| 
           
          Ayat 147 
          
          Ubat-ubat yang paling 
          sesuai bagi menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu ialah ubat yang 
          mempunyai semboyan yang paling serupa kerja khasiatnya. 
          
          Ayat 148 
          
          Di sini dijelaskan teori 
          cara penyembuhan dengan penawar dan dos yang diulang dengan betul. 
          Dijelaskan juga bahawa ubat-ubat yang sesuai mendatangkan sakit-sakit 
          buatan yang serupa dengan penyakit hendak diubati itu, dengan tabiat 
          penyembuhannya semula jadi itu berkuasa membebaskan penderitaan 
          manusia. Penyakit-penyakit buatan itu akan habis tempoh dayanya dan 
          anggota tubuh itu sihat seperti sediakala. 
          
          Ayat 149 
          
          Penyakit-penyakit acute 
          cepat disembuhkan. Penyakit-penyakit yang kusut berkehendakkan masa 
          yang lama. Penyakit chronic dan yang bercampur-aduk semboyannya 
          menghendaki masa yang panjang mengubatinya, ataupun payah disembuhkan. 
          Pesakit-pesakit yang memakan ubat yang bercampur-aduk dengan banyaknya 
          didapati payah menerima apa-apa rawatan yang lain. 
          
          Ayat 150 
          
          Gangguan yang sedikit 
          memerlukan perubahan makanan dan cara hidup. 
             |