Workshop homeopati 
    berjudul "Casetaking: The Landscape of Homoeopathic Medicine" berlangsung 
    selama tiga hari di 
    Kampus Utama, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), 
    Cyberjaya, Malaysia.
	   Menyambut kedatangan semua peserta 
    bermula pada 29 Jun sehingga 1 Julai ialah Dr. 
    Suriyakhatun Osman. Workshop ini merupakan hasil usahasama di antara CUCMS dengan 
    Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM).
	  Walaupun kebanyakan peserta adalah 
    mereka yang berusia sekitar 40 tahun ke atas, namun ada sebahagian peserta 
    itu kelihatan masih muda belia. Anak-anak yang masih muda itu merupakan sebahagian daripada 15 
    orang pelajar homeopati yang sedang menuntut di Tahun 1 dan Tahun 2 kursus
    Bachelor of Homeopathic 
    Medical Science (BHMS) di CUCMS. 
	  Tetamu jemputan, Dr. Alastair Gray 
    menyampaikan kuliah pembukaan pada hari pertama malam itu dengan memperkenalkan kerangka workshop yang akan berlangsung 
    selama dua hari, iaitu hari Sabtu dan Ahad.  
	  Pada hari kedua, Dr. Alastair memulakan 
    kuliah berkaitan tiga tradisi pengambilan kes dalam homeopati, iaitu (i) 
    memperoleh maklumat, (ii) pokok masalah pesakit dan (iii) 
    berpusatkan pesakit.
	
	  Diulangi arahan daripada Dr. Samuel 
    Hahnemann seperti tertera di dalam Organon iaitu pengamal homeopati klasik harus mengambil 
    sikap berdiam diri, yakin dan percaya, memerhatikan perincian (detail) dan 
    pencerapannya mesti cermat. Ini terkandung di dalam Organon para 83, 84 dan 
    91 sehingga 104.
	  Hasil daripada dapatan (data) pesakit itu, pengamal 
    boleh mengenalpasti sama ada kes itu akut atau kronik. Ia boleh jadi tidak 
    sukar dan boleh jadi kompleks.
	  Presdien Majlis Perubatan 
    homeopathy Malaysia (MPHM) iaitu HP Zainul Azmi Bin Ahmad, tiba di CUCMS sewaktu 
    sesi workshop atau bengkel Pengambilan Kes (Casetaking) berhenti rehat 
    kira-kira jam satu tengahari.  Ketibaan beliau disambut oleh Dr. Suriyakhatun 
    Osman, yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program yang sedang 
    dijalankan di Cyberjaya. 
	  Ini menunjukkan program CUCMS 
    mendapat dokongan kuat daripada MPHM di samping sokongan kerajaan yang 
    berusaha mewujudkan Hospital Integrasi yang merangkumkan semua perubatan 
    alternatif dan komplementari dalam semua penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada 
    pesakit.
	   
    Presiden MPHM telah turut berbicara dengan 
    penceramah jemputan, Dr. Alastair Grey di bilik kuliah workshop berkenaan.
	  Pada hari kedua, kita dapati para peserta 
    disampaikan maklumat lebih lanjut berkaitan pengambilan kes yang bermula 
    daripada zaman Dr. Samuel Hahnemann yang melihat kepada penyakit dan 
    simptom-simptomnya, sehingga kepada J. T. Kent yang membuka fokus kepada 
    personaliti dan konstitusi pesakit (pun turut disebut oleh Hahnemann).
	  Homeopati juga dikatakan banyak dipengaruhi oleh 
    tokoh-tokoh  psikoanalis seperti Sigmund Freud dan Carl Jung. 
	  Dr. Alastair Grey menerangkan bahawa kenyataan 
    Freud mengenai sakit demam itu disebabkan oleh tekanan seksual dan teori Carl 
    Jung yang menekankan bahawa kita perlu melihat kepada simptom dan 
    simbol-simbol kerana semua itu adalah gambaran bahasa bagi ketidakseimbangan 
    dalaman, merupakan sesuatu yang berkaitan dengan perubatan yang diasaskan 
    oleh Hahnemann.
	  Dr. Alistair turut menjelaskan bahawa para pesakit 
    juga sudah berubah dari dekad ke dekad. Umpamanya, kalau dahulu pesakit 
    mungkin masuk ke bilik rawatan dengan mengadu sakit kaki, sakit bahagian 
    siku, kepala dan lain-lain. Namun sejak tahun 1980an, ramai pesakit masuk 
    dengan luahan peribadi yang menyeluruh seperti, "saya rasa sangat tidak selesa 
    dengan....."
	  Pada hari kedua ini juga para peserta telah ditunjukkan 
    dengan beberapa rakaman video pengambilan kes yang memaparkan sesi 
    konsultasi terkini Dr. Alastair Grey. Sesi berakhir kira-kira jam 5 petang. 
	
      Pada hari Ketiga workshop homeopati "Casetaking: The Landscape of Homoeopathic Medicine" 
    yang diadakan di 
    Kampus Utama, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Dr. Alastair masih 
    memaparkan dan menunjukkan video mengenai kes pesakit yang mana beliau 
    adakan sesi konsultasi.  
	
	
       Tetapi kemudian beliau membicarakan pendekatan baru dalam 
    pengambilan kes. Ini termasuk pendekatan R. 
    Sankaran mengenai kaedah "Sensations" dalam pengambilan kes dan analisis. 
    Dalam hal ini, seorang homeopath dikatakan boleh menemui remedi terbaik bagi 
    seseorang pesakit hanya menerusi mendengar dan memerhatikan tanda-tanda dan 
    simptom-simptom yang berbeza yang dipunyai pesakit sewaktu pesakit itu 
    mengalami sakitnya.
	   Meskipun pesakit itu mengadu mengenai 
    sakit kepala, gatal-gatal ataupun kerosakan pada kuku, tetapi menerusi 
    konsultasi yang berbeza daripada amalan ortodoks, pengamal akan melihat 
    kepada ekspresi energetik yang dipaparkan oleh peskit.
	  Dalam kaedah ini juga, pengamal tidak lagi 
    mengendalikan kes mengikut gaya Hahnemann, tetapi sebaliknya aktif mendesak 
    pesakit supaya menceritakan atau menerangkan perkara sebenar - masalah yang 
    berada disebalik semua adu-aduan.
	  Di sini, kata Dr. Alastair Grey, pengamal 
    homeopati mencari suatu corak (pattern) atau profail pesakit, yang 
    dianggap sebagai panduan kepada remedi yang hendak dipreskripsikan. Beliau 
    turut menunjukkan kaedah konsultasi beliau (Sankaran's style) pada akhir 
    sesi hari terakhir itu yang memaparkan pesakit Sepia.
	  Pada akhir sesi tengahari Prof. 
    Hanafi, Naib Presiden MPHM juga dijemput untuk menerangkan sedikit mengenai 
    sejarah homeopati di Malaysia. Di sebelah petangnya, selepas sedikit ucapan 
    penutup daripada Dr. Alastair, semua peserta telah dianugerahkan dengan 
    sijil kehadiran workshop.
	
    
	         
          
             
          - Admin Dr.Hatta.com @ homeolibrary.com