| 
   
  ORGANON 
  APHORISM 1
  
     
          
                
  
  B ahagian 
  awal buku Organon Perubatan Homeopati (Organon 0f Medicine) yang 
  ditulis oleh Dr. Samuel Hahnemann merupakan pengenalan kepada sistem perubatan 
  homeopati. 
  Justeru Para Pertama (1) 
  sekali telah dimuat oleh Hahnemann dengan kata-kata yang jelas mengenai tugas 
  seorang doktor. Ini perlu difahami benar-benar oleh para doktor yang berhasrat 
  mengamalkan amalan perubatan, khususnya homeopati. 
  Para 1 Organon ini 
  menyatakan bahawa: 
  
  
  "The physician's high and 
  only mission is to restore the sick to health, to cure, as it is termed.1" 
  
  
  atau: 
  
  
  "Setinggi-tinggi 
  cita-cita dan tugas seorang doktor itu adalah mengembalikan sakit kepada sihat 
  sebagaimana yang dikehendaki." 
  
  
  Untuk menjelaskan maksud 
  beliau itu, nota kaki Para 1 menjelaskan dengan terperinci supaya pengamal 
  homeopati tidak tergelincir dari matlamat sebenar seperti yang berlaku kepada 
  para doktor alopati. Justeru misi seorang doktor bukan untuk menghasilkan 
  sistem-sistem dengan menghubungkait hipotesis dan spekulasi kosong berkaitan 
  hakikat kehidupan dan asal-usul penyakit di dalam diri manusia. Sedangkan 
  inilah situasi di mana ramai para doktor menghabiskan masa dan bakat mereka 
  pada waktu itu menurut Hahnemann. 
  Demikian juga bukan menjadi 
  matlamat seorang doktor untuk memberikan penerangan panjang lebar mengenai 
  fenomena penyakit dan sebab-sebab langsung kehadirannya. Justeru pada 
  hakikatnya maklumat itu akan selamanya tersembunyi dari pengetahuan manusia. 
  Sedangkan aktiviti penceritaan itu merupakan keghairahan para doktor alopati 
  yang ingin popular, lantas penerangan mereka diadun dalam bahasa yang sukar 
  difahami dan ekspresi yang abstrak serta diperbesar(gembar-gembur)kan. 
  Ini adalah kerana dengan 
  cara itu barulah nampak seolah-olah para doktor itu sangat terpelajar. Tujuan 
  mereka tidak lain melainkan untuk mengagumkan mereka yang jahil. Walhal pada 
  saat yang sama manusia yang sakit merintih kesakitan memohon bantuan. 
  Jelas Hahnemann seterusnya 
  di dalam nota kaki beliau, "Kami rasa sudah cukuplah sudah melayani mereka 
  yang merasa terpelajar (yang merujuk kepada perubatan teoretikal dan di mana 
  darjah profesor diinstitusikan), dan sekarang telah sampai masanya semua yang 
  menggelarkan diri mereka doktor menghentikan kerja menamatkan penderitaan 
  manusia sejagat dengan semata-mata bercakap. Bahkan sekarang hendaklah 
  bertindak dengan niat benar-benar ingin menolong dan menyembuhkan."  
  
  
  
   Oleh: 
  
  
  
  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 
  
  
  
  (7 Julai 2011) 
  
  
    
          
                
  
  ~ Dapatkan segera daripada 
  penerbit HBI Health & Homoeopathy Centre ~ 
  
    
  
    
    
  
       
  
  
  
  
  LAMAN INDEKS 
 
 Malaysia 
          
            Visit us at: 
            
            www.drhatta.com  
               |