| 
           
          Ayat 137 
          
          Prover-prover mestilah 
          cerdik, jujur, pengecam, bertimbang rasa dengan tugasnya, merasakan 
          bahawa ia berkhidmat untuk perikemanusiaan. Perhatian hendaklah 
          diambil bahawa dos yang diberi itu mestilah sedikit bagi mengelakkan 
          timbul seraksi yang kuat. 
          
          Ayat 138 
          
          Tiap-tiap perubahan 
          daripada biasa hendaklah diperhatikan dan dicatat dalam bahasa yang 
          sangat senang. Terutama pada keadaan kebenaran. Kalau ada antara 
          semboyan yang telah dirasa sebelumnya hendaklah dicatatkan kerana 
          semboyan-semboyan tidaklah lahir dengan sendirinya. 
          
          Ayat 139 
          
          Prover-prover mestilah 
          mencatat apa yang dirasakan dan perasaan-perasaan. Catatan mestilah 
          dibuat dari hari ke hari sepanjang masa proving itu. 
          
          Ayat 140 
          
          Kalau prover itu tidak 
          mencatatkan, seseorang lain yang pandai mengecam hendaklah mencatat 
          tiap-tiap hari apa yang diterangkan oleh prover itu. Tidak boleh 
          agak-agak, tidak ada perkara ‘kalau-kalau’ atau kenyataan yang dipaksa 
          dimasukkan ke dalam rekod-rekod itu. 
          
          Ayat 141 
          
          Tabib-tabib yang sihat dan 
          tidak prasangka serta baik penerimaannya adalah prover terbaik sekali. 
          Tiap-tiap tabib Homeopathy hendaklah cergas dalam proving ubat-ubat 
          sebagai persediaan sebahagian dari amalan seninya.  |