| 
           
          Ayat 204 
          
          Terkecuali 
          penyakit-penyakit yang disebabkan oleh ubat-ubat yang kuat, hidup yang 
          tidak sihat, maka penyakit idapan chronic yang dideritai oleh manusia 
          berkurun-kurun adalah timbul dari tiga chronic miasm iaitu: psora, 
          syphilis, sycosis. Apabila miasm ini menjelma keluar, dibenami dengan 
          ubat sapu maka lambat laun penyakit ini akan menentang undang-undang 
          tabii. 
          
          Perkembangan ini menimpa 
          manusia dengan berbagai penyakit chronic, menjadi mangsa manusia 
          beribu tahun. Penyakit ini dapat dicegah kiranya tabib itu dapat 
          menyembuhkan tiap-tiap chronic itu dari benihnya lagi secara 
          Homeopathy dari dalam yang sesuai daripada disapu, ditampal dengan 
          ubat luaran. Sikap kejam ini berlaku di kalangan ahli perubatan kerana 
          mereka enggan mempelajari fakta tersebut ini: 
          
          Pertama: Apa yang boleh 
          disembuhkan dalam penyakit umumnya dan khasnya pada tiap-tiap penyakit 
          itu. 
          
          Kedua: Apa yang dapat 
          disembuhkan dalam ubat amnya dan tiap-tiap satu ubat itu khasnya. 
          
          Ketiga: Bagaimana 
          menyesuaikan dengan tepat apa yang dapat disembuhkan dalam ubat  
          dengan apa yang hendak disembuhkan pada penyakit artinya:-  
           
          
              a. Bagaimana 
          menyesuaikan penawar yang sesuai dengan penyakit. 
          
              b. Bagaimana cara yang 
          betul menggunakan dos. 
          
              c. Bagaimana tepatnya 
          mengulangkan dos. 
          
              d. Bagaimana 
          mengenalkan dan menghilangkan sebab-sebab penyakit itu dari tubuh 
          manusia yang sihat.  
          
          Ayat 205 
          
          Tabib-tabib Homeopathic 
          mesti berhadapan dengan penyakit-penyakit chronic yang mempunyai 
          semboyan-semboyan peringkat pertama yang telah dibenamkan. Cara 
          mengubatnya telah diterangkan dengan lengkapnya dalam buku “Mengubat 
          Penyakit Chronic”. 
          
          Ayat 206 
          
          Penyakit yang mendalam 
          kadang-kadang disebabkan oleh pembenaman kerosakan peringkat pertama 
          dari dua atau tiga chronic miasm. 
             |