| 
           
          Ayat 10 
          
          Tubuh tanpa kuasa hayat 
          akan hilang perasaan dan kesedaran, inilah yang dikatakan mati. Tidak 
          ada alasan memisahkan antara semangat dan tubuh. Kedua-dua ini 
          bertalian yang juga merupakan satu susunan yang padu. Kesedaran ini 
          adalah kesan penjelmaan hidup kerana kesedaran. 
          
          Ayat 11 
          
          Alat-alat tubuh yang 
          mempunyai kuasa hayat (V.F) manakala diberikan ubat-ubat menunjukkan 
          gejala yang tidak sihat dari perasaan dan hayatnya, inilah yang 
          dikatakan sakit. Kuasa hayat yang telah berubah ini diketahui melalui 
          semboyan. 
          
          Ayat 12 
          
          Oleh itu dengan 
          menghilangkan gangguan rasa dan hayat yang tidak sihat tadi, 
          membuktikan kembalinya pemulihan kuasa hayat dan anggota tubuh, 
          jadilah ianya sihat. 
          
          Ayat 13 
          
          Sesuai dengan kuasa 
          tertinggi, iaitu pencinta perikemanusiaan, tidak ada yang tidak dapat 
          disembuhkan, yang tidak boleh diketahui akan tabiat penyakit atau 
          keganjilan penyakit yang tidak nampak, tidak ada semboyan… 
          pesakit-pesakit ini yang terlepas dari perhatian tabib-tabib untuk 
          disembuhkan. Tidak ada sebarang aturan memakai ubat, mengetahui 
          gangguan penyakit berhubung tabiat penyakit itu secara teragak-agak. 
          
            
           |