MENU

 

MENU Kandungan

  PANDUAN PRAKTIKAL TERAPEUTIK HOMEOPATI

 


 

 


 

BAHAGIAN 2

  11 APENDISITIS    12 APOPLEKSI    13 ARTRITIS    14 ASMA

  15 BATU BUAH PINGGANG    16 BATU KARANG    17 BATUK

  18 BAU BADAN    19 BEGUK    20 BLEFARITIS

 

[Radang atau gangguan pada apendiks merujuk kepada apendiks akut, di mana pesakit boleh rasa sakit di bahagian bawah kanan abdomen, rasa mual, muntah, hilang selera makan, demam, bengkak abdomen.]

 

Gelisah, rasa terbakar serta takut mati; diarea, gelisah dan makin lemah; sakit mencucuk serta inflamasi.  – Arsenicum alb. 6, 30, 200, 1M

Sakit teruk dengan tiba-tiba; sedikit ditekan kawasan cedera menyakitkan; mungkin disertai demam kuat.  – Belladonna 6, 30 atau 200

Sakit mencucuk; melarat walau bergerak sedikit; lega bila baring diam.  – Bryonia 30, 200

Sakit lega bila melentur ke belakang; perut penuh angin, serta sakit menggigit.  – Dioscorea 30, 200

Sakit tidak tertahan; terdedah kepada sejuk atau sentuhan tambah melarat sakitnya.  – Hepar sulph 200, 1M

Sakit rasa kembang; seluruh tubuh sensitif, pakaianpun tak boleh sentuh.  – Lachesis 6, 30, 200

Sakit melarat ketika diam atau rehat, lega bila bergerak.  – Rhus tox. 30, 200

 

Remedi biokimia:

Ferrum phos 6X, Kali mur 6X dan Magnesia phos 6X. Magnesia phos diambil bersama air suam.

 TOP

Kandungan

 

 

[Pitam atau hilang sensasi akibat strok atau kerosakan pada salah satu pembuluh darahnya di bahagian otak. Untuk mempastikan remedi efektif, mesti usahakan untuk mengetahui punca sebenar kes.]

 

Pitam tiba-tiba akibat terkena tempias angin sejuk.  – Aconite nap. 30, 200

Terkejut atau renjatan disertai jeritan yang kuat dan mengejutkan; tidak sedarkan diri.  – Apis mel. 30, 200, 1M

Apopleksi akibat kemalangan atau kecederaan mekanikal.  – Arnica 200 atau 1M

Pitam, mulut separuh ternganga dan banyak keluar air liur.  – Baryta carb. 200 atau 1M

Apopleksi disebabkan rasa marah yang tertekan.  Colocynthis 200 atau 1M

Tidak sedar diri; darah naik ke kepala.  – Belladonna 30, 200, 1M

Darah naik ke kepala, darah tinggi.  – Glonoin 30, 200

Pitam; mengeluh secara tak sengaja; pesakit kelihatan bodoh atau tidak sedar.  – Helleborus 200 atau 1M

Apopleksi disebabkan gangguan emosi; dukacita, terkejut atau alami renjatan.  – Ignatia 200 atau 1M

Beserta palpitasi; kulit sejuk dan berpeluh; konvulsi otot-otot muka.  – Laurocerasus 30 tiap tiga jam.

Tidak sedarkan diri, berdengkur.  – Opium 30, 200

* Remedi interkuren guna.  – Sulphur 200

 

Remedi biokimia:

Kali phos 6X dan Magnesia phos. 6X.

 TOP

Kandungan

 

 

[Radang sendi, yang menyebabkan ia sakit, kemerahan, bengkak dan kekejangan. Penawar bagi gout, reumatisme dan seumpamanya boleh juga rujuk kepada remedi bahagian ini. Perhatikan simptom dan modaliti penawar. Lihat juga simptom Gout.]

 

Serangan akut bahagian sendi kaki; sakit dengan kawasan terlibat berwarna merah muda.  – Aconite 30

Sakit teruk; memar atau seperti terseliuh; tidak sanggup disentuh.  – Arnica mont. 200

Sakit tumit; lega dengan meletakkan bahan berat atau berat badan ke atasnya.  – Berberis vul. 6, 30.

