| 
   
  ORGANON 
  APHORISM 2
  
     
          
                
    
    
    P ada zaman beliau, Dr. Hahnemann berhadapan dengan suatu sistem dan para 
    doktor perubatan 
    semasa yang tidak mempersoalkan amalan perubatan konvensional mereka. Amalan 
    pada waktu itu banyak menggunakan purgatif, menyukarkan pesakit, penggunaan dadah 
    dalam dos yang tinggi, bekam (juga lintah untuk mengeluarkan darah) dan 
    merawat pesakit tanpa mengenalpasti penyakitnya dengan ubat yang tidak 
    dipastikan kesannya. Apa yang penting, simptom penyakit 
    disupres secara berterusan. 
    
    Cara rawatan yang sukar diterima oleh beliau dinyatakan dalam catatan beliau: 
  
  
    
      My sense of duty would not easily allow me to treat the 
      unknown pathological state of my suffering brethren with these unknown 
      medicines. The thought of becoming in this way a murderer or malefactor 
      towards the life of my fellow human beings was most terrible to me, so 
      terrible and disturbing that I wholly gave up my practice in the first 
      years of my married life and occupied myself solely with chemistry and 
      writing. 
    
  
    
  
    
    
    (http://www.gaia-therapy.com/info/homeo001.shtml) 
    
    
    
    Justeru,
    pada Para 2 dalam Organon Perubatan, beliau menyarankan dan memperkenalkan Amalan Perubatan 
    yang sepatutnya diikuti. Di sini Dr. Samuel Hahnemann menyatakan: 
    
     
  
  
  "The highest ideal of cure is rapid, gentle and permanent 
  restoration of the health, or removal and annihilation of the disease in its 
  whole extent, in the shortest, most reliable, and most harmless way, on easily 
  comprehensible principles."
  
  
    
    
    atau: 
    
    
  "Setinggi-tinggi hemah seorang doktor itu
  ialah memberi kesembuhan secara menyeluruh dengan jalan yang cepat, lemah
  lembut, berkekalan, yang paling kurang membahayakan, menurut kaedah yang
  ma'kul." 
    
    
    
    Di mana di dalam buku pertama saya, "Perubatan Homoeopati", menurut 
    terjemahan saya yang asal daripada kuliah Diploma Lanjutan The British 
    Institute of Homoeopathy, saya nyatakan (pengertiannya masih sama) 
    seperti berikut: 
    
  
  
    
              “ Cara penyembuhan 
	yang paling ideal iala mengembalikan kesihatan 
    dengan jalan yang  cepat, lemah-lembut dan berkekalan, atau menyembuhkan 
    penyakit secara keseluruhannya dalam jangka masa yang pendek, dapat  
    dipertanggungjawab serta  paling  tidak memudaratkan menurut kaedah yang ma’kul.”  
  
    
      
    
    
    Terjemahan kandungan kuliah itu kelihatan 
    lebih menarik. Sebab itu saya katakan bahawa saya amat menyenangi kaedah 
    pembelajaran daripada The British Institute of Homeopathy itu. Apapun, 
    para 2 Organon itu sebenarnya menjelaskan mengenai cara rawatan yang benar 
    dan sepatutnya dipilih dalam amalan perubatan yang murni. 
    
    
    
    Jadi, maksud 
    tersirat di dalam ayat berkaitan dengan cara penyembuhan yang ideal itu adalah: 
    
    J alan 
    yang  ‘cepat’  (rapidly) bermaksud “tanpa penangguhan  yang tidak  
    perlu, merugikan masa dan wang”.    Sementara  `lembut  dan ...... paling 
    tidak memudaratkan’ memberi erti  melakukan “dengan mesra dan tanpa kesan 
    sampingan dadah (toxic)  akibat daripada  terlampau  banyak  ubat.”
  
    
    
    Sementara ‘berkekalan’ bermaksud “dengan tidak menekan  simptom- simptom 
    yang memungkinkan ia muncul kembali dalam apa bentuk sekali  pun”. Ini 
    ditekankan kerana rawatan secara menekan (suppressed) seperti dalam 
    amalan alopati sebenarnya tidak menyembuhkan. 
    
    
    Seterusnya kenyataan Hahnemann mengenai ‘keseluruhan penyakit’ merujuk  
    kepada  “bukan satu simptomn, tetapi keseluruhan simptom-simptom.” Dan 
    istilah keseluruhan penyakit atau keseluruhan simptom ini disebut beberapa 
    kali di tempat-tempat yang lain dalam Organon.
    
     
    
    Dan a khir 
    sekali,  ‘kaedah  yang ma’kul’ dalam ayat di  atas  membawa  erti  “dengan  
    tidak  menggunakan  sihir  atau  kepercayaan  karut, tetapi sebaliknya 
    hendaklah mengikut cara yang saintifik”.
    
    Harus diingat bahawa kaedah saintifik ini 
    didahulukan sejak dari awal lagi oleh Dr. Samuel Hahnemann. Namun saintifk 
    itu yang dilihat pada pandangan homeopati diterbalikkan maksudnya oleh 
    perubatan lama atau konvensional, sehingga kaedah-kaedah yang digunakan oleh 
    homeopati itu dianggap sebagai tahyul. Tafsiran homeopati yang bukan 
    berasaskan kebendaan (material) semata-mata sebaliknya dimomokkan 
    oleh sekolah perubatan konvensional yang materialistik. 
    
    Demikian maksud para 2 Organon Perubatan. 
    Dan Hahnemann memberi penegasan ini sewaktu perubatan Barat masih lagi belum 
    mendapat cahaya kemajuan seperti yang dicapai hari ini. (8 Julai 2011) 
      
  
   Oleh: 
  
  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 
    
  
  
    
          
                
  
  ~ Dapatkan segera daripada 
  penerbit HBI Health & Homoeopathy Centre ~ 
  
    
  
    
    
  
       
  
  
  
  
  LAMAN INDEKS 
 
 Malaysia 
          
            Visit us at: 
            
            www.drhatta.com  
               | 
      
          
        
          | 
             
          
          ©
          
            
          Mohamed 
            Hatta Abu Bakar, HMD 1997-2020   
          
           
          
           
          
          Hakcipta
          terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian isi
          kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa carapun
          sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Sebarang perundingan
          tertakluk kepada perkiraan royalti.
          
           
          
           
          
          
          
          
           
          
           
          
          
          Diterbitkan 
          & Diedar
          oleh:
          
           
          
          HBI
          Health & Homoeopathy Centre
          
          (Cawangan
          Kota Bharu)
          
           
          
          2621
          Jalan Hospital,
          
          15200
          Kota Bharu
          
           
          
          
          Kelantan. 
          
           
               |