|
Pada umumnya
remedi homeopati yang telah melalui proses potentisasi tidak
akan mengandungi bahan aktif dadah seperti ubat-ubat biasa.
Justeru, sekiranya ada orang atau jabatan tertentu mendakwa
jenama mana-mana produk homeopati yang menggunakan bahan
potentais dalam produk mereka ada mengandungi dadah atau
steroid, maka sahlah itu bohong dan fitnah semata-mata.
Malahan remedi
homeopati apabila dipotentais ke tahap 6c atau 12x, kita
tidak menemui lagi sebarang molekul asal di dalam tinktur
homeopati itu. Itulah keajaiban produk homeopati. Walaupun "there
is no longer original molecule" di dalam tinktur
tersebut, namun kekuatan penawar atau remedinya tetap ada,
bahkan bertambah.
Dengki dan iri adalah menjadi punca peristiwa serupa ini
dalam banyak urusan bisnes masyarakat Melayu Malaysia. Apa
yang berlaku kepada famili atau keluarga Ade Putra adalah
satu lagi peristiwa malang dan sabotaj phak tertentu yang
tidak puas hati dengan pencapaian bisnes keluarga mereka dan
kepintaran Ade Putra.
Tulisan ini saya catat sebaik sahaja selesai bercakap dengan
salah seorang kakak Ade Putra. Saya dimaklumkan bahawa
ketika peristiwa rampasan dan sita itu berlaku, Ade Putra
dan ibu bapanya tidak ada di tempat berkenaan kerana ada
urusan di Sabah. Dan rombongan yang datang itu sebanyak 20
unit kenderaan. Siapa mereka? Siapa yang mengadu? Bagaimana dengan
reporter? Telunjuk siapakah bahagian penguatkuasa
bertindak kali ini?
Berita tv pula tidak memberi penjelasan yang betul berkaitan
persoalan berikut: steroid jenis apa? Apakah ia melepasi
tahap yang diizinkan (kalau betul ada)? Dalam ubat jenama
mana steroid ditemui? Sedangkan produk minda Ade Putra hanya
mengandungi garam mineral biasa. Apakah kerana produk itu
tidak didaftarkan dengan KKM? Itupun... salah siapa?.
Kira-kira empat tahun lalu, Perkhidmatan Homepathy Mulia (PHM)
juga menerima kunjungan pegawai Bah Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan, Kementerian Kesihatan
Malaysia. Mereka bukan sahaja dengan sikap kasar pergi ke
kedai PHM, malah menyelongkar hingga ke rumah dan bawah
rumah Dr. (h) Zaiton, pemilik satu-satunya kedai homeopati
yang menjadi pengimport utama produk homeopati dari Pakistan
ke Malaysia. (saya difahamkan bahawa kejadian itu juga
justeru sabotaj pihak tertentu.) Di manakah perasaan bangga
kita atas kejayaaan anak bangsa kita berjaya menjadi
pengimport tunggal produk homepati Pakistan waktu itu?
Staf Dr. (h) Zaiton menjelaskan, apa yang menyedihkan
ialah permohonan pendaftaran ubat sudah dihantar lebih tiga
tahun dan bayaran sudah dibuat, namun kelulusan masih tidak
dikeluarkan oleh KKM. Sekiranya dalam hal penyitaan itu
ianya berpunca daripada kegagalan meluluskan pendaftaran
ubat dalam tempoh yang berpatutan, bagaimanakah PHM
dipersalahkan? Apakah dalam isu ini, pendaftaran sengaja
dilewatkan dan pihak berkenaan bermain sandiwara? Kemudian
aduan daripada mereka yang iri dilayan pula oleh KKM.
[...dan
sehingga ke hari ini, selepas tujuh tahun permohonan dibuat
oleh PHM untuk mendaftarkan produk kombinasi homeopati
import, ia masih belum diluluskan. Malah tiada sebarang
jawapan atau alasan diberikan.]
Banyak perkara yang ingin saya sentuh di sini, tetapi saya
fikir belum sampai masanya. Yang jelas, saya hanya boleh
katakan bahawa kita berada di zaman yang perubatan dominan
waktu ini adalah perubatan Barat. Perubatan Barat ini telah
mempengaruhi seluruh pelusuk sanubari hingga ke akar umbi
serta generasi anak cucu kita. Meskipun kita menguasai
politik, namun dalang-dalang di belakang lagi berkuasa.
Sedang penyokong
dan pendokong Perubatan
Barat boleh mengesahkan dan menghalalkan penggunaan ubat
dadah (atas alasan dharurat), namun mereka juga sangat cemburu jika ada sebarang
ubat lain yang boleh memberi kesan positif tanpa bahan aktif
dadah, hatta terhadap air yasin atau doa sekalipun.
Kata mereka selalunya, "mana mungkin ubat-ubat tradisional,
homeopati dan sekadar doa boleh menyembuhkan."
Ada pengamal
homeopati dan mereka yang terlibat dalam penjualan produk
berdaftar homeopati berjumpa saya dan memaklumkan bahawa
kementerian telah mengiktiraf homeopati. Katanya, buktinya ialah
pihak yang berkenaan telah mendaftar sebahagian ubat-ubat mereka.