Sakit serta radang; bengkak merah, melarat bila bergerak.  – Bryonia 6, 30

Sakit melarat di sebelah malam, dalam cuaca hujan, otot-otot besar terlibat.  – Cimicifuga 30

Sakit melarat walau sentuh sedikit sahaja, terutama selepas hilang cecair vital seperti pendarahan yang banyak, diarea, muntah-muntah.  – China off 6, 30

Aduan sakit pada sendi-sendi kecil beserta bengkak merah atau pucat; sakit beralih-alih, melarat jika bergerak; Remedi utama gout semasa cuaca sejuk.  – Colchicum 6

Aduan sakit pada kaki dan buku lali, ketegangan.  – Drosera 30, 200

Reumatisme otot-otot kronik di bahagian belakang dan leher. Sakit teruk di sepanjang saraf skiatika; kekebasan bergilir dengan sakit.  – Gnaphalium 30, 200

Sakit reumatik tanpa bengkak; sakit di sendi-sendi, melarat waktu malam.  – Iodium 30

Sakit turun ke bawah ke bahagian anggota kaki.  – Kalmia lat. 6

Sakit sendi gout; sakit naik ke atas, lega didemah atau dijaram sejuk.  – Ledum 6, 30

Sakit melarat semasa rehat, malam dan panas; lega dengan sejuk, tempat terbuka dan pergerakan.  – Pulsatilla 30, 200

Sakit lega jika bergerak, melarat dengan terdedah kepada cuaca sejuk.  – Rhus tox 6, 30

Sakit dalam tulang panjang sama ada disebabkan kecederaan atau reumatisme.  – Ruta grav. 30, 200

Atrofi (pengecilan) otot-otot; kekerasan dan ketegangan.  – Strychninum 3X atau 6X

Apabila asal aduan berpunca daripada gonorea; melarat di waktu siang.  - Medorrinum 200, 1M

Kronik, asal aduan bersifat tuberkular.  Tuberculinum 200, 1M

Sakit reumatisme disertai gangguan kulit, dan gatal-gatal. Tidak dapat berjalan tegak.  – Sulphur 200

 

Remedi bokimia:

Natrum phos. 6X, untuk reumatisme sendi lutut.

Calcarea fluor 12X untuk pertumbuhan tulang cacat; lega panas dan melarat dengan sejuk.

Magnesium phos. 6X

 TOP

Kandungan

 

 

[Asma bronkial. Lelah. Inflamasi bahagian trek bronkial disebabkan oleh perkara-perkara seperti batuk, alergi dan sebagainya.  Aduan yang kerap didengar dari pesakit asma bronkial ialah masalah pernafasan terganggu, dispnea, batuk jenis kering dengan bunyi seperti siulan dan lain-lain.]

 

Semasa serangan akut ketika pesakit kebimbangan, takut dan dispnea.  – Aconite 3X atau 6 dan Ipecac 6, gilir setiap setengah jam.

Menghidu bau bunga menyebabkan asma.  – Ailathus g. 30

Pesakit jenis seram sejuk, melarat kalau minum air sejuk; sangat dahaga, resah, bimbang; melarat tengah malam, antara 1.00 hingga 3.00 pagi.  – Arsenicum alb. 30, ambil tiap 1 jam, ketika serangan asma

Lelah kronik, terutama bila berkait dengan bronkitis.  – Blatta Orient. 3x

Disebabkan marah, dada rasa sesak, ketat.  – Chamomilla 30

Sukar dan pernafasan laju; merasakan seakan setiap tarikan nafas adalah yang terakhir; tidak dahaga.  – Apis mel. 30

Lelah kronik yg mempunyai kahak hanyir dan busuk.  – Arsenicum iod. 6, 30

Lelah orang tua, kulit nampak biru; ingin dikipas ketika serangan.  – Carbo Veg. 30

Asma di kalangan kanak-kanak yang boleh dirujuk sumber kerana cacing.  – Cina 30, 200

Disebabkan emositertekan; dukacita; kurang keluarkan kahak; melarat bila tersedut asap.  –  Ignatia 200, 1M

Asma dan loya.  – Ipecac 6, 30, tiap ½ jam

Lelah melarat ketika tidur dan selepas tidur. Melarat lagi ketika mengambil makanan masam atau cuka.  – Lachesis 30, 200

Pesakit psikotik, melarat di sebelah  siang hari. Batuk nafas pendek.  – Medorrhinum 200 (1 dos dalam setiap 2 minggu sebanyak 3 kali sahaja)

Asma ketika diserang histeria (hysterical asthma); batuk; melarat dengan kehangatan tilam katil.  – Nux mosch. 30, 200

Lega bila membaringkan belakang, serta kaki tangan di rentang jauh.  – Psorinum 30, 200

