopati)
Pandangan tentang penggunaan penawar ini
bukan baru, tetapi telah sedia maklum di kalangan homeopath atau
pengamal homeopati yang mahir dan jujur. Jika anda rasa sangat
memerlukan penawar yang disaran, sila dapatkan daripada pengamal yang
berdekatan. Penawar-penawar itu ialah:
a. ARSENICUM ALBUM
b. BAPTISIA TINCTOREA
c. INFLUENZINUM
Petikan -
Laporan Daripada Doktor-doktor Bandar Mexico
"Di dalam homeopathy memang tidak terdapat penawar spesifik bagi gambaran
nosologi tertentu (di mana simptom-simptom paling umum diambilkira
bagi tujutan preskripsi). Tetapi dalam kes epidemik, disebabkan agen
penyebab yang biasa/serupa, kerentangan penduduk pada masa itu dan
berdasarkan kekerapan kehadiran simptom-simptom yang serupa,
sekumpulan penawar-penawar yang paling bermanfaat boleh disimpulkan.
Remedi-remedi yang ditentukan melalui cara ini dipanggil "Genius
Epidemicus". Genius Epidemicus merujuk kepada sekumpulan
penawar-penawar yang mempunyai simptom-simptom paling serupa dengan
simptom-simptom yang dipamerkan oleh kebanyakan pesakit yang
mengalami (menderita dengan) flu.
"Untuk membuat/memberi rawatan homeopati, kita perlu mengambilkira
darjah reaksi pesakit dan simptom-simptom yang lahir bersama
kehadiran penyakit. Kami menganggap perkara ini dan simptom-simptom
yang dicerap semasa epidemik yang terdahulu (1918) penting bagi
mendapatkan remedi yang serupa".
Remedi-remedi Homepati Yang
Digunakan Dengan Berkesan Terhadap Influenza 2009 Di Mexico Seperti
Yang Disenaraikan Oleh Para Doktor Mexico
Aconitum napellus, Actea racemosa, Allium cepa,
Ammonium phosphoricum, Antimonium tartaricum, Arnica montana,
Arsenicum album, Baptisia tinctoria, Belladonna atropa, Bryonia alba,
Camphora, Carbo vegetabilis, Carbolic acid, Causticum, Chamomilla,
China officinalis, Drosera rotundifolia, Eupatorium perfoliatum,
Euphrasia, Ferrum phosphoricum, Gelsemium sempervirens, Glonoinum,
Hepatica triloba, Hyosciamus niger, Influenzinum (corresponding to
the epidemic), Ipecauanha, Lachesis trigonocephalus, Lycopodium
clavatum, Mercurius vivus, Natrum sulphuricum, Nux vomica, Opium,
Phosphorus, Phytolacca decandra, Pulsatilla, Pyrogenium, Rhus
toxicodendron, Sticta pulmonaria, Sepia officinalis, Sulphur.
Remedi-remedi Yang Paling Kerap Digunakan Dalam Kes Influenza
Berdarah (Hemorrhagic Influenza)
Arnica montana, Arsenicum album, Baptisia
tinctoria, Belladonna atropa, Bryonia alba, Camphora, Carbo
vegetabilis, Chamomilla, China officinalis, Ferrum phosphoricum,
Influenzinum (corresponding to the epidemic), Ipecacuanha, Lachesis
trigonocephalus, Mercurius vivus, Phosphorus, Sepia officinalis,
Sulphur.
Beberapa Nosod Homeopati Yang Berkaitan
Influenzinum (sesuai untuk flu yang menjadi
pandemik ketika ini), Pyrogenium, Anthracinum.
Referens:
http://www.naturalnews.com/026839_homeopathy_homeopathic_doctors.html
http://h1n1.moh.gov.my/panduanPenjagaanKesihatanDiriDiRumah.php |
|
|
Influenza A(H1N1) :
Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular
di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti
virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu
mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari
terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau
mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda
dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja,
sekolah atau mana-mana tempat awam.
Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan
untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
- Jika demam makan ubat paracetamol mengikut
dos yang disyorkan.
- Demam yang telah reda tidak bermaksud anda
telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa.
Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan
tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan
ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
- Berehat secukupnya.
- Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air
mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan
dehidrasi.
- Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan
seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan
doktor.
- Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya
membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).
B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi
Mengawal Jangkitan Di Rumah
- Amalkan adab batuk yang baik
Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang
betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci
tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan
alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
- Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti
mengambil langkah-langkah berikut :
- Kerap mencuci tangan dengan sabun dan
air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
- Keringkan tangan dengan tisu atau tuala
yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
- Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain
serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan
bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
- Jangan kongsi peralatan peribadi
Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain
seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli
keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan
air.
- Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social
Distancing)
- Pesakit dinasihatkan supaya tidak
meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
- Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal
di bilik berasingan.
- Ahli keluarga, khususnya yang cenderung
mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya
hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1)
meter untuk menggelakkan jangkitan.
- Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah
contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai
penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk
yang baik dan kerap mencuci tangan.
C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
- Secara amanya demam selesema boleh sembuh
dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan
SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana
tanda dan gejala berikut :
- Masalah pernafasan : sesak nafas, semput,
warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
- Batuk berdarah atau kahak berdarah
- Sakit dada berterusan
- Cirit-birit atau muntah yang kerap
- Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun
demam berulang selepas tiga hari pulih
- Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang
responsif kepada rangsangan atau sawan
- Rasa pening apabila berdiri
- Kurang kencing
| Mencuci tangan
adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit
berjangkit.
7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun
- Basahkan tangan anda dan ratakan sabun
dengan sempurna
- Gosok kedua-dua tapak tangan
- Gosok setiap jari dan celah jari
- Gosok kuku di tapak tangan
- Gosok belakang tangan dan celah jari
- Cuci tangan dengan air bersih
- Keringkan tangan dengan kain bersih
atau tisu
4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan
Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)
- Tanggalkan barang kemas/balut bahagian
luka
- Keringkan tangan dengan tisu/tuala
bersih
- Letak bahan pencuci ke tapak tangan
- Gosok tangan dengan bahan pencuci
selama 1 minit
Beri perhatian apabila menggosok belakang
tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:
- Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
- Selepas menyentuh permukaan objek yang
terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter
pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga,
pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
- Selepas berjabat tangan dengan
individu yang mengalami gejala selesema
- Bila-bila masa tangan anda kotor
|
Rumusan penggunan mask
|
Kawasan
|
Mereka yang
tidak berisiko tinggi |
Mereka yang
berisiko tinggi (rujuk soalan no. 2 web KKM) |
|
Komuniti |
|
Tiada H1N1 di dalam
masyarakat |
Mask tidak
disyorkan
|
|
H1N1 di dalam
masyarakat : kawasan yang tidak sesak |
Mask tidak
disyorkan
|
|
H1N1 di dalam
masyarakat : kawasan yang sesak |
Mask tidak
disyorkan |
Hindari kawasan sesak.
Jika berada di kawasan sesak, pakailah mask |
|
Rumah
|
|
Penjaga pesakit yang
disyaki menghidap influenza |
Mask tidak
disyorkan |
Mask
disyorkan |
|
Ahli lain di dalam
rumah |
Mask tidak
disyorkan |
Mask
disyorkan |
|
Pekerjaan (bukan
penjagaan kesihatan) |
|
H1N1 di dalam
masyarakat |
Mask tidak
disyorkan, tetapi boleh dipertimbangkan bagi beberapa keadaan.
|
Mask
disyorkan
|
|
Pekerjaan (penjagaan
kesihatan) |
|
Menjaga mereka yang
disyaki atau telah menghidap H1N1 atau influenza |
Mask
disyorkan kecuali untuk prosedur berisiko, penggunaan N95 adalah
disarankan |
|
|
|