![]() |
Apa Itu remedi: Atropa Belladonna |
|
Nama pendek: Bell Bell juga boleh diberi untuk anak-anak yang alami sawan hendak tumbuhgigi. Seorang yang mudah terkena selsema, terutama apabila terdapat pertukaran udara juga sesuai diberikan Bell. Begitu juga jika anda ada bisul merah, yang sakit di peringkat permulaan. Sakit yang dialami oleh seseorang bila ada tanda berdenyut-denyut, Bell mungkin menjadi salah satu pilihan remedi. Kalau anda rasa demam, terhantuk, sakit kepala atau sakit gigi, bila saja ada rasa berdenyut-denyut itu salah satu tanda bagi penawar Bell. Kalau sakit kepala atau sakit bahagian tertentu itu melarat bila disentuh maka itu menjadikan remedi Bell lebih jelas. Bagi sakit kerongkong, di mana anak tekak kembang adalah satu lagi petunjuk Bell. Bell merupakan salah satu komponen dalam penawar Homeo-ABC yang dirumus dan dipasarkan oleh HBI. Dengan adanya Bell, ini menjadikan Homeo-ABC lebh luas penggunaannya. Jika anda dapati simtom-simptom yang dinyatakan di atas berlaku kepada anda dan keluarga anda, cubalah Homeo-ABC sebagai rawatan awal. Ia mungkin menyembuhkan jika tindakan segera diambil. Ramai pengguna memaklumkan rawatan awal dengan Homeo-ABC banyak membantu, khususnya bagi mereka yang sudah biasa dan cekap menggunakannya berpandukan simptom-simptom yang jelas. Oleh kerana Bell sesuai bagi penyakit yang berdenyut-denyut serta penyakit yang cepat datang dan cepat hilang, Homeo-ABC juga sangat sesuai disimpan di rumah untuk tujuan itu. - Mohamed Hatta, HMD.
Website: http://www.homeolibrary.com. drhatta1@yahoo.com.
|
© REMEDI DR HATTA 2010