E - Remedi 2010  :  Towards Global Excellence.

Indeks Remedi

Apa Itu remedi: Kalium Phosphoricum

 

Nama pendek: Kali Phos
Published: Mac 4, 2010

Kalium phosphoricum atau biasa disebut sebagai Kali phos merupaka remedi popular dalam homeopati. Ia berguna apabila seseorang itu memerlukan tenaga saraf, neurastenia dan kemurungan mental serta fizikal. Apabila seseorang merasakan teramat berat apabila cuba melakukan kerja-kerja kecil dan ringan, ia adalah petanda orang itu memerlukan Kali phos.

 Kali phos baik untuk orang yang mudah lupa, malu, tidak cenderung untuk bercakap, bimbang dan tidak mau bertemu orang lain. Baik untuk pelajar-pelajar yang mengalami sakit kepala dan susut disebabkan terlalu letih. Baik juga bagi mereka yang sakit kepala tetapi lega bila bangkit. Kepala pusing bila baring atau hendak bangkit

 Ia juga boleh membantu mereka yang mengalami tinitus, bunyi bising dalam telinga atau juga mereka yang bermasalah mulut berbau. Simptom minda yang lain berkaitan Kali phos boleh didapati dalam repertori Kent. Ianya amat banyak.

 Contohnya: mereka yang ada simptom pelupa, lemah memori, mudah takut, rindu kampung (homesickness), sakit melarat bila banyak fikir, murung dan selalu dalam kesedihan, mudah gelisah, cepat rasa takut, pendiam dan seumpamanya. Semua ini terdapat dalam repertori Kent.

 Namun apabila melihat begitu banyak simptom minda, jangan lupa bahawa banyak lagi kegunaan lain Kali phos. Dan mengikut kata Dr. W. Boericke, Kali phos adalah remedi saraf terhebat.

 Kali phos ini termasuk dalam lima fosfat biokimia homeopati yang kerapkali digunakan dalam merumus formula homeopati. Namun tanpa lelain fosfat, Kali phos ini sendiri sudah terkenal sebagai brain tonic homeopati. Justeru, tanpa Kali phos maka rumusan formula minda itu menjadi tidak lengkap.

 Syarikat HBI telah membuat kajian dan berusaha mendapatkan remedi dan kaedah terbaik untuk suatu formula minda yang berkesan. Berikutan daripada itu, lahirlah Active IQ. Dan justeru penawar Kali phos yang hebat itu, ia diberi peranan yang lebih besar dalam penawar terbaru, Hi-Fos.

 Hi-Fos dalam potensi tinggi banyak membantu mereka yang telah berusia dalam menguasai prestasi minda yang dalam proses penyusutan. Tentulah ia tidak dapat menyembuhkan masalah kemorosotan akibat penyakit tua, tetapi sekurang-kurangnya kita tidak akan berserah sepenuhnya tanpa berusaha mendapatkan prestasi minda yang terbaik. Bahkan kecenderungan cepat letih, penat dan kelemahan prestasi fizikal akibat banyak berfikir dapat dibantu dengan berkesan oleh remedi dalam Hi-Fos ini.

 Justeru, Hi-Fos bukan sahaja penawar terbaru HBI, malahan terbaru dalam pasaran untuk mereka yang berusia 30 tahun ke atas atau lepas berumahtangga. HBI tidak akan sekali-kali mengwar-warkan ia sebagai "ubat kuat" seperti produk jenama lain, tetapi Hi-Fos pasti membantu mereka yang dalam peringkat umur demikian. Mereka yang pernah mencubanya akan dengan sendiri tahu dan menyedari khasiatnya.

- Mohamed Hatta, HMD.

 

 

Website:  http://www.homeolibrary.com.

E mel: drhatta3@yahoo.com.

 

 

© REMEDI DR HATTA 2010