|
Dengan hadirnya tahun 2010, bermakna genaplah sepuluh tahun produk
pertama HBI rumusan Dr Hatta berada di pasaran Malaysia. Kedua produk
tersebut pada asalnya dikeluar serentak bagi menyaingi produk minda
yang terkemuka di waktu itu, yakni Hi-Q, Examo dan beberapa produk
tradisional lain.
Homeo-ABC bukanlah produk minda. Ia diformulakan khusus bagi menangani
masalah harian keluarga. Akhirnya laporan pelanggan menunjukkan ramai
orang mendapat manfaat dari formula itu. Kanak-kanak yang mula
berjinak-jinak dengan remedi tersebut didapati berjaya membantu
menyelesaikan masalah keluarga seperti selsema akut, demam (yang baru
mula), sakit gigi, sakit kepala, meragam, menangis malam,
dan sebarang penyakit yang baru mula.
Akhirnya produk Homeo-ABC kekal di hati pengguna yang sudah biasa
dengannya. Ia bukan sahaja meringankan bebanan keluarga yang sukar
memberi ubat kepada anak-anak kecil, bahkan menjimatkan kewangan
keluarga yang semakin hari semakin kurang melawat ke klinik atau pusat
rawatan.
Itulah juga yang berlaku terhadap permintaan Active IQ. Ia dicuba oleh
pelanggan. Apabila Active IQ berjaya merubah sikap yang malas, lembab,
sukar mengingat, pelupa, kurang kreatif serta tidak bersemangat untuk
belajar kepada sesuatu yang positif seperti rajin, cepat memberi
respons, memperbaiki daya ingatan, kreatif dan juga menjana perubahan
dari aspek emosi dan fizikal, Active IQ mendapat permintaan berterusan.
Justeru, kami mendapati sesetengah pengedar Active IQ dan Homeo-ABC
terus kekal menjadi pengedar tetap. Contoh yang paling ketara sekali
ialah Pn. Noor Aini Ooi Abdullah yang berada di Kamunting, Perak.
Banyak cerita yang dilaporkan oleh beliau dalam tempoh tersebut. Ini
termasuk kisah sekeluarga yang menggunakan Active IQ untuk lima adik
beradik. Empat orang daripadanya berjaya cemerlang dalam bidang
akademik. Namun seorang daripada lima beradik itu tidak cenderung ke
arah akademik. Kanak-kanak itu menjadi minat untuk merekacipta
macam-macam. Meskipun keadaan itu tidak digemari oleh keluarganya,
namun dari sudut lain kanak-kanak itu cemerlang dalam bahagian yang
dia minati dan gemari.
Hal
yang sama berlaku dengan keluarga saudara Dr. Kamaruddin Musa. Beliau
telah mencuba rumusan itu sebelum Active IQ dijenamakan. Anak
lelakinya menjadi sangat kreatif dan meminati bidang kejuruteraan.
Demikian juga dengan En. Fahmi Mustapah yang sudah bersama kami
lebih dari tujuh tahun.
Pendeknya itulah yang terjadi dengan kebanyakan mereka yang mencuba
Active IQ. Paling menarik tentulah kerana anak-anak orang yang merumus
formula itu sendiri berjaya dalam pelajaran mereka.
Walaupun hakikatnya ramai lagi masyarakat di luar sana yang berjaya
tanpa menggunakan sebarang remedi. Tetapi Active IQ harus diterima
sebagai antara perangsang kejayaan bagi sesetengah individu.
Pasaran Active IQ pernah meletup di Johor Bahru pada tahun 2001,
pernah meletup juga di sesetengah kawasan di Pahang, Perak, Kuala
Lumpur dan Kelantan. Kami tidak pernah membuat dakwaan berdasarkan
testimonial. Testimonial hanya kami keluarkan mulai tahun 2009, atas
permintaan pengedar dan pelanggan kami. Bagi kami apa yang penting
ialah masyarakat mengetahui khasiat dan kegunaan Active IQ berdasarkan
penawar yang diadun.
