| 
   
  ORGANON 
  APHORISM 
	5
  
     
          
                
  
    
    
    Sambungan kepada tulisan semalam, Dr. Hahnemann melanjutkan Aphorismenya di 
    para 5 dengan katanya: 
     "Useful to the physician in assisting him to cure are the 
  particulars of the most probable exciting cause of the acute disease, as also 
  the most significant points in the whole history of the chronic disease, to 
  enable him to discover its fundamental cause, which is generally due to a 
  chronic miasm. In these investigations, the ascertainable physical 
  constitution of the patient (especially when the disease is chronic), his 
  moral and intellectual character, his occupation, mode of living and habits, 
  his social and domestic relations, his age, sexual function, etc., are to be 
  taken into consideration."  
    
    
    Walaupun baru sekadar pengenalan, beliau sudahpun menunjukkan suatu 
    pendekatan dalam pengambilan kes pada para 5. Di mana dalam hal ini, segala 
    butiran yang berkaitan dengan sebab-sebab bagi timbulnya penyakit akut atau 
    sejarah yang membawa kepada individu itu mendapat penyakit kronik perlu 
    dikutip dan direkod. 
      
    
    
    Terjemahan bagi para di atas boleh disimpulkan seperti berikut: 
  
  
    
      "Bagi membantu usaha-usaha menyembuhkan,
  doktor itu juga patut mengetahui secara terperinci apa-apa yang menyebabkan
  timbulnya penyakit akut dan apa-apa yang membawa kepada penyakit kronik yang
  boleh disusur dari sejarah lahirnya. Dalam penyiasatan seperti ini, dia harus 
  melihat dari segi konstitusi
  fizikal, karakter moral dan intelek, pekerjaan, cara hidup dan tabiat, hubungan 
  keluarga dan sosial,
  usia, fungsi seksual dan sebagainya." 
  
  
    
    
    Di sini, ternyata sekali kita tidak harus mengadakan sesi perjumpaan dengan 
    pesakit secara semberono. Kita harus meluangkan lebih masa supaya dengan itu 
    kita boleh mengumpul sebanyak mungkin simptom yang perlu daripada pesakit. 
    
    
    Setiap simptom pesakit adalah penting bagi pengamal homeopati klasik. Lagi 
    banyak informasi diperoleh, lagi mudah kita sampai kepada menyelesaikan 
    masalah kes. 
    
    
    Justeru tanpa teragak-agak, Dr. Hahneman menerangkan peri pentingnya seorang 
    pengamal itu mendapatkan maklumat atau mencerap karakter intelek dan akhlak, 
    pekerjaan, tabiat dan gaya hidup, pergaulan sosial dan hubungan domestik, 
    umur, kehidupan seksual dan seumpamanya. Apa yang disebutkan ini akan 
    membantu kita mengenali konstitusi pesakit. 
    Demikian juga, 
    walaupun beliau masih belum membicarakan tentang pembahagian jenis penyakit 
    (yang akan dibicarakan kemudian di dalam aphorisme di tengah-tengah buku 
    Organon dengan lebih terperinci), beliau sudahpun memaklumkan bahawa 
    penyakit kronik adalah "causative" sifatnya, yang mana mungkin 
    diperoleh sejak lahir (diperturunkan) ataupun dijangkiti akibat cara lain (seperti 
    akibat pembenaman). 
    
    
    Demikian kenyataan para 5 yang amat jelas, ringkas, padat. 
    
    
     
    Wa Llahu 'a'lam. 
    
    
    
        
    
  
   Oleh: 
  
  
  
  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 
  
  
  
  (11 Julai 2011) 
  
  
    
          
                
  
  ~ Dapatkan segera daripada 
  penerbit HBI Health & Homoeopathy Centre ~ 
  
    
  
    
   
  
       
  
  
  
  
  LAMAN INDEKS 
 
 Malaysia 
          
            Visit us at: 
            
            www.drhatta.com  
               |