DRHATTA.COM

4 HARI DI BEIJING. SEDARLAH KITA BAHAWA KITA SEBENARNYA TIDAK

BERUSAHA MEMPERTAHANKAN IDENTITI AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

MILIK BANGSA.

KITA TERLALU MENGAGUNGKAN PERUBATAN BARAT.

 

 “The physician’s high and only mission is to restore the sick health, to cure as it is termed.”

para 1 Organon - Organon of Medicine.

PROMOSI PEN DRIVE

32 GB ke atas RM120

- China made -

(Diskaun spesial untuk pengedar HBI)

 
   

Lawatan ke Beijing memberi makna yang besar dari segi kepekaan bangsa tentang identiti dirinya. Negera China telah mengangkat martabat sistem perubatannya dari awal lagi, dan terus mendapat sokongan daripada kerajaannya. Justeru pakej pelancongan telah dilengkapkan lawatan ke semua tempat hasil keluaran China. Amalan dan sistem perubatan China menjadi salah satu agenda di dalamnya. Kita harus BELAJAR...

     
   
   
               
         
               
  Di negara kita sejak berdekad kita cuba mematikan khidmat para bomoh tradisional termasuk bidan-bidan kampung sehingga akhirnya kita kehilangan begitu banyak khazanah bangsa. Kita lupa bahawa dalam budaya itulah nenek moyang kita melaluinya sehingga lahirnya kita seperti hari ini.  

     
               
         
               
    Setelah kita kehilangan ramai bidan-bidan berpengalaman (dengan cara mengharamkan rakyat menggunakan bidan kampung selain hospital) dan mereka yang pakar dalam perubatan herba dan doa selawat, barulah kerajaan mulai sedar. Itupun kerana meskipun pelanggan hospital telah selesai mendapat rawatan @ bersalin di hospital, mereka masih mencari mereka yang pakar di bidang yang hospital tiada kepakaran.      
               
      Kita berharap, kerajaan tidak meneruskan syarat kemestian mempunyai ijazah daripada universiti terpilih untuk para pengamal tradisional membuka pusat rawatan. Kelonggaran harus diberikan kepada mereka yang belajar secara tradisional dan daripada pengamal yang sedia mahir dalam bidangnya.    
               
         
               
    Akta harus mesra rakyat. Sudah cukuplah kita terlalu mengagungkan perubatan Barat semata-mata. Jangan lagi kita bunuh kaedah rawatan alternatif. Mereka semua mempunyai keistimewaan tersendiri. Kerajaan gagal memastikan kesinambungannya selama ini. Sedangkan adanya kita hari ini adalah justeru nenek moyang kita dan amalan perubatan yang mereka amalkan, walupun kita kata tidak saintifik.      
               
  “.......  saya berpendapat, ilmu  kedoktoran  homoeopati ini adalah satu milik bangsa (national asset) yang dapat saya sembahkan menjadi  pusaka kekal buat negara yang merdeka kelak.”

Dr. Burhanuddin al-Helmy

 
      “Oleh itu, saudara-saudara perintis adalah merupakan angkatan  yang  menjadi harapan bangsa di masa  akan  datang. Apa lagi ilmu kedoktoran ini adalah satu cabang ilmu mengikut aliran tabii semula jadi.  Oleh itu ia merupakan suatu sistem yang sejajar dengan kehendak nature.”

Dr. Burhanuddin al-Helmy

   
               
     

PROMOSI PEN DRIVE

32 GB ke atas RM120

- China made -

(Diskaun spesial untuk pengedar HBI)

       
               
               
               
               
 
 
 
 

 


homeolibrary version - web consultant 2010

Copyright: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.