Hari Kedua 
              
              1st International Conference on Homeopathy 
              
              
            
 
            1st 
            International Conference on Homoeopathy  pada pagi ini bermula 
            dengan sesi pembentangan mengenai “Training, Education and 
            Practice of Homeopathy’. Kertas kerja ini disampaikan oleh Dr. 
            Suriyakhatun Osman, pensyarah kanan pengajian homeopati di 
            Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS).
            
            Pada 
            mulanya beliau melahirkan perasaan betapa sukarnya memulakan program 
            kursus perubatan homeopathy di CUCMS justeru tidak pernah terdapat 
            kursus seumpama itu di Malaysia.  
            
            Menurut Dr. Suriyakhatun, beliau memikul tugas itu dalam situasi di 
            mana persatuan homeopati di Malaysia 
            bergerak secara low-profile dan sehingga pada waktu ini hanya 
            terdapat tiga orang pengamal homeopati yang terdiri daripada doktor 
            perubatan biasa. Beliau membicarakan topik "Education & Training 
            In Homeopathy" (A case of   
            
            Malaysia).
            Tajuk 
            seterusnya di sampaikan oleh Dr. Peter Fisher dari Royal London 
            Hospital for Integrated Medicine. Dalam kertas kerja beliau, 
            beliau memperkatakan mengenai pengalaman United Kingdom dalam 
            mengintegrasi homeopati dalam sistem perubatan konvensional.  
            
            Dalam 
            tajuk "Integrating Homeopathy Into National Health System", 
            Beliau mengatakan bahawa antara sebab-sebab integrasi itu ialah 
            kerana keperluan kepada mengurangkan kebergantungan kepada 
            ubat-ubatan moden, kehendak kepada rawatan menyeluruh yang lebih 
            ekonomi, keinginan kepada sistem rawatan yang lebih selamat, kerana 
            ingin mengembalikan seni kesembuhan dalam amalan perubatan dan juga 
            kerana masyarakat inginkan suatu rawatan yang lebih prihatin 
            terhadap pesakit.
            
            Akhir-akhir ini memang rawatan tradisional, khususnya homeopati 
            mengalami tekanan akibat usaha-usaha kerajaan yang ingin membuat 
            pelbagai kawalan dalam pengeluaran ubat-ubatan dan amalan 
            pengamal-pengamal yang dikategorikan sebagai tradisional. Kata 
            beliau, sangat banyak pengamal-pengamal tradisional yang timbul 
            dalam sekelip mata justeru ketiadaan kawalan. Justeru kawalan amat 
            diperlukan.  
            
            
            
Meskipun 
            homeopati jauh berbeza dan penemuannya berasal daripada seorang 
            doktor perubatan konvensional di Barat, namun ianya turut menerima 
            tekanan yang sama. Ini berlaku kerana ia turut dikategorikan sebagai 
            sama sahaja dengan perubatan lain yang dianggap tidak saintifik.
            Oleh 
            kerana akta baru bakal diperkenalkan pada tahun hadapan dengan 
            kawalan yang lebih ketat terhadap pengamal, kertas kerja ini 
            disampaikan sendiri oleh Dr. Ramli Abd. Ghani, Pengarah Bahagian 
            Perubatan Tradisional & Komplementari (T&CM), Kementerian Kesihatan 
            Malaysia. Tajuk kertas kerja yang berhubung dengan penambah-baikan 
            peraturan dan amalan disampaikan di dalam tajuk "Current & Future 
            Regulation for T&CM Practitioners".
            Satu 
            isu yang menarik disampaikan semasa sesi plenary ialah kertas kerja 
            yang dibentangkan oleh Dr. Gustavo Bracho dari Cuba. Beliau 
            memperkatakan mengenai penggunaan rawatan vaksinasi dan pencegahan 
            profilaksis homeopati di bawah tajuk "Vaccines And 
            Homeoprophylaxis: Experience and Potentials".  
            
            Menurut beliau, profilaksis homeopati (homeoprophylaxis) yang 
            digunakan telah menunjukkan kejayaan dalam eksperimentasinya di 
            Cuba. Kejayaan ini merupakan suatu perkara yang harus dilihat secara 
            positif oleh kerajaan Malaysia. Jika kerajaan Malaysia juga boleh 
            melaksanakannya tanpa prasangka, pastinya kita tidak akan terlalu 
            bergantung kepada perubatan dan ubat-ubatan konvensional.
            
