|
|

Penulis mengatakan
"..produk homeopati tulin dalam bentuk potensi tidak
pernah ada bahan aktif spt dadah"..

Dalam satu
pertemuan dengan sdr Nizal Mohamad.

Sdr Nizal sedang
menerangkan sesuatu yang penting ketika pertemuan pada 8 Mac
2010.
Lagi info:

Antara herba
yang dipamer dan dibawa ke proses pengilangan tepi jalan di
Langkawi.

Produk gamat
tanpa daftar dan dikilangkan di sebuah pusat jualan tepi
jalan Langkawi. Milik bumiputra. Jangan musnahkan pencarian
mereka.

Tongkat Ali yang
masyhur, peninggalan & penemuan bumiputra.

Dipamerkan
dengan bebas. Tapi bantulah mereka.

Kawasan dalam
kilang berkenaan. Tak berdaftar.

Dua wanita
sedang membantu proses pembungkusan.

Tempat masak
minyat gamat pun ada.
|
|
Saya ingin
berkongsi dengan anda berkaitan agenda 1Malaysia, rakyat
didahulukan pencapaian diutamakan. Kalau moto dan laungan
ini benar, maka pasti karenah birokrasi dipermudahkan dan
peraturan tidak semata-mata berpihak kepada orang sedia kaya
atau syarikat besar-besar sahaja.
Kita tahu bahawa
banyak sumber herba berpunca daripada penduduk yang tinggal
di hutan, di kampung, bahkan penduduk orang asli. Khasiatnya
diketahui turun, temurun. Tidak kira ianya Tongkat Ali,
Kacip Fatimah, Pegaga ataupun pelbagai sumber herba lagi. Namun
justeru peraturan, undang-undang dan akta serta modal
besar yang diperlukan, mereka tidak mampu membawa produk itu
ke pasar
mengikut prosedur biasa. Siapa mereka? Mereka adalah bangsa
kita yang telah menerima warisan nenek moyang (yang berilmu
dengan khasiat herba hasil kajian cuba jaya - trial &
error) tetapi tidak mampu menggunakannya sebagai sumber
ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup sendiri meskipun
berada di bumi bertuah milik sendiri.
Mungkin mereka boleh
ke hutan menebang dan membawa pulang pusaka warisan. Mereka
boleh botolkan, menjualnya
di tepi jalan atau di tempat yang jauh dari pasar atau
pasaraya. Tetapi mereka tidak punya wang yang cukup
untuk membuka kilang. Bila mendapat persetujuan pengilang kontrak (yang pastinya
mengurangkan margin untung mereka) kelulusan pula sukar
sekali diperoleh. Akhirnya mereka buka juga kilang biasa
tanpa GMP. Ada juga yang bungkus di rumah dan menjaja saja di
sekitar Langkawi, tepian jalan lebuhraya PLUS, atau di mana
saja yang jauh sedikit dari pasar tempat tumpuan orang ramai.
Akhirnya banyak
penemuan herba asli dipatenkan dan menjadi hak milik
syarikat yang kaya-kaya, bumiputra atau bukan. Itulah
senario persekitaran bumi bertuah kita. Produk
homeopatipun akan jadi begitu agaknya? Bisnes rakyat yang
kecil menjadi semakin sukar hidup dan segelintir yang kaya
kian
gah dengan networking dan iklan-iklan yang tak terlawan,
Pasaraya dan media arus perdana hanya menerima ubat-ubat paten dan diluluskan (walaupun
pada hakikatnya pihak berkenaan tidak pernah mengesahkan
tentang
khasiat ubat tradisional yang dipatenkan itu).
Di sebalik
kelebihan itu,
serangan-serangan terus dilakukan dengan kasar terhadap
pengeluar-pengeluar atau penjual-penjual yang baru
melebarkan nafas. Meskipun hakikatnya pengamal atau
pengeluar itu lebih pakar berbanding pekerja di bahagian
farmaseutikal dalam bidang homeopati atau perubatan
tradisional yang lain, isu ini tidak diambil kira secara
serius. (Kita tidak pernah menyangkal tentang kepakaran para
doktor dan pekerja dalam perubatan konvensional itu. Tetapi
mereka tidak harus menjadi hakim atau penilai ataupun
penentu syarat dalam bidang (perubatan lain) yang mereka
bukan ahlinya).
Jika rakyat
