*** Nama Yang Baik Dikenang
Juga ***
Anak Cina bermain gelombang
Nampak dari Tanjung Jati
Tuan umpama bunga yang kembang
Sentiasa hidup di dalam hati
**********
Anak penjaja menikam pari
Pari ditikam tombak senaagin
Bukan sengaja saya ke mari
Dihatar ombak ditiumpu angin
**********
Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Hodoh buruk di mata orang
Cantik manis di mata saya
**********
Anak ikan dimakan ikan
Ikan berenang dalam perigi
Hilang intan berganti intan
Intan bernama payung negeri
**********
Belayar kapal bertimbang arus
Patah kemudi sepanjang pantai
Tuan laksana cindai nan halus
Alah membeli menang memakai
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang
**********
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang adik yang jauh
**********
Hilir rakit berkajang kain
Di mana lteluk singgah bertimba
Niat tidak pada yang lain
Adinda seorang tiada dua
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah adik berjanji palsu
**********
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa saya serahkan
**********
Inderagiri pasirnya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Bagai nabi kasihkan umat
Begitu saya kasihkan tuan
**********
Makan nasi di dalam dulang
Sayang Selasih di dalam pinggan
Apa nasib badanku malang
Sedang berkasih tuan tinggalkan
**********
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih saya turutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih saya turutkan
**********
Mentadak mentadu hijau
Bersarang di daun keladi
Ayam berketak murai berkicau
Itu tanda kasih tak jadi
**********
Pantai Cendering pasirnya puti
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Pucuk pauh selara pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Tuan pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan
**********