            Kejayaan serupa ini juga telah dibuktikan secara saintifik seperti 
            kehendak perubatan Barat apabila kajian berasaskan evidens (evidence 
            based research) berkaitan penawar-penawar homeopati dijalankan. 
            Tidak mungkinlah dengan kesan-kesan serupa itu, ia hanya semata-mata 
            placebo. Demikian dijelaskan oleh Kate Chatfield, yang membentangkan 
            kertas kerja bertajuk "Systematic Review of the Research Evidence 
            for Homeopathy in the Treatment of Allergic Rhinitis."
            
            Kemudiannya Dr. Issac Golden membicarakan pula dua tajuk berkaitan
            Homeoprophylaxis (HP) serta kemampuannya dalam melawan 
            epidemik (epidemics). Kata beliau, oleh kerana ekperimen yang 
            dilakukan berpotensi mencapai kejayaan beliau mengesyorkan supaya Malaysia 
            memberanikan diri mencubanya.
            Kata 
            beliau, "It will provide a viable immunisation strategy for 
            Malaysian Health officials to employ (HP) in the absence of a proven 
            Dengue vaccine. It will placed  
            Malaysia at the cutting edge of research into the prevention of 
            infectious diseases".
            
            Kemudian beliau mengutip pula kata-kata Hahnemann dalam buku 
            Hahnemann Lesser writings yang berbunyi, "If we 
            observe attentively we shall perceive that wise nature produces the 
            greatest effects with simple, often with small means. To imitate her 
            in this should be the highest aim of the reflecting mind."
            
            
            Dan 
            sebelum beliau mengakhiri pembentangan beliau, beliau juga memetik 
            satu ayat daripada al-Qur’an yang menunjukkan betapa Allah Maha 
            Mengetahui dalam setiap perkara berhubung kejadiannya. Jadi tidak 
            perlulah kita berbangkangan (berkelahi) tentang perkara-perkara yang 
            kita tidak tahu secara keseluruhannya.
            Dalam 
            homeopati, jelas amalannya tidak melupakan unsur-unsur rohaniah. 
            Itulah amalan perubatan yang ditinggalkan oleh Dr. Hahnemann yang 
            berbeza dengan amalan perubatan konvensional .
            
            
            Apabila sekali lagi Kate Chatfield, selaku homeopath profesional 
            kembali membentangkan kertas kerjanya, beliau menekankan mengenai 
            keberkesanan remedi-remedi homeopati yang seharusnya diterima 
            seadanya.  Ini adalah kerana ianya memang terbukti berkesan, dan 
            tidak sama sekali seperti placebo.  
            
            
            Tajuk kertas kerja beliau kali ini ialah "The Nature of Evidence 
            and Homeopathy".
            
            
            Beliau turut menayangkan slaid yang menyatakan sesiapa yang 
            percayakan Tuhan pasti percaya akan homeopathy. Juga katanya,  
            
            
            
            "The history of science tells us that there have always been 
            things that could not be explained according to currently held 
            scientifc experience. Homeopathy might be considered an example of 
            an anomaly (a term given by Thomas Kuhn) ."  
            
            
            "It is normal for people who try to work with these anomalies to 
            be marginalised as an emergence of a new paradigm is painful for 
            those with vested interests in the existing paradigm."
            
            
            Pembentangan terakhir pada hari kedua ini disampaikan oleh dua tokoh 
            terkenal, iaitu Dr. Alastair Gray dari Australia dan Dr. Aadil 
            Chimthana-wala dari India.  
            
            
            Pembentangan yang diberikan oleh Dr. Aadil Chimthana-wala turut 
            memukau peserta dengan pengalaman-pengalaman rawatan beliau yang 
            berjaya bagi menangani masalah penyakit jantung, kencing manis dan 
            darah tinggi. Ini merupakan antara penyakit yang dilarang dirawat 
            oleh Kementerian Kesihatan di Malaysia.
            
            
            
            
Tepat 
            jam 5.30 petang 1st Conference on Homeopathy akhirnya 
            terpaksa ditutup. Sebarang soal-jawab tidak dibenarkan lagi.  
            
            
            
            Ucapan penutup telah disampaikan oleh by Hp. Zainul Azmi Ahmad, 
            Presiden Majlis Homeopathy Kebangsaan Malaysia (Malaysian 
            Homeopathic Medical Council -MHKM). Kemudian majlis diakhiri 
            dengan upacara tanda-tangan ke atas baner ICHOM, penyampaian 
            cenderaqmata serta penggambaran bersama barisan pembentang kertas 
            kerja. 
            
             
            Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
            
            17th July 2011