Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

Promo produk terbaru HBI, buku "Panduan Praktikal Terapeutik". [Pesanan @ watsap: 013-9802991 P]

PELANCARAN BUKU/EBOOK HOMEOPATI TERBAHARU HBI

(Format Mobile - 09 Dis. 2019)

 

oleh:  Huzaini Ibrahim, pemilik HBI

 

Pada hari isnin, 2 Dis 2019 seminggu yang lalu, HBI Health & Homoeopathy Centre dengan kerjasama Kolej MARA Banting telah mengadakan "Majlis Penyampaian Koleksi Buku dan Pelancaran Buku/eBook Terbaharu HBI" serta Program EXSOL (Pembangunan Staf) Kolej MARA Banting. Majlis ini telah menjemput seorang tokoh veteran dalam perubatan konvensional dan homeopati iaitu Dato' Dr. Suriyakhatun Osman. Beliau merupakan Setiausaha Agung Kehormat Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM). Beliau telah menyampaikan Ucaptama dalam majlis berkenaan dan turut merasmikan Majlis yang julung-julung kali diadakan oleh HBI Health & Homoeopathy Centre dengan kerjasama pengurusan Kolej MARA Banting.

 

  Di samping jemputan bagi merasmikan Majlis berkenaan, Dato Dr Suriyakhatun juga telah turut memberi satu ceramah Pembangunan Staf bagi staf Kolej MARA Banting dan hadirin ahli homeopat melalui satu ceramah kesihatan yang bertajuk "Sihat Tanpa Ubat". Ceramah itu diadakan sebaik sahaja selepas rehat serta selesai program perasmian "Majlis Penyampaian Koleksi Buku dan Pelancaran Buku/eBook Terbaharu HBI".

  Pada majlis bersejarah itu, tiga persatuan homeopati di Malaysia iaitu Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM), Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputera Malaysia (PPHBM) dan Persatuan Homeopathy dan Biokimia Malaysia (PHDBM) telah menghantar wakil masing-masing bagi menerima koleksi buku-buku terbitan HBI yang diterbitkan dalam tempoh 15 tahun terakhir penerbitan.

  Selain itu, pihak HBI Health & Homoeopathy Centre juga telah memberi sumbangan melalui penyampaian koleksi buku-buku kepada perpustakaan institusi-institusi MARA yang terdekat di dalam negeri Selangor dan ibu pejabat MARA Kuala Lumpur. Semua penyampaian itu telah disempurnakan melalui perasmi Majlis iaitu Dato' Dr. Duriyakhatun binti Osman.

  Di dalam majlis itu, Mohamed Hatta Abu Bakar selaku Pengurus Syarikat HBI dan penulis buku-buku HBI telah memberi serba sedikit penjelasan tentang sejarah dan objektif satu-satu buku itu dterbitkan. Antaranya, beliau menyatakan bahawa:

  "Pada tahun 1990an, sungguhpun sudah ada beberapa buah buku homeopati ditulis, namun ia tidak menumpukan kepada keperluan orang awam. Walaupun ada di antara buku-buku itu sangat baik daripada segi isi kandungannya seperti buku "Mengenali Homeopati Melalui Rawatannya" yang ditulis oleh Prof Hj Ahmad Khan Said, tetapi kaedah susunan dan penyampaiannya kurang sistematik dan menyukarkan orang awam atau yang baru belajar homeopati memahaminya."

  "Jadi buku pertama terbitan HBI adalah bertujuan menyampaikan ilmu perubatan homeopati secara keseluruhan dengan susunan bab dan gaya bahasa yang memudahkan orang awam memahaminya. Dan sebaik sahaja ia diterbitkan, kami dapati respons klien atau pelanggan adalah sangat positif, walaupun ada kritikan daripada sudut ejaan kerana tidak merujuk daftar istilah Dewan Bahasa dan Pustaka."

  Di antara buku-buku yang diterbitkan pada dekad awal atau dekad pertama penubuhan HBI, ialah buku 'Penawar Homeopati Pilihan'. Dalam menerangkan berkaitan buku 'Penawar Homeopati Pilihan' ini, beliau menyatakan:

  "Buku ini ditulis bagi menjawab persoalan yang kerap dikemukakan oleh orang ramai dan pihak tertentu yang keliru antara perubatan homeopati dan perubatan herba atau tradisional. Ada yang menyangka bahawa pengamal homeopati juga memberi ubat-ubat herba dalam rawatan mereka. Justeru buku Penawar Homeopati Pilihan telah ditulis dan diterbitkan bagi menjawab persoalan itu".

  Jelas beliau lagi, "Buku ini telah memasukkan remedi 48 jenis herba terpilih sebgai rujukan materia medika. Yang menjadikan buku ini menarik ialah kerana ada topik berkaitan Sejarah Perubatan Herba yang menceritakan dengan agak panjang dari segi sejarahnya yang berkurun sehinggalah kepada penemuan ilmu perubatan Homeopati. Di dalamnya juga telah dimasukkan perbezaan antara kaedah perubatan herba dan kaedah potentisasi homeopati sebagai agen penyembuh dalam rawatan kepada pesakit. Akhirnya buku ini mendapat tarikan pembeli yang berhasrat mengkaji tentang perubatan herba, termasuk yang sedang belajar di universiti."

