| 
           
          Ayat 246 
          
           Kesan kesembuhan 
          tiap-tiap penawar itu boleh terus hingga 10, 20, 30, 40 atau sehingga 
          seratus hari. Hasil yang baik boleh didapati dengan mengikut 3 syarat 
          berikut: 
          
          1. Pilih penawar yang 
          sesuai sekali - Similimum. 
          
          2. Gunakan dos yang paling 
          sedikit yang boleh mendatangkan perubahan - Minimum. 
          
          3. Ulang tiap-tiap satu 
          penawar itu pada tempoh tertentu - simple. 
          
          Amalan ini akan 
          mendapatkan natijah yang paling baik. 
          
          Ayat 247 
          
           Bagi 
          penyakit-penyakit chronic dos boleh diulangkan dalam 7, 14, 12, 10, 7, 
          tetapi kes-kes yang acute dos bolehlah diulangkan dalam jarak tempoh 
          yang singkat iaitu 24, 12, 3 atau 4 jam sekali. Dan yang paling acute 
          pula 1 atau 2 jam sekali atau setiap 5 minit sekali bergantung kepada 
          nature penyakit dan ubat. Untuk mendapatkan maklumat yang cepat 
          daripada masa pengecaman yang lama itu maka Hahnemann menasihatkan 
          supaya mengulang dos yang sesuai dengan beransur-ansur ditinggikan 
          potensinya. Pindaan perenggan ini di dalam cetakan keenam hendaklah 
          dikaji benar-benar. Nasihat meninggikan potensi ini ditegaskan lagi 
          dalam perenggan berikut. 
          
          Ayat 248 
          
           Penawar yang sama 
          hendaklah diulangkan hingga kesembuhan tercapai. Di masa itu kalau 
          penyakit bertukar semboyannya menjadi kusut, ubat lain hendaklah 
          dipilih. 
          
          Ayat 250 
          
           Kesalahan dalam 
          memberikan ubat mestilah diperbaiki dengan mematikan ubat itu, dan kes 
          ini hendaklah diulangkaji dengan sangat teliti (adalah sukacita 
          diketahui bahawa Hahnemann sendiri mengakui kemungkinan berlakunya 
          kesilapan dalam memilih penawar). 
             |