LAMAN UTAMA

 

Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

Terbitan Buku ke 13 - Tahun 2019

ORGANON PERUBATAN HOMEOPATI

Saringan Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(VERSI BAHASA MALAYSIA, BERASASKAN TERJEMAHAN INGGERIS DR. WILLIAM BOERICKE & DR. CONSTANTINE HERING)

§ 19

“Sebagaimana penyakit-penyakit itu tidak lebih daripada perubahan di dalam status kesihatan individu yang sihat yang menyatakannya menerusi tanda-tanda berpenyakit dan kesembuhan hanya mungkin melalui perubahan kedudukan kesihatan keadaan kesihatan individu yang sakit, maka terbuktilah bahawa tiada ubat/remedi yang boleh menyembuhkan penyakit sekiranya ia tidak memiliki kuasa untuk merubah keadaan kesihatan seseorang. Kuasa itu terbukti dimiliki penawar apabila ia mampu menukar keadaan atau fungsi tubuh dan perasaan seseorang, bahkan manfaat kesembuhan bergantung kepada fakulti ini sahaja.”

 

§ 20 Edisi 5 dan 6

Hakikatnya tiada perbezaan di antara edisi ke 5 dan ke 6 dalam kenyataan para 20, melainkan sedikit penambahan dan perubahan bahasa di dalam ayat.

“Kuasa dalaman tersembunyi penawar yang mampu merubah status kesihatan (dan lantas menyembuhkan penyakit-penyakit yang dihidapi) tidak boleh ditemui maupun dinilai dengan rasional akal semata-mata. Sebaliknya kita sedar dan memperolehnya hanya setelah melalui pengalaman mengenai fenomena yang dipamerkan apabila diuji ke atas orang yang sihat.”

 

§ 21

“Penawar yang berkhasiat menyembuh tidak ada hubungannya dengan sebab yang datang daripada luar tubuh, tetapi yang ada ialah kuasa untuk merubah keadaan kesihatan tubuh manusia khususnya ke atas tubuh individu yang sihat. Jadinya, ubat-ubat itu bertindak sebagai remedi bagi maksud menyembuhkan penyakit hanya apabila ia mampu merubah keadaan kesihatan seseorang menerusi penghasilan simptom-simptom penyakit tertentu. Kerana itu, kita harus bergantung kepada fenomena morbid yang dihasilkan penawar ke atas individu yang sihat sebagai satu-satunya petunjuk kepada kuasa kesembuhan penawar. Itulah sahaja caranya untuk kita mempelajari kuasa (penawar) yang berupaya menghasilkan penyakit, yang pada waktu yang sama adalah juga kuasa penyembuh yang dimiliki satu-satu penawar (homeopati).”

  

LAMAN INDEKS


Malaysia

Visit us at: www.drhatta.com

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 1997-2020

 

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa carapun sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Sebarang perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti.

 

  Diterbitkan & Diedar oleh:

HBI Health & Homoeopathy Centre (Cawangan Kota Bharu)

2621 Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu

Kelantan.