LAMAN UTAMA

  
Fokus BERITA HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

FRONT PAGE

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

   

 

  PENGAJIAN IJAZAH PERUBATAN HOMEOPATI DI MALAYSIA DAN HARI BERTEMU PELANGGAN

Rancangan pengeluaran BHMS oleh Cyberjaya University College of Medical Sciences berjaya & pengamal sedia ada masih meneruskan amalan homeopati dengan izin (seharusnya begitu.).

.  

16 Disember 2009  Dewan BPTK, K. Lumpur

   
           

Presiden MPHM dan setiausaha berjalan di pameran Hari Bertemu Pelanggan,

Dr. Suriyakhatun Osman ketika memberi penerangan mengenai ijazah perubatan homeopati kepada pelanggan

Dr. Hatta bergambar bersama presiden MPHM, Dr (h) Yaacob Abu Hassan dan Dr. Suriyakhatun.di Hari Bertemu Pelanggan

Selepas Majlis perasmian, pegawai BPTK mengurusakan peserta untuk mendaftarkan diri. 

Pada 9 November lalu sebuah akhbar arus Perdana, Berita Harian, telah menyiarkan artikel mengenai penawaran Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopati (Bachelor of Homeopathic Medical Science [Honours]) oleh Cyberjaya University College of Medical Science.  Ia merupakan satu berita yang menggembirakan di kalangan pengamal, peminat homeopati dan rakyat Malayisa amnya. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada ilmu yang selama ini dianggap tradisional dan tidak ilmiah.

  Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS) dan Majls Homeopathy Kebangsaan Malaysia (MHKM) yang telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi sehingga usaha murni ini dapat direalisasikan harus menerima segulung tahniah daripada sekalian pengamal, peminat dan generasi bangsa Malaysia.

  Selepas lebih lima dekad homeopati diperkenalkan ke Malaysia dan merupakan wawasan Dr. Burhanuddin al-Helmy, supaya ianya diterima sebagai ilmu perubatan warisan bangsa untuk alam Melayu, akhirnya ilmu ini bakal diajar di menara gading. Ini merupakan suatu pencapaian yang membanggakan walaupun agak lewat.

  Dalam temubual itu, Dekan Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplementari, Dr. Ahmad Asmadi Yusof berkata, "Sudah sampai masanya untuk kita membantu dan membimbing terapi ini serta memastikan ia diajar dengan cara teratur serta berakreditasi dan menyeluruh dengan gabungan sains perubatan supaya pengamal akan menjadi lebih berkemahiran dalam merawat pesakit secara profesional dengan menitikberatkan etika dan keselamatan pesakit."

  "Dengan adanya kursus ini, pengamal homeopati sedia ada boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran merawat dengan pelaksanaan kursus tambahan untuk mereka dengan kerjasama Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia."

  Kemudian, pada 16 Disember 2009, CUCMS dan MHKM juga terlibat dalam Hari Bertemu Pelanggan sempena Ulang Tahun ke 5 BPTK di Dewan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplemenari, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur. Di majlis berkenaan, para pengunjung diedarkan dengan pamflet modul-modul kursus yang perlu diambil oleh mahasiswa perubatan homeopati di CUCMS.

  Dr. Hatta yang kebetulan berada di Kuala Lumpur justeru kes Saman Bank Islam mengenai Cek Klon 2003 angkara Penjenayah yang masih bebas, turut dijemput menghadiri program berkenaan. Sedikit foto-foto yang diambil pada majlis anjuran BPTK berkenaan dipaparkan dalam web konsultan HBI ini.

 - HBI Health & Homoeopathy Centre.

       

Perubatan alternatif lain turut menyediakan ruang pameran di hari tersebut yang dianjurkan oleh BPTK, Kementerian Kesihatan Malaysia.

               
                       
                       
                       

homeolibrary version - web consultant 2009