Indeks Tokoh |
TOKOH SAINTIS TAMADUN ISLAM |
Jabir Ibn Haiyan atau nama penuhnya Abu Musa
Jabir Ibn Hayyan Al-Azdi (أبو موسى جابر بن حيان الأزدي) atau dikenali
sebagai Geber di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains
Islam. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani
dan al-Sufi. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kimia.B eliau merupakan anak
kepada seorang penjual ubat. Jabir dikatakan belajar di bawah seliaan Imam Ja'afar Sadiq dan putera Ummayed iaitu Khalid Ibn Yazid. Sebelum itu beliau menuntut ilmu dalam bidang perubatan di bawah naungan Barmaki Vizir semasa zaman Khalifah Abbasyiah Harun al-Rasyid. Jabir Ibn Haiyan meninggal dalam tahanan rumah di Kufah pada 803 m. Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang kimia. Beliau memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang alkimia yang disistematikkan dalam bentuk yang lebih moden lagi. Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad. Dan kemasyhurannya diabadikan pada 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia. Beliau juga telah menemukan mineral dan asid lain yang disediakan bagi alembicnya yang pertama. Alembic merupakan salah satu ciptaannya yang teragung yang menjadikan proses penyulingan lebih mudah serta bersistematik. Sumbangan beliau yang lain ialah seperti pengkristalan penyulingan , pengoksidaan serta pelbagai teknik lain dalam bidang kimia. Antara hasil tulisan beliau ialah:
(Nota: An alembic (From Arabic,Al-ambiq الأنبيق ) is an alchemical still consisting of two retorts connected by a tube. Technically, the alembic is only the upper part (the capital or still-head), while the lower part is the cucurbit, but the word was often used to refer to the entire distillation apparatus. The alembic was developed circa 800 AD by the Arab alchemist Jabir ibn Hayyan; its modern descendant (used to produce alcohol) is the pot still. The word "alembic" has taken on a metaphorical meaning - anything that refines or transmutes, as if by distillation - as in "the alembic of creative thought." The word, as most alchemical terminology, comes from the Arabic: al-ambiq, "still;" ultimately from the Greek ambix, "cup." )Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jabir_Ibn_Haiyan
Website: http://www.homeolibrary.com. drhatta1@yahoo.com.© E Mag HBI 2010 |