| 
     
           
           | 
          
           
          Ayat 100 
          
           Mengambil kes lebih banyak 
          berkenaan semboyan daripada menamakan penyakit tanpa terlebih dahulu 
          menyiasat bahawa penyakit itu adalah palsu, dan pura-puranya itu 
          menunjukkan keangkuhannya. Mustahaknya pemeriksaan tiap-tiap pesakit 
          itu sama dikehendaki pada tiap-tiap pesakit yang mengidap wabak, 
          seperti perut memilin (memulas), demam selsema, campak (measles), 
          demam balun (scarlet fever), sakit kerongkong, smallpox, bengok, demam 
          kepialu (typhoid), sejuk, batuk dan lain-lain. 
          
          Ayat 101    
          
           Bagi penyakit wabak, 
          jumlah semboyan tidak ada. Tabib-tabib yang jujur akan bekerjasama 
          mengkaji penyakit wabak, untuk mendapatkan penawarnya yang seraksi dan 
          menghasilkan kebaikan-kebaikan kepada perikemanusiaan dan perubatan. 
          
          Ayat 102 
          
           Tabiat bagi penyakit wabak 
          dapat dikenal melalui kumpulan jumlah semboyan penyakit dari beberapa 
          orang pesakit yang berlainan perlembagaan tubuhnya. Dengan kumpulan 
          gambaran penyakit wabak ini akan dapat dipilihkan penawarnya. Penawar 
          itu akan dapat mengatasi wabak, mengurangkan kadar kematian, membasmi 
          bahaya wabak. 
             | 
          
      |