didahulukan dan hasil diutamakan, pastinya pelbagai kaedah dicari untuk
mempermudah
dan mendahulukan rakyat. Dalam hal serbuan ke pusat-pusat
yang memproses ubatan komersil (spt yang berlaku kpd
keluarga Ade Putra) tentulah ada pilihan bagi pihak
penguatkuasa bertindak (jika mereka turut bersama dengan
agenda membangunkan ekonomi bumiputra). Antaranya, memberi
surat amaran, memanggil pengusaha untuk berbincang dan
menunjukkan jalan bagaimana mendaftarkan produk mereka,
ataupun memberi bantuan kewangan atau kepakaran jika
diperlukan.
Begitu juga dari
segi pendaftaran kelulusan ubat-ubat tradisional, mereka
boleh memberi kelulusan berdasarkan kategori. Contohnya:
Satu, produk yang dikeluarkan oleh kilang GMP. Kedua, produk
yang dikeluarkan oleh kilang biasa, dan ketiga ialah produk yang
dikeluarkan secara preskripsi farmasi. Dengan itu, lebih
ramai rakyat yang terdiri daripada pengusaha kecil-kecilan
dapat mengeluarkan hasil mereka. Yang penting hanyalah
pendaftaran pengusaha dan produk sahaja.
Bukankah tujuan
asal ialah untuk mempastikan keselamatan dan pengawalan
sahaja (selain ringgit semasa pendaftaran). Jika tidak sebab itu, sudah pasti remedi komersil
homeopati tidak perlu didaftarkan seperti kenyataan oleh
bahagian Kem Kesihatan lebih 10 tahun yang lalu. Kenyataan
itu memang dikeluarkan kerana mereka faham bahawa remedi
homeopati sememangnya tidak mengandungi dadah ataupun
crude drugs. Siapa di belakang urusan sehingga kenyataan
itu tidak dapat direalisasikan kita kurang pasti.
Harus
diingat bahawa setiap kali serbuan dilakukan, ia
meninggalkan kesan besar dan trauma terhadap pengusaha
terbabit. Beberapa syarikat yang pernah didatangi serbuan
yang dibuat secara kasar seperti itu menjadi dhaif dan hidup
segan mati tak mau. Saya percaya keadaan yang serupa dialami
oleh keluarga Ade Putra.
Sewaktu pertemuan
dengan saudara Nizal Mohamad (bekas pengacara MHI dan Jejak
Rasul TV3) dan rakan-rakannya, saya dimaklumkan ada program
yang hendak dilaksanakan bersama adik Ade Putra.
Alhamdulillah, kerana ada saudara kita yang ambil perhatian.
Saya percaya insiden yang lepas tentu meninggalkan kesan
yang besar dan tindakan sdr Nizal n friends itu boleh
memulihkan semangat dan maruah adik kita yang dulu kita
masyhurkan di media dan bangga-banggakan sebagai jago minda
hebat.
Kembali kepada isu
asal, saya fikir kita harus kurangkan karenah birokrasi,
permudahkan segala urusan, prihatin dan bantu rakyat
majoriti yang lemah dan memerlukan pertolongan. Pertolongan
bukan semata-mata dengan memberi wang, tetapi juga supaya
mereka dapat ruang untuk bernafas, berusaha dan berdikari.
Tentu ada budi bicara dan peraturan yang lebih baik selain
melakukan kekerasan kuasa dan akta.
Apa lagi apabila
kita bicarakan tentang format borang, kaedah ujian dan
syarat yang dikenakan bagi tujuan pendaftaran itu tidak
relevan sama sekali dengan sistem perubatan lain. Bagaimana
logik format borang dan ujian untuk produk yang dikeluarkan
dalam sistem perubatan konvensional digunakan terhadap
sistem perubatan yang lain, khususnya homeopati?
Pada dasarnya -
apa yang ingin dipastikan ialah adakah bahan itu mengandungi
bahan aktif dadah atau tidak? Apakah ia tercemar, selamat
atau tidak? Nama ubat dan iklan boleh lulus atau tdak?
Syarikat itu berdaftar atau tidak. Itu saja. Borang-borang
dan ujian lain itu hanyalah merupakan birokrasi yang
mendahulukan pihak tertentu, dan membelakangkan rakyat.
Namun itulah lumrah dunia, lumrah pilihan negara tercinta
ini.
Sekian.
-
Mohamed Hatta, HMD
18 Mac 2010.
|
|
|
|
|