|
|

Penulis mengatakan
"..homeopati tetap homeopati. Ia bukan boleh ditukarbeli
dengan sebarang sistem lain, Produk lain tidak boleh jadi
homeopati semata-mata dengan menyebut atau melabelkan saja.
Kalau ada dadah atau steroid, sah ia bukan homeopati.

Iklan daripada
web Ade Putra,
|
|
Saya cuba meninjau
beberapa web yang melibatkan ubat-ubat Ade Putra. Meskipun
saya dimaklumkan oleh ahli keluarganya bahawa remedi yang
digunakan adalah remedi-remedi homeopati, tetapi laman-laman
web yang saya temui tidak memaklumkan sebarang kandungan
bahan-bahan remedi homeopati yang digunakan. Selain daripada
percakapan dengan ahli keluarganya, saya tidak pernah
melihat sampel produk Ade Putra sama ada mengenai minda
maupun ubat sendi tulang.
Antara penemuan
saya ialah:
Siapakah perumus
formula minda produk Ade Putra? Jawapan: Tidak diketahui.
Saya percaya bukan ahli keluarganya. Namanya tidak
dinyatakan sama ada orang itu daripada persatuan homeopati
ataupun lulusan daripada mana.
Adakah produknya
semata-mata remedi homeopati? Jawapan: Tidak. Sebuah
laman web menyatakan terdapat kandungan herba. Contoh:
dengan bantuan doktor Homeopati dan
mengkaji ilmu kedoktoran dan perubatan yang diberikan doktor
tersebut, beliau telah membuat rumusan pemakanannya sendiri
yang mengambil kira keperluan otak kanan dan otak kiri
berasaskan herba seperti cengkih, halia, ginseng, madu lebah,
rempah-rempah perubatan tradisi dan sebagainya.(http://syokkahwin.com/blog/2010/01/17/produk-genius-adiputra-palsu/).
Dengan itu, ini bermakna ada kemungkinan dan risiko, produk
Ade Putra mengandungi bahan steroid. Jika ini adalah
penemuan Ketua Penolong Pengarah
Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, daripada sampel Ubat
Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran,
maka kemungkinan kebenarannya ada. Justeru ubat yang dibuat
daripada herba belum melalui proses potentisasi. Sama ada
beliau ataupun mereka yang ingin menggunakan kemasyhuran
namanya telah memanipulasikan demi kepentingan diri dan
keuntungan.
Apa lagi isu ubat Ade
Putra? Jawapannya: Orang yang merumus dan memasarkannya
tidak telus dalam amalan perubatan. Saya mendapati iklannya
mengguna beberapa simptom seperti yang digunakan oleh
pengamal homeopati dalam mempromosi produk minda, tetapi
tidak pernah dinyatakan kandungan serta kerja penawarnya.
Seperkara lagi
ialah beliau juga menggunakan doa demi melariskan ubatnya.
Bagi saya beliau (atau orang disebaliknya) tidak merumus
ubat itu dengan tujuan murni dan suci hati. Doa telah
dikaitkan dengan tujuan mempromosi produk. Seolah-olah
kepintaran Ade Putra masih belum mencukupi untuk
mempengaruhi pengguna. Daripada laman web promosi produk,
saya menemui catatan berikut:
MINUMAN BERTENAGA YANG DIPROSES MENGGUNAKAN GABUNGAN RAMUAN
HEBAT IAITU KURMA, PEGAGA, KISMIS HABBATUSSAUDA DAN MADU .GABUNGAN
RAMUAN BERPANDUKAN AL-QURAN DAN HADIS.
(http://www.dapat.net/moblog.aspx?member=ADIPUTRA)
MINUMAN BERTENAGA YANG DIPROSES MENGGUNAKAN GABUNGAN RAMUAN
HEBAT IAITU KURMA, PEGAGA, KISMIS HABBATUSSAUDA DAN MADU .GABUNGAN
RAMUAN BERPANDUKAN AL-QURAN DAN HADIS.
AMAT SESUAI UNUTK SEMUA LAPISAN MASYARAT.. TERMASUK BAYI
DIDALAM KANDUNGAN
BOLEH MEMBANTU MENCERGASKAN MINDA DISAMPING
MASALAH LELAH, STRESS, MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR , MASALAH
KEPUTIHAN , LETIH LESU , MIGRAIN DAN BANYAK LAGI KEBAIKAN
PENGGUNAANYA
*( TIDAK BOLEH DILANGKAH KERANA PRODUK INI TELAH DI DOA OLEH
ADIK ADI PUTRA SENDIRI)
Dan dari satu
laman web lagi berkaitan ubat sendi tulang, iklannya begini:
"PETIKAN
DR MAJALAH MANGGA - DISEMBER 2009
Produk Sendi Tulang
- Berasaskan herba seperti cengkih, halia, ginseng,
madu lebah, rempah-rempah perubatan tradisi dan sebagainya.
