|
Aktiviti:
HBI Health & Homoeopathy Centre
bersama
konsultan HBI,
Dr Mohamed Hatta, telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan pameran di
Universiti Islam Antarabangsa di Dewan Al-Malik Faisal, kampus Asasi UIA,
Petaling Jaya pada 24 - 27 Nov 2008.Sambutan pelajar adalah baik sekali
terhadap semua gerai Perubatan Tradisional dan Komplementari.
Petikan:
Produk Yang Gagal
Penulis
buku ‘What Self Made Millionaires Really Think, Know and Do’
menyatakan bahawa 19/20 dari produk baru akan gagal. 95% kemungkinan produk
anda yang anda cipta dan buat akan gagal!
Jadi
sebenarnya bila kita buat produk, hanya 5% akan berjaya..Haha.. cabaran tu…
Jangan ingat bila kita buat sesuatu kita akan terus berjaya..
Buat Produk vs Jual Produk
Ramai dari
kita (termasuk saya dulu), mempunyai mind set yang salah.
“Bila ada produk ni,
mesti laku sebab ada market.”
Kita
menganggap bila kita ada produk, kita tentu boleh hidup senang sebab produk
kita akan terjual dengan larisnya.
Tetapi
bagaimana kalau satu pun tidak terjual ?
Kenapa
tidak terjual ?
Produk Baik + Pemasaran salah =
Projek Gajah Putih
Produk Tak Elok + Pemasaran
Salah = Campak kat tong sampah.
Buat yang baru
Produk Tak Elok +
Pemasaran Betul = Aniaya Pelanggan
Produk Baik + Pemasaran
Betul = Goreng Pisang Panas!
Maksudnya
di situ, mencipta produk adalah sebahagian. Sebahagian lagi yang lebih
penting adalah menjualnya. Mencipta produk dan menjual produk adalah 2
perkara yang berbeza. Salah satu silap, kejayaan juga terancam.
Produk ICT yang saya pernah ciptakan dulu, salah dari segi pemasaran, model
perniagaan dan strategi businessnya.
Berbanding
dengan ebook, konsep pemasarannya adalah tepat.
Kunci untuk
menambah kejayaan produk anda adalah pemasaran.
Sumber:
http://www.irwandahnil.com/2008/06/20/produk-apa-ya/
|