| 
           Ayat 
          142 
          
          Semboyan penyakit yang tidak dapat dilihat pada kerja ubat 
          kadang-kadang boleh diperhatikan dan dihilangkan dengan ubat bila 
          diberi sebagai penawar. Semboyan ini bolehlah ditambahkan sebagai 
          Pathogenesis kiranya dicatat oleh pemerhati yang berkelayakan. Telah 
          banyak diperkatakan bahawa semboyan itu dimasukkan dalam Materia 
          Medica dengan palsu. 
          Ayat 
          144 
          
          Materia Medica yang seperti itu hendaklah dalam bahasa tabii yang 
          tulin. Tiap-tiap sangkaan hendaklah dikikis. 
          Ayat 
          145 
          
          Beberapa ubat hendaklah diprove dan boleh sesuai dijadikan penawar 
          Homeopathic bagi tiap-tiap penyakit yang diidapi oleh manusia. Dengan 
          penawar-penawar ini kesihatan manusia dapat dipulihkan dengan cepat, 
          lemah-lembut, berkekalan selamat dan cepat. Kaedah Allopathic yang 
          membahaya itu bolehlah dielakkan, kerana cara itu mengusutkan penyakit 
          lagi, menjadikan seseorang itu mendapat penyakit chronic. Ini 
          menyukarkan sekali untuk menghilangkan akibat penyakit itu yang 
          dideritai oleh manusia. 
          Ayat 
          146 
          Tugas 
          yang ketiga bagi tabib itu ialah menjadikan pengetahuan ubat-ubat itu 
          bagi menyembuhkan penyakit-penyakit.    |