| 
           
          Ayat 241 
          
           Serangan-serangan acute 
          dari penyakit-penyakit acute dalam satu kumpulan dari beberapa orang 
          pesakit kelihatan seperti wabak yang berulang-ulang padahal ia bukan 
          wabak yang berulang. Kalau satu-satu kes itu tidak dapat gambaran yang 
          jelas, maka hendaklah dikumpulkan dari beberapa totaliti tadi dan cari 
          mana semboyan yang utama dan ganjil, maka penawarnya akan sesuai 
          dengan kumpulan gambaran-gambaran itu dan boleh mengatasi penyakit itu. 
          
          Penawar ini biasanya boleh 
          melegakan kes-kes yang tidak kusut dengan psora. 
          
          Ayat 242 
          
           Penyakit-penyakit acute 
          ini yang berulang-ulang, kiranya tidak sembuh-sembuh atau dirosak oleh 
          ubat Allopathic akan menjadi sifatnya chronic wabak berulang-ulang 
          yang terjadi pada satu-satu masa, tetapi dengan penawar Sulphur yang 
          sedikit dan selalu diulang-ulangkan dengan jarak tempoh yang lama, ia 
          boleh disembuhkan. 
          
          Ayat 243 
          
           Oleh kerana kerap serangan 
          acute sebelumnya maka psora telah menjadi tersembunyi (latent), 
          apabila psora ini telah menjelma dengan penawar anti-psoric sahaja 
          boleh melegakan. 
          
          Ayat 244 
          
           Kesembuhan hasil dari 
          pertukaran hawa hanya pada lahir sahaja. Miasm-miasm chronic terus 
          tetap tersembunyi, penawar antipsoric sangatlah mustahak untuk 
          menyembuhkan. 
          
          Ayat 245 
          
           Bila tercapai kemajuan 
          pemulihan, ulangan penawar akan bertentangan. 
             |