Asma ketika katarah; berkehendakkan udara lapang; gangguan rahim.  – Sabina 30, 200

Disebabkan bau haruman yang kuat; berpunca daripada gastrik; dispnea dan dada tercekik.  – Sanguinaria 30, 200

Dispnea di tengah malam dan awal pagi, pesakit inginkan pintu dibuka.  – Sulphur 30, 200

Asma melarat sebelah malam; apabila remedi yang dipilih gagal.  – Syphilinum 1M (setiap minggu sebanyak 3 dos)

Bagi pesakit yang datang mendapatkan rawatan homeopati selepas mengambil steroid dll.; kesan buruk vaksinasi; pesakit jenis sejuk.  – Thuja 200, 1M

Asma gemuruh, spasmodik; tersedak.  – Valeriana 30

 

TOP

Kandungan

 

 

 

[Renal calculi, Nefrolitiasis. Kalkulus ginjal. Keadaan bila ada batu karang dalam buah pingang. Rujuk SSP&RH ms. 21. Lihat juga Batu Karang,]

 

Pada peringkat akut; sakitnya tidak tertanggung.  Aconite 200 atau 1M. (Gilirkan dengan Chamomilla 200 atau 1M. Tiap 15 minit sebanyak 3 dos)

Sakit sangat di bahagian belakang dan pinggul akibat laluan batu karang; air kencing mengandungi mendapan berwarna merah bata.  – Arnica mont. 30, 200. 1M

Sakit ginjal menyerap hingga ke dada; ada mendapan warna coklat dalam urin; bau busuk.  Benzoic ac. 30

Urin mengandungi darah atau kecoklatan beserta mendapan warna putih; membakar dalam uretra ketika kencing.  –  Calcarea carb. 30, 200

Untuk membuang batu buah pinggang dan menghentikan pembentukan batu.  – Calcarea renalis 3X atau 30.

Sakit mengorek-ngorek, mengoyak-ngoyak atau berdenyut di kawasan ginjal; melarat bila ditekan; menjalar daripada buah pinggang ke pundi kencing dan uretra beserta rasa hendak kencing sangat-sangat; melarat sebelah kiri; sakit belakang.   –  Berberis vulg. 6-30.

Sakit mengoyak, tajam; membakar ketika kencing; radang laluan kencing.  – Cantharis 30

Laluan batu karang sakit merenggut-renggut dan krem; lega jika dilentok ke belakang.   –  Dioscorea 30

Boleh kencing dengan lebh baik ketika baring; tidak boleh menahan urin; menitis selepas duduk.   –  Kreosote 30

Sakit dialami berhampiran leher pundi kencing selepas kencing.   –  Sarsaparilla 6, 30

Batu dalam pundi kencing; aliran urin terhenti secara tiba-tiba; urin bertali dan berdarah; kencing sakit serta rasa membakar.   –  Uva ursi 30

Boleh kencing dengan bersusah-payah; dapat kencing dengan selesa dengan menyandarkan belakang.   –  Zincum met. 200

 

Remedi biokimia:

Magnesium phos. 6X untuk sakit.

Silicea 12X atau 30X dan Calcarea phos. 30X untuk menghancurkan batu.

TOP 

Kandungan

 

 

[Batu karang atau kalkuli boleh timbul dalam buah pinggang, pundi kencing, atau saluran kencing. Begitu juga ia mungkin terdapat dalam hempedu. Penawarnya banyak bergantung kepada simptom yang tepat dan tidak semata-mata kepada lokasi batu karang. Sekiranya tidak lega dalam waktu yang dekat, perlu dirujuk pada doktor. Ada masanya batu terlalu besar dan keras yang tidak mungkin dapat dipecahkan oleh remedi. Lihat juga Batu Buah Pinggang (renal calculi).]

                                                                                   

Batu karang dalam hempedu.  – Chelidonium 6, 30 atau Carduus mar. 6, 30.

Batu karang dalam buah pinggang, kolik, sakit dan kencing kotor.  – Berberis vul. 6, 30.

Angin tidak cerna dan sakit kolik datang berulang.  – China off. 6, 30

Sakit kekejangan.  Magnesium phos. 6x (lebih berkesan ambil dengan air panas)

Kalau kencing sangat sakit, rasa panas membakar.  – Cantharis 6 atau 30.

TOP 

Kandungan

 

 

[Rujuk PKK&RH, ms. 22. Lihat juga Bronkitis.]

