HBIsmall.gif (2167 bytes)  Repertory

REPERTORY
by Oscar E. BOERICKE, M.D.
RePresented by HBI from HI / Website

Dipersembahkan semula oleh Konsultan HBI daripada HI original

NOTA UNTUK ONLINE REPERTORY


 

     Repertori Dr. W. Boericke ini di'upload' sebagai rujukan repertori untuk semua. Ia dikutip daripada laman Homeopathe International sejak tahun 2002. Ia telah dikeluarkan sebagai rujukan Materia Medika dalam CD asal iaitu Kuiz Materia Medika dan Rujukan 40 penawar. Bermakna bersama-sama dengan repertori itu, kami bekalkan materia medika dalam bahasa Malaysia. Materia Medika itu juga pada asalnya diterjemahkan daripada Dr. W. Boericke, tetapi beberapa bahagian daripadanya disusun dengan dirujuk daripada buku-buku lain, khususnya bahagian pengenalan.  

     Seperti yang dijelaskan oleh Dr. W. Boericke. repertori ini telah dihasilkan selari dengan kaedah repertori utama. Pembahagian sektor-sektor tertentu telah dibuat mengikut cara lama Hahnemann di mana turutan seperti Minda, Kepala, Mata, Telinga dan seterusnya tetap berdasarkan panduan atau kaedah pada waktu itu.

     Demikian juga, tajuk-tajuk utama dan sub-tajuk serta simptom-simptom spesifik di bawahnya telah disusun dalam turutan alfabet. Ini dilakukan secara konsisten oleh Dr. W. Boericke.

     Sementara itu, apabila tajuk-tajuk utama memerlukan penerangan yang lebih panjang dan mendalam, Dr. W. Boericke mengembangkan penjelasannya berdasarkan aturan : Sebab-musabab, Jenis, Lokasi, Karakter sakit, Konkomitan dan Modaliti. Dalam modaliti, kita dapati ada Kemelaratan dan Kelegaan. Begitupun tidak semua tajuk itu mendapat layanan pembahagian yang lengkap seperti dinyatakan. Ada yang diambil sebahagian sahaja daripada turutan itu. Semua ini dilakukan oleh Boericke bagi tujuan memudahkan penggunaannya, tidak lebih dari itu.

    Nama-nama teknikal penyakit dimasukkan ke dalam kurungan sahaja.

    Remedi-remedi pula disusun mengikut urutan alfabet, di mana remedi yang diitalic menandakan remedi itu paling banyak digunakan secara klinikal.. Singkatan remedi dibuat secara bebas dan jelas tanpa memerlukan penjelasan.

     Indeks alfabet yang lengkap juga telah dibekalkan oleh Dr. W. Boericke dalam edisinya yang akhir bagi membantu pengamal yang terlalu sibuk mengurus kes.

     Demikian antara catatan pengenalan yang disampaikan oleh Boericke berkaitan repertori yang ringkas, lengkap dan memudahkan di dalam bahagian akhir buku Materia Medika beliau beserta Repertory.

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
 Banting, 2010.

 

CD Copyright © 2003 HBI Health & Homoeopathy Centre

Repertory