Selain kerana keberkesanannya memperbaiki prestasi pengguna, boleh
kami nyatakan di sini bahawa ramai pelanggan yang mengguna Active IQ
ataupun meneruskan amalan menggunanya disebabkan faktor-faktor berikut:
-
Ia
berkesan bagi pengguna yang kekurangan tiga atau salah satu komponen
mineralnya.
-
Ia
berjaya merubah sikap dan perasaan penggunanya.
-
Ianya
murah berbanding produk minda yang lain.
-
Ianya
dibungkus dalam botol kecil farmasi yang mudah dibawa dan disimpan.
-
Ia
tidak diiklankan secara melampau kerana matlamat bukan semata-mata
untuk mendapat keuntungan segera.
-
Ia
merupakan penawar homeopati yang selamat, tidak mempunyai kesan
sampingan seperti penawar minda yang mempunyai terlalu banyak remedi
di dalamnya maupun penawar tradisional biasa.
-
Ia
disediakan dalam tablet kecil, berwarna kuning yang menarik minat
pelajar. Malahan Active IQ adalah produk minda pertama homeopati dalam
warna tersebut sebelum ianya ditiru oleh pelbagai jenama lain
kemudiannya.
-
Active IQ
adalah produk sentuhan langsung pengamal, bukan dibuat secara lambak
di kilang.
-
Sebarang
pertanyaan dan kesan daripada pengambilan Active IQ boleh berhubung
terus dengan Dr. Hatta.
-
Semua
urusan pemasarannya dibuat secara telus, jujur dan tidak berahsia.
Akhir sekali, semua dimaklumkan bahawa bisnes Active IQ, Homeo-ABC dan
Hi-fos bukan jenis MLM ataupun pasaran bermasa bagi membolot kekayaan
untuk sesuatu ketika. Ia adalah bisnes untuk memperkenalkan
keberkesanan perubatan homeopati, di samping memberi manfaat kepada
pelanggan. Bagi memperluaskan penggunaannya tentulah ia harus memberi peluang niaga
dengan untung berpadanan kepada pengedarnya.
Meskipun banyak cabaran yang kami hadapi, sama ada dari
segi pendaftaran maupun saingan & ugutan dari pihak-pihak tertentu (khususnya
pengeluar produk yang sinonim), usaha ini kami teruskan juga. Isu
pendaftaran hanya merupakan agenda sampingan justeru pengguna mendapat
penerangan langsung daripada pengamal (seperti pembeli membeli ubat/penawar
daripada farmasi). Kami bukan semata-mata menjual tetapi memberi
khidmat nasihat farmasi online tentang penggunaannya.
Tambahan pula pengguna tidak mahu kosnya naik akibat kos tidak perlu (kerana
kos (caj) pengilangan yang tinggi hanya menguntungkan pengilang. Keberkesanan penawar digandingkan dengan harga yang murah, mampu
dibeli oleh semua, adalah pilihan pengguna (pelanggan kami).
Sementara ada pengguna yang memerlukan rawatan spesifik, yang mana tak
mampu diselesaikan menerusi gabungan remedi yang kami tawarkan dilayan
sebagaimana sepatutnya seorang pesakit dilayan. Simptom-simptom
dikutip supaya remedi yang bersesuaian dapat diberi. Ini menjadikan
konsultan kami sebagai konsultan pelanggan sepenuh masa, realiti dan
virtual.
Tuntasnya, pengguna
penawar farmasi kami bukan sahaja mendapat manfaat daripada produk
yang baik pada harga yang murah (ditambah dengan khidmat nasihat
percuma), tetapi turut juga menyumbang kepada
perkembangan ilmu perubatan homeopati tanah air tercinta. Ilmu
perubatan yang sepatutnya dilayan selari dengan perubatan arus perdana.
Selari dengan itu, misi utama HBI dapat dicapai dengan lebih baik,
yakni untuk memberi khdmat terbaik untuk masyarakat serta menyampaikan maklumat mengenai ilmu
perubatan homeopati agar berterusan dalam arena penerbitan dan laluan
maya.
-
Pengurusan HBI
HBI Health & Homoeopathy Centre
Emel: drhatta@homeolibrary.com
|