  Antara buku-buku yang diterbitkan oleh HBI yang telah dikupas oleh penulis ialah buku 'Kamus Istilah Perubatan Homeopati'. Kata beliau:

  "Buku Kamus ini sangat penting sekalipun mungkin tidak ramai ahli homeopati berfikir untuk menulis, menyusun atau menerbitkannya. Ia penting kerana setiap disiplin ilmu pada hari ini mempunyai kamus mereka masing-masing. Ilmu biologi ada Kamus Biologi, ilmu kimia ada Kamus Kimia, ilmu kejururawatan ada Kamus Jururawat, ilmu perubatan ada kamu Perubatan dan ilmu farmasi juga ada Kamus Farmasi."

  "Justru adalah penting untuk kita menerbitkan dan memiliki 'Kamus Istilah Perubatan Homeopati' juga. Dengan adanya buku Kamusi Istilah ini, ia mempamerkan bahawa homeopati juga adalah satu disiplin ilmu yang mempunyai istilah-istilah khusus seperti disiplin ilmu yang lain, baik ianya merupakan ilmu antropologi, Sosiologi, ilmu Sains dan lain-lain. Dan kita sebagai ahli homeopati harus berbangga memiliki kamus seperti ini dan seharusnya juga kita pamerkan 'Kamus Istilah Perubatan Homeopati' ini di klinik-klinik kita. Kita boleh berbangga dengan kamus yang kita ada pada hari ni, walaupun ia tidak berapa lengkap, tetapi ia boleh dilengkapkan oleh penulis yang lain di kemudian hari."

  Menurut penulis prolifik buku-buku homeopati ini iaitu hp. Mohamed Hatta Abu Bakar, buku terbaik yang ditulis dan disaring oleh beliau ialah 'Organon Perubatan Homeopati' yang diterbitkan oleh HBI pada tahun 2017. Buku itu sangat klasik dan sukar bahasanya serta merupakan karya agung Dr. Samuel Hahnemann. Dr. Samuel Hahnemann adalah merupakan pengasas ilmu perubatan homeopati yang menemukan ilmu perubatan itu 200 tahun yang lampau. Jika tidak disebabkan harapan yang pernah diluahkan oleh Dato Dr Suriyakhatun kira-kira 10 tahun yang lalu dalam satu pertemuan di Hotel City Villa (ketika seminar homeopati pada tahun 2009) untuk melihat sebuah buku Organon yang lengkap dalam bahasa Melayu, adalah amat sukar bagi beliau menyiapkannya kerana terlalu besar cabaran bagi beliau.

  Di penghujung ucapan beliau, Mohamed Hatta turut menyatakan bahawa, buku terbaharu HBI iaitu 'Panduan Praktikal Terapeutik Homeopati' ditulis untuk memenuhi permintaan sesetengah peminat homeopati yang dahagakan satu buku rawatan terapeutik. Buku itu memuatkan satu bahagian pembicaraan tentang Pandual Praktikal dalam Amalan Terapeutik. Bahagian Kedua adalah berkaitan penyakit-penyakit atau Simptom yang mengandungi 118 entri dengan saranan remedi bagi setiap gambaran sekumpulan simptom.

  Buku ini akan dijual berasingan dengan eBook Panduan Praktikal Terapeutik Homeopati. Harga eBook adalah sama dengan harga buku tersebut juga. Tetapi eBook Terapeutik disusun dengan pautan (link) khas yang membantu pengguna supaya boleh merujuk remedi dengan pantas.

  Bagi mereka yang ingin mendapat contoh yang boleh didownload dengan percuma serta diberi password untuk 5 kali guna eBook tersebut boleh klik link ke www.drhatta.com. Selain eBook Terapeutik tersebut, pengguna juga ditawarkan untuk membeli Koleksi 6 buku terbitan awal HBI yang dinamakan eBook Dekad 1 dan Koleksi 6 buku terbitan terakhir yang dinamakan sebagai eBook Dekad 2. E-Book Dekad 2 juga boleh di'view' secara percuma sebanyak 5 kali melalui password yang diberikan melalui lama www.drhatta.com.

  Untuk mendapat password kekal bagi semua eBook itu, pengguna hendaklah menghubungi no talian yangiberikan. Selepas bayaran dibuat, pengguna akan diberikan link baru untuk download eBook versi KEKAL serta akan diberikan Kata Laluan (password) khas.

  Salam daripada kami. Tawaran dan iklan eBook terbaharu ini juga akan dibuat melalui laman Malaysia Homeopathy Cyber Library pada masa terdekat.

Sekian. Wa Llahu a’lam.

 

 

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta123@gmail.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2018