| 
           
          Ayat 22 
          
          Penyakit itu menjelmakan 
          jumlah semboyan-semboyan. Kerja ubat pula melahirkan jumlah, tanda dan 
          semboyannya. Ubat hendaklah diberi sebagai penawar yang mesti seraksi 
          atau semboyan yang berlawanan penyakitnya (kalau panas lawannya panas). 
          
          Ayat 23 
          
          Banyak pengalaman telah 
          membuktikan ia itu kaedah membenamkan penyakit yang dipakai oleh 
          Allopathy sebagai ubat, tidak boleh bekerja menyembuhkan, sebaliknya 
          mendatangkan semboyan yang berlawanan yang mana menghilangkan sakit 
          itu sebentar sahaja, atau natijah membenamkan atau mengusutkan 
          penyakit itu, bahkan tidak menyembuhkan sama sekali. 
          
          Ayat 24 
          
          Oleh kerana itu tidak ada 
          lain cara memberi ubat-ubat bagi mengubati penyakit ialah dengan 
          kaedah Homeopathy, iaitu ubat yang dipilih mengikut jumlah semboyan. 
          Ubat-ubat mestilah berkuasa melahirkan sakit buatan yang serupa dengan 
          penyakit asal. 
          
           Ayat 25 
          
          Banyak pengalaman telah 
          membuktikan, bahawa ubat yang telah dipotensikan, iaitu yang ada daya 
          seni yang akan menyembuhkan jumlah semboyan penyakit yang serupa 
          dengan jumlah semboyan kerja ubat (Similimum Similibus Curentur).  |