|
Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan
Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan
kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai
orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang
sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu
harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu
yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan
dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat
:
-
Ikhlas ingin bertaubat
-
Tidak akan mengulangi
perbuatan dosa itu lagi
-
Menyesal atas perbuatan yang
telah dilakukan
-
Harus mempunyai tekad di dalam
hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
-
Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak
dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa
berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi,
iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan.
Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika
berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal
berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan
taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur
atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati
manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka
pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan
hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan
membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu
mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur.
Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan
manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau
dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar
sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan,
apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya
kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar:
30)
Di samping mengingat tentang
azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa
mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang
soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan
taubat dengan segera.
Cara melaksanakan
solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat
ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna,
lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
-
Waktu di lakukan - bila-bila
masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim
utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke
atas), semasa Qiyamullail
-
Lafaz niat: “Sahaja aku
mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
-
Rakaat pertama membaca (disunatkan
membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu Ayatul
Kursi 11 kali
-
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah.
Selepas itu surah Al-Ikhlas 11 kali
-
Semasa sujud akhir rakaat
kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh
di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan
selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah
termasuk orang-orang yang zalim.”
-
Selepas salam, perbanyakkan
istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya
Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya
Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba
bertaubat kepada Engkau ya Allah.

Ertinya: “Ya, Allah
Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang
menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam
genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat )
kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang
telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau
berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku.
Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali
Engkau.”
Untuk pembacaan lanjut tentang
taubat —
http://nurjeehan.wordpress.com/tag/taubat/
———————————————————–
*Makruh tahrim
- Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan
Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat
bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat
tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan
dalam lima waktu berikut:
-
Selepas sembahyang Subuh yang
dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari
menyingsing sepenggalah.
-
Ketika matahari terbit hingga
menyingsing seperti galah.
-
Selepas melakukan sembahyang
Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan
Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
-
Ketika matahari berwarna
kuning, hingga terbenam seluruhnya.
-
Ketika matahari benar-benar
berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke
Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah
langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang
yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang
Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar,
sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang
mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang
Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah
tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan
terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang
sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika
qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal
sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
Sumber:
Tazkirah, Wanita & Keluarga, Cinta, Perkahwinan, Motivasi, Hati,
Tafakur (Muhasabah) http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/solat-taubat-penjernihan-jiwa/
|