- Produk ini lebih kepada kesihatan fizikal seperti
sakit sendi tulang, sengal lutut, sakit urat, penat, sakit
bahu, lumpuh kaki, tgn bengkak, sakit pinggang, lemah tenaga,
sembelit, resdung, gout, asma dan byk lagi.
- Pernah seorg yg lumpuh dan tidak mampu utk beribadat spt
biasa, Alhamdulillah dgn izin-Nya, dgn memakan produk ini
dia berupaya utk bgn beribadat.
- Bg mereka yg mempunyai masalah kulit muka yg disbbkan
resdung atau jerawat, bolehlah juga menggunakan produk ini
yg akan membersihkan bahagian dalaman badan kita, Insya-Allah,
segala kekotoran dlm badan akan terkeluar drpd bdn kita,
biasanya melalui air kencing.
- Juga boleh dihancurkan utk dibuat bedak sejuk, sesuai
sebelum waktu tidur."
Sama ada penguatkuasaan
yang dilakukan ke atas premis milik keluarga Ade Putra itu
akibat
perbuatan sabotaj atau tidak, bagi saya itu masalah lain.
Kita simpati kiranya ia suatu sabotaj. Namun daripada siasatan
dan pengamatan saya, saya dapati maklumat yang saya peroleh menunjukkan kes Ade Putra tidak
sekali-kali sama dangan kes penguatkuasaan terhadap
Perkhidmatan Homeopathy Mulia.
Perkhidmatan Homeopathy Mulia
hanya membawa produk homeopati,
diusahakan oleh pengamal homeopati dan tidak ada iklan-iklan
seumpamanya yang ditemui.
Tinjauan saya dalam
seminggu ini mendapati bahawa dalam kes Ade Putra ini:
Perumusnya tidak
ada kepakaran dalam homeopati,
penggunaan herba
dalam bentuk
crude
(tanpa proses homeopati),
kaedah iklan yang
melampaui,
cara pemasaran
mencurigakan,
perumus formulanya
tidak tampil mempertahankan formulasinya,
dan kemungkinan
Ade Putra telah menjadi mangsa manipulasi pihak yang tidak
bertanggunjawab (syarikat
@ perumusnya?).
Dari aspek ini,
saya fikir produk keluaran Ade Putra bukan produk homeopati
tulen, dan produk herba untuk sendi dan tulang itu pastinya
bukan produk berasaskan homeopati. Penemuan penguatkuasa KKM
dan tindakan yang dilakukan adalah munasabah. Malangnya,
insiden ini telah memberi nama buruk kepada homeopati secara
am dan produk-produk berasaskan homeopati yang lain.
Selain itu, akibat
penyiaran di TV3 secara umum dan ringkas juga, ia telah
turut mencalitkan nama tidak baik kepada pembekal utama
ubatan homeopati ke Malaysia dari Pakistan iaitu
Homoeopathic Stores & Hospital,
Lahore, yang telah
beroperasi sejak 81 tahun lamanya serta tinggi
kredibilitinya di peringkat antarabangsa.
Saya harap dengan
tersiarnya artikel ini, perkara yang sebenarnya mengenai
homeopati dapat diperbetulkan dan pengguna di Malaysia yang
berminat dengan produk homeopati mendapatkannya daripada
pengamal dan perumus formula homeopati yang tulen dan
bermaruah. Mereka yang benar-benar tahu tentang homeopati,
prinsip, falsah, materia medika dan farmaseutikalnya. Bukan
daripada bomoh, pengamal perubatan konvensional, orang yang
tidak tahu dari mana datangnya, maupun sinseh dan tukang
urut.
Homeopati adalah jauh berbeza daripada apa yang
kebanyakan orang (termasuk pengamal farmasi konvensional ) fikirkan.
Bahannya bukan boleh dibuat seadanya dan dicampur rempah
ratus sesuka hati. Sebelum dipreskripsi setiap remedi
tunggal itu diujibukti(prove)kan terlebih dahulu.
Bukan main buat dan pasar saja, dan kemudian pasaran (orang
ramai) menjadi medan uji keberkesanannya. Alangkah malunya
homeopati jika pengamalnya telah melanggar prinsip
proving ini.
Kami dan laman kami
tetap memperjuangkan kelangsungan homeopati klasik.
Sekian.
-
Mohamed Hatta, HMD
26 Jan 2010.
|
|
|
|
|