 

Batuk pendek, kering yang datang dengan tiba-tiba kerana terkena angin sejuk, kering;  pesakit resah, cemas, takut.  Aconite 6, 30

Mendengar musik menyebabkan timbul batuk-batuk.  – Ambra gr. 30

Bunyi bergelegak dalam paru-paru, cepat, pendek;  ada kahak tetapi sukar untuk mengeluarkannya.  – Antimonium Tart  6, tiap setengah jam sebanyak 3 dos.

Sesak nafas tengah malam, batuk serta asma (lih. asma)  – Arsenicum alb. 6, 30

Batuk keras, kering melarat bila masuk bilik hangat;  batuk sakit dada;  batuk yang menyakitkan serta sakit kepala;  dahaga, sembelit.  Bryonia 6, 30

Batuk menyebabkan sakit dirasakan di kawasan lain.  – Capsicum 6, 30

Batuk hingga terkencing; batuk jenis kering; pesakit rasa lega  bila beralih di tempat yang lembab, sejuk.  – Causticum 6, 30

Batuk jenis kering ketika batuk; melarat bila marah.  – Chamomilla 6, 30

Sakit rasa berdebu dalam kerongkong, sakit kawasan hati.   Chelidonium 6, 30

Batuk, bunyi lendir dalam trakea, larings dan tiub bronkial; berdetar dalam dada.  – Calcarea carb. 30

Kanak-kanak rasa putus nafas bila batuk; muka jadi kebiruan dan keunguan;  hendakkan bernafas;  batuk cepat, seperti melepaskan tembakan.  – Corallium rub. 30

Batuk kokol atau rejan (whooping cough), lama.  Drosera 30, sekali sehari.

Batuk selepas demam campak atau demam intermiten yang ditekan. – Eupatorium perf. 6, 30

Batuk selepas terdedah kepada angin sejuk; rasa sesuatu dalam tekak serta sakit ketika menelan; sangat sensitif dengan sejuk dan sentuhan.  – Hepar sulph. 6, 30

Batuk, kejang dan melipat ke hadapan.  – Hyosciamus 6, 30

Setiap kali pesakit berdiri dan berjalan, ia batuk. Melarat bila menyedut asap rokok, rasa mengantuk selepas tiap kali batuk.  Ignatia 6, 30

Batuk dengan rasa loya berterusan, lidah nampak bersih.  – Ipecac 6, 30

Batuk dan keluar kahak bertali; sinusitis kronik; sakit dalam telinga ketika batuk.  – Kali bich. 6, 30

Batuk melarat antara jam 2 hingga 4 pagi.  – Kali bich. 30

Batuk, kering, serta inginkan minuman panas, masin.  – Lac caninum 30, 200

Batuk melarat berjalan, ketika turun tangga berbanding ketika naik; melarat antara jam 4 hingga 8 malam.  – Lycopodium 30

Batuk lega bila baringkan diri.  – Manganum acet, 30

Batuk; batuk kokol yang kuat, kejang sehingga sesak nafas.  Mephitis 3x, 6

Batuk dan demam kuning.  – Natrum sulph. 6x, 6

Batuk jenis kering yang kuat serta sembelit.  – Nitric acid 3, 6

Batuk selepas makan banyak.  Nux vom. 6, 30

Batuk sebelah malam malam, diarea di siang hari.  – Petroleum 6, 30

Batuk suara parau sehingga hilang suara;  pesakit kepingin meminum air sejuk;  kadang-kala dalam kahak ada darah.  – Phosphorus 6, 30

Batuk melarat di bilik tidur yang panas;  lega di bawa ke tempat terbuka;  tidak dahaga serta mulut kering;  malam tidak dapat tidur.  – Pulsatila 6, 30

Batuk dan tersumbat hidung waktu malam.  – Sambucus 6, 30

Batuk yang selalu berakhir dengan bersin.  – Senega 6, 30

Batuk jenis kering;  bunyi seperti menggergaji kayu;  menyalak, suara parau.  – Spongia 6

Kahak flegma kekuningan dan terasa manis;  kelemahan dan kekosongan dalam dada.  – Stannum met. 30

Batuk kering, keras; melarat tengah malam;  lega siang dan bergerak keliling perlahan-lahan.  – Syphilinum 200 atau 1M, sekali seminggu sebanyak 3 kali.

