| 
           
          Ayat 236 
          
           Penawar yang paling 
          mujarab sekali bila diberikan selepas sahaja berlalu serangan. 
          
          Ayat 237 
          
           Kalau demam-demam kebah 
          itu berhenti dalam masa yang singkat, ubat-ubat bolehlah diberi 
          selepas peluhnya hilang. 
          
          Ayat 238 
          
           Kadang-kadang dengan satu 
          dos sahaja cukup untuk menyembuhkan kalau serangan (paroxysm) 
          mengulang dan totalitinya sama, ulang-ulangkan ubatnya. Kiranya tidak, 
          ubat yang lain hendaklah diberi atau pesakit-pesakit itu hendaklah 
          meninggalkan dari daerah lembah-lembah itu. 
          
          Ayat 239 
          
           Boleh dikatakan kebanyakan 
          ubat-ubat itu melahirkan demam-demam yang tersendiri dan 
          berulang-ulang. 
          
          Ayat 240 
          
           Kalau penawar itu tidak 
          boleh menyembuhkan tinggalkan tempat lembah itu, pesakit psora itu 
          adalah sebabnya dan mestilah diubat sebagaimana diarahkan. 
             |