Diari Sahabat 2010  

Puisi UntukMu - Mengintai Setia

Dalam redup mata rindu

kuseluk kolam hatimu
dan kutemui sepucuk keikhlasan
tangan persahabatan,

mengubati kepedihan yang hanyut
di persimpangan
muara cinta
yang noktahnya mengapung

tanpa menemui hujung jatuhnya...

Dan ia telah menaburkan barakahnya
bagai janji Ilahi
yang sentiasa bersinar
membelah malam

Aku kan terus mengintai setia
justeru rendang matamu
merupai teduhan daunan firdaus
impian setiap pencinta.



~catatan 12 Ogos 2007

 

Nota : Disclaimer : Mengandungi tulisan-tulisan berkaitan perubatan homeopati dan pilihan serta sumbangan menarik untuk hidangan minda dan emosi. Segala artikel dan isi kandungan laman web hanya bertujuan utk informasi dan perkongsian ilmu. Ia tidak bermaksud untuk menyinggung hati mana-mana pihak atau menyimpang dari tujuan ilmiah dan sebagai penawar hati insan.