Dalam hal ini,
terus-terang saya katakan bahawa mereka tidak pernah memberi
pengiktirafan tentang keberkesanan ubat-ubat homeopati yang
didaftarkan. Yang ada hanyalah kelulusan MAL. Kelulusan MAL
itu hanya menyatakan bahawa ubat itu selamat digunakan (tidak
mengandungi dadah atau steroid -
dan remedi homeopati dalam
bentuk potensi sememangnya tidak pernah mengandungi semua
bahan itu.)
Sementara itu, di semua botol yang labelnya ada MAL,
indikasi penyakit atau kegunaan hanya boleh catat "Disediakan
secara tradisional untuk membantu menambahkan kesihatan".
Semua ubat yang didaftarkan tidak dibenarkan tulis indikasi
penyakit melainkan perkataan itu saja. Apakah ini
pengiktirafan namanya?
Inilah jarum halus
yang dicucuk dalam kelulusan pendaftaran. Semua remedi
homeopati yang lebih 2,000 jenis jumlahnya, indikasi
penyakitnya sama belaka. Apa hubungan Kali phos
dengan memori - "Tiada". Apa hubungan Belladonna
dengan demam panas, sakit kepala berdenyut-denyut, dll - "Tiada".
Apa hubungan penawar homeopati dengan simptom sakitnya -
Jawapannya hanya "Tiada".
Sama ada jenama
ubat itu mengandungi Kali phos, Magn phos, Acid phos.,
Belladonna, Chamomilla, Tongkat Ali, atau apa sekalipun,
indikasi atau kegunaan hanya "Disediakan
secara tradisional untuk membantu menambahkan kesihatan".
Syarikat tidak dibenarkan sama sekali mencatat simptom
sebenar remedi yang digunakan dalam proses membuat ubat itu.
Jadi di manakah pengiktirafan keberkesanan atau perakuan
tindakan remedi homeopati, meskipun bahan-bahan itu telah
diujibukti oleh pakar-pakar homeopati terdahulu?
Jawapannya mudah
saja. Pendokong perubatan Barat tidak akan sekali-kali
mengiktiraf keberkesanan ubat-ubat (remedi) homeopati.
Mengapa?
Pertamanya kerana
homeopatilah satu-satunya remedi/penawar/ubat yang tidak
mengandungi dadah. Siapakah yang akan terpikat? Tentulah
orang Islam yang berbilion jumlahnya.
Kedua, kerana perubatan
Barat tidak ada kaedah membuktikan keberkesanan ubat-ubat (remedi)
homeopati, sedangkan kaedah ujibukti (proving)
merupakan satu-satunya cara menguji keberkesanan
remedi-remedi homeopati. Tapi mereka tidak mahu mengakui
ujibukti (proving)
sebagai prosedur saintifik. Tanpa bahan aktif dadah, tidak mungkin
ada kesan (begitu pandangan kaum materialistik - sila baca
Organon 19-21, juga bab 10 Kent, Lectures of
Homoeopathic Philosophy, Materialism in medicine.)
Ketiga, justeru kaedah di
atas (proving), remedi homeopati diuji ke atas
manusia yang sihat, dipreskripsi untuk mereka yang sakit.
Tetapi ubat-ubat moden tidak diuji ke atas manusia (kerana
berbahaya..?) tetapi dipreskripsi kepada manusia.
Keempat, melalui kaedah
dilution dan dynamization, kos produk
homeopati secara relatifnya jauh lebih murah. Ini bermakna
lebih kompetitif. Ini sudah tentu ancaman besar,... seperti
zaman Dr.Hahnemann juga.
Kelima, produk homeopati
(juga herba tradisional) memberi saingan kepada perubatan
barat di pasaran. Silap haribulan bisnes mereka boleh
down. (sedangkan pelopor dan pendokong perubatan Barat
adalah tulang belakang pemerintah. Apa sahaja harus
dilakukan supaya perubatan Barat akan selalu menjadi
perubatan arus perdana. Sistem lain harus berada di bawah
atau dikuburkan.).
Keenam, homeopati
dipreskripsi berasaskan keserupaan / keraksian (similia
similibus curentur) sedangkan perubatan Barat berasaskan
prinsip contraria contrariis dan paliatif.
Falsafahnya jauh bertentangan, seperti Timur dangan Barat.
Ketujuh, homeopati bukan
setakat komplemen, tetapi juga satu alternatif yang baik.
Mengambil remedi homeopati dan meninggalkan ubat-ubatan
konvensional amat tidak disukai.
Kelapan, homeopati adalah
penawar yang advance. Ia boleh menyelesaikan kes-kes
kronik dan berpanjangan masalahnya. Homeopati menerima
surgeri apabila perlu dan sampai masanya. Tegasnya,
homeopati menerima pembedahan (surgery) jika itu
pilihan yang pasti. (ingat: surgeri adalah ilmu yang
terdapat dalam setiap amalan perubatan. Kita tidak boleh
mengidentifikasikan surgeri sebagai sebahagian daripada
amalan perubatan Barat).
-
Mohamed Hatta, HMD.
|