| 
           
          Ayat 251  
          
           Kalau sesuatu penawar yang 
          telah dipilih dengan cermat gagal menghasilkan kebaikan, periksa 
          perangai hidup pesakit itu. Pengaruh yang merosakkan hendaklah 
          dihilangkan bagi mencepatkan kesembuhan yang kekal. 
          
          Ayat