Batuk melarat bila bercakap, ketika menarik nafas (terutama bila angin sejuk) dan terjadi hanya di siang hari.  – Rumex 6, 30

Batuk lega bila hisap rokok; batuk ketika atau selepas meratap tangis.  –  Tarentula hisp. 30, 200

Batuk dan terkencing.  – Thuja 30

Batuk spasmodik semasa mengandung.  Viburnum 30

 

TOP  

Kandungan

 

 

[Body odour. Lihat juga Pernafasan Berbau.]

 

Disebabkan berpeluh, terutama di atas dahi.  – Calcarea carb. 30, 200

Bau busuk pada tubuh seperti keju lama serta kulit sensitif.  – Hepar sulph. 30

Bau berlebihan, peluh melekit sehingga mengotorkan pakaian dengan warna kuning, tapi peluh yang keluar tidak mengurangkan aduan.  – Mercurius sol. 30

Berbau serta kulit nampak kotor, tidak sihat; tidak suka mandi.  – Sulphur 30, 200

Peluh banyak pada kaki, kedua tangan dan ketiak.  – Silicea 30 atau 200

* Remedi interkuren.  – Psorinum 30 atau 200

TOP 

Kandungan

 

 

 

[Mumps. Penyakit akut berpunca daripada virus yang menular pada manusia. Virus ini menyerang kelenjar parotid dan menyebabkan kelenjar ini bengkak, radang dan sakit. Rujuk KIPH, ms. 72. Lih. Demam.]

 

Awal serangan dengan kehadiran demam secara tetiba, beserta dahaga dan resah gelisah.  – Aconite 6, 30

Berkait dengan demam; campak, cacar dan lain-lain;  sakit tak tertahan;  gelisah bimbang dan amat dahaga, minum kerap tapi sedikit.  – Asenicum alb. 6, 30

Demam panas membakar, kering, muka merah, membengkak lebih di sebelah kanan serta sakit berdenyut-denyut;  meracau serta sensitif dengan cahaya.  – Belladonna 6, 30

Bila bengkak jadi keras, juga melibatkan payu dara, ovari dan  testikel;  pesakit inginkan udara bersih, dikipas.  – Carbo veg 6 atau 30

Apabila bengkak menjadi ungu; bengkak teruk dan menyakitkan.  – Lachesis 30, 200

Peluh dan nafas berbau, bau busuk dari mulut, kerapkali banyak liur;  pucat dan bengkak.  – Mercurius 6, 30

Sakit mencucuk hingga ke dalam telinga ketika menelan;  muka nampak pucat; kelenjar keras seperti batu dan sakit.  – Phytolacca 6, 30, 200

Beguk di sebelah kiri; melarat di waktu malam dan rehat; membengkak dan inflamasi serta demam;  gelisah.  – Rhus tox 6, 30

 

Remedi biokimia:

Ferrum phos. 6X dan Kali mur. 6X

TOP 

Kandungan

 

 

[Inflamasi atau radang pada kelopak mata serta iritasi.]

 

Blefaritis kronik;  mata cengkung ke dalam, merah dan gatal-gatal.  – Antimonium crud. 30, 200

Membengkak beredema; kelopak mata bawah;  melarat panas, hilang dahaga.  Apis mel 30 atau 200.

Letusan merah pada kelopak mata, kelopak mata membengkak.  – Graphites 30, 200

Dalam kes akut bila ia mungkin menanah atau sudah menanah, lega dengan panas.  Hepar sulph 3X atau 6X untuk mempercepatkan penanahan. Potensi 30, 200 bergantung kepada keadaan.

Keradangan; di antara dua kelopak mata dan kening.  Kali carb 30 atau 200, tiap 10 minit sebanyak 3 kali.

Dalam kes sifilitik;  sensitif dengan sentuhan, panas atau sejuk.  – Mercurius cor 30, 200 tiap 10 minit sebanyak 3 dos.

Bengkak beredema;  di bawah kedua kelopak mata;  dahagakan air sejuk.  – Phosphorus 30 atau 200

Kedua kelopak mata membengkak serta banyak lakrimasi; melarat dengan sejuk dan lega bila panas;  resah gelisah.  – Rhus tox 30

Blefaritis serta kekerasan disebabkan ketumbit atau sista pada kelopak mata.  – Staphysagria 30 atau 200

Membengkak pada kelopak mata kerana ada tumor;  malignan.  – Conium mac. 200 atau 1M

 

Remedi biokimia:

Ferrum phos 6X dan Kali mur 6X.

Silicea 12X sesuai untuk situasi bengkak, membakar dan kemerahan kelopak mata disebabkan lakrimasi,

TOP 

Kandungan

 

  

Sumbangan Konsultan: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.