E - Remedi 2010  :  Towards Global Excellence.

Indeks Remedi

Apa Itu remedi: Aconitum Napellus

 

Nama pendek: Aconite
Published: January 10, 2010

ACONITE merupakan remedi pertama dan utama dalam perubatan homeopati. Utama kerana Aconite selalu menjadi rujukan bagi setiap penyakit baru timbul atau akut sifatnya. Ini membezakan Aconite dengan kebanyakan penawar lain. Kes-kes terperanjat, demam yang datang secara tiba-tiba, selsema dan batuk-batuk yang baru terjadi, kanak-kanak menangis dan seumpamanya kerap kali sesuai diberikan penawar ini.

Justeru ianya merupakan remedi peringkat permulaan, ia jarang menjadi remedi preskripsi bagi pesakit yang datang ke pusat-pusat rawatan homeopati. Ini adalah kerana pesakit selalunya mengambil masa yang lama untuk datang ke klinik. Tetapi Aconite wajar disimpan sebagai antara penawar kecemasan di rumah. Ia umpama panadol bagi permulaan sakit. Bila terdapat keradangan peringkat awal, fikirkanlah tentang Aconite. Meskipun radang itu nampak merah, sakit dan bengkak (selain demam, selsema, batuk2, dll), Aconite mungkin penawar yang bakal memberi kelegaan sebelum mencuba penawar lain.

Untuk mereka yang menyimpannya di rumah, pesakit yang ada simptom panas, kering, haus dan nampak gelisah boleh menjadi petunjuk bagi Aconite. Ia juga biasa diberikan kepada pesakit yang terasa akan mati atau takut mati. Bagi mereka yang belum belajar tentang penggunaan penawar homeopati, mereka boleh menyimpan Homeo-ABC sebagai persediaan rawatan awal di rumah.

Aconite adalah antara kandungan remedi dalam Homeo-ABC. Kebanyakan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang pernah menggunakannya melaporkan kesan baik segera apabila diberi sebagai rawatan awal. Apabila anak-anak menangis waktu malam, tiba-tiba badannya terasa panas kena hujan, angin atau jangkitan selsema, dengan mengambilnya sebelum ia melarat, berjaya mencegah dari rawatan seterusnya atau daripada terpaksa berjumpa doktor.

Sejak Homeo-ABC diperkenalkan, ia telah banyak membantu ahli keluarga yang membeli dan menyimpannya.

- Mohamed Hatta, HMD.

 

 

Website:  http://www.homeolibrary.com.

E mel: drhatta1@yahoo.com.

 

 

© REMEDI DR HATTA 2010