| 
           
          Ayat 196 
          
          Penggunaan ubat-ubat luar 
          (local use) yang seraksi bolehlah dimaafkan dan munasabah (tidak satu 
          kemestian). 
          
          Ayat 197 
          
          Pemakaian ubat luar 
          mencepatkan hilangnya penjelmaan yang luar itu lebih cepat lagi 
          daripada penyakit bahagian dalam yang mengganggu kemajuan kesembuhan 
          yang sempurna. 
          
          Ayat 198 
          
          Sepertimana pemakaian 
          ubat-ubat seraksi di bahagian luar yang termasuk rawatan terhadap 
          penyakit-penyakit gonorrhea, chancere (paru), ketuat sycotic atau 
          penyakit perempuan tidak akan menghilangkan idapan penyakit di dalam 
          tetapi menyebabkan terjadi semboyan peringkat kedua. Penyakit 
          perempuan (Venereal) dengan cara membenamkan yang diamalkan oleh 
          tabib-tabib maka manusia diserang oleh penyakit baka (constitutional 
          disease) yang melahirkan penjelmaan yang dipanggil berbagai-bagai nama 
          seperti gila, barah, batuk kering, perbuatan jahat (delinquency) dan 
          jenayah. Perbuatan jenayah atau gejala-gejala antisosial adalah kesan 
          langsung dari tidak betulnya alat-alat tubuh dalam, yang mana 
          mempengaruhi fikiran seperti emosi atau kecerdasan otaknya. 
          Fikiran-fikiran yang terganggu ialah disebabkan oleh Chronic Miasm 
          hingga melahirkan perbuatan yang abnormal dan tabiat biadab. 
          
          Ayat 199 
          
          Lebih-lebih lagi dengan 
          mengecam penjelmaan yang di luar itu bukan sahaja mengusutkan penyakit 
          tetapi menghalang dan menjadikan payah diubat dan disembuhkan, di 
          antaranya sama sekali tidak boleh disembuhkan. 
             |