LAMAN KONSULTAN HBI
DRHATTA.COM 2008-9

  Kembali Sila pilih buku-buku yang ingin anda beli dan telefon kami di talian 013-980 2991.

 

ISBN 983-99179-0-0

Terbit: 1997

RM17.90

 

Tidak benar kilang ubat homeopati

                    belum wujud di Malaysia

 

                    Saudara Pengarang,

                    SAYA tertarik dengan tulisan Mohamed Hatta Abu

                    Bakar bertajuk Di sebalik ubat cerdaskan minda, yang

                    disiarkan dalam ruangan Pendapat Utusan Malaysia 26

                    Mac, 2002. Saya ingin berkongsi pendapat beliau sambil

                    menambah fakta.

 

                    Memang benar kini terdapat banyak produk yang

                    dikaitkan dengan minda - daripada susu, kain lampin

                    kanak-kanak, hinggalah kepada produk jenis ubatan

                    berasaskan herba (seperti Gingko, Ginseng), homeopati

                    dan biokimia.

 

                    Saya tidak tertarik untuk mempersoalkan pandangan

                    penulis tentang kesan produk-produk tersebut. Cuma

                    beliau tersilap apabila menyatakan, ``tetapi sehingga

                    hari ini, tiada satu pun kilang homeopati wujud di

                    Malaysia.''

 

                    Untuk pengetahuan pembaca memang sudah wujud kilang

                    homeopati di tanah air kita ini, iaitu Darulaman

                    Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. (Pendaftaran

                    No. ), yang beroperasi di alamat 58 dan 62, Taman

                    Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah. Kilang ini,

                    ringkasnya Homeolab, telah beroperasi sejak 1998, dan

                    mempunyai Lesen Pengilang No. MALLP20000700 serta

                    Sijil PBKD 000554. Homeolab adalah sebuah kilang

                    farmaseutikal yang memenuhi piawaian GMP.

 

                    Kini antara keluarannya ialah ubat berasas sistem

                    homeopati, biokimia Schuessler dan herba. Memang

                    Homeolab berhasrat mengeluarkan tinktur dan remedi

                    cairan homeopati, ubatan biokimia Schuessler untuk jualan

                    kepada pengamal homeopati di seluruh Malaysia.

 

                    Namun demikian buat masa ini pengeluaran adalah terhad

                    kepada kegunaan sendiri dan bekalan kepada Era Edar

                    Marketing Sdn. Bhd. dan cawangan-cawangan klinik Prof

                    Dr Azizan Ismail.

 

                    Kami tetap menaruh harapan bahawa suatu hari nanti

                    Homeolab berupaya membekalkan ubatan homeopati

                    bagi memenuhi permintaan pengamal homeopati Malaysia.

 

                    Penubuhan Homeolab adalah atas usaha yang gigih dan

                    dorongan daripada Prof. Dr. Burhanuddin al Helmi yang

                    telah disampaikan kepada Prof. Dr. Azizan oleh seorang

                    rakan karibnya di Pulau Pinang.

 

                    Penaung dan Penasihat Homeolab ialah Prof. Dr. Azizan

                    Ismail dan beliau menyarankan rumusan ubatan homeopati

                    dan biokimia berdasarkan Farmakopeia Homeopati

                    Amerika Syarikat.

 

                    Memang terdapat banyak farmakopeia (buku rujukan

                    penyediaan ubatan). Antara yang terkenal ialah

                    farmakopeia Amerika Syarikat, British, Eropah, Jerman,

                    Perancis, Itali, Rusia, Pakistan dan India. Sebenarnya kita

                    tidak memerlukan satu farmakopeia khusus untuk

                    Malaysia, sebab hampir keseluruhan ubat-ubatan

                    homeopati diperoleh daripada kawasan iklim sederhana

                    dan kajian pengesahannya pun dijalankan di sana. Lainlah

                    jika kita hendak mengeluarkan ubat-ubatan homeopati

                    daripada tumbuh-tumbuhan iklim khatulistiwa seperti yang

                    terddapat di negara kita ini.

 

                    Memang ada potensi tumbuhan kita dijadikan ubat

                    homeopati. Akan tetapi tidak perlulah kita ada farmakopeia

                    sendiri, memadai diguna pakai kaedah yang ditunjukkan

                    dalam farmakopeia luar negara.

 

                    Seperkara yang harus disebutkan juga ialah bukan suatu

                    hal yang mudah hendak menyediakan ubat homeopati

                    yang boleh dijamin mutu dan efikasinya. Mutu dan efikasi

                    berkait rapat dengan sediaan bahan ubat yang betul,

                    musim memungut dan peringkat pertumbuhan herba, dan

                    tempat dipungut. Juga harus diingat oleh setiap pengamal

                    homeopati tulen bahawa ubat-ubat yang diimport dari

                    negara-negara tertentu tidak semestinya mempunyai mutu

                    yang diharapkan.

 

                    Faktor pencemaran udara dan air yang mencemar bahan

                    ubat juga menjadi faktor yang harus diutamakan. Misalnya

                    selepas peristiwa kebocoran kilang nuklear di Chernobil

                    di Ukraine (April 1986), pihak kami terus tidak mendapat

                    bekalan bahan ubat dari Caucasus atau Eropah Timur

                    kerana bimbang akan bahan ubat yang tercemar oleh

                    bahan nuklear.

 

                    Demikian juga semasa meletupnya kilang Union Carbide

                    di Bhopal, India (Disember 1984) dan ujian meletupkan

                    bom nuklear di India dan Pakistan (Mei 1998)

                    menimbulkan rasa bimbang akan tercemarnya bahan

                    tumbuhan ubat yang memaksa kami tidak mendapatkan

                    ubat daripada negara-negara tersebut.

 

                    Kesihatan pesakit adalah diutamakan, bukan keuntungan

                    semata-mata. - JAMALUDDIN MAT PIAH,

                    Pengarah Urusan, Homeolab.

[Utusan Malaysia – 28 March 2002]

Petikan semula: http://www.oocities.com/homeolibrary2/mindafarma.htm

 

ISBN 983-99179-7-8

Terbit: 2004

RM15.00

ISBN 983-44077-0-4 

Terbit: 2008

RM5.00

 
   :

Hubungi kami di 013 - 980 2991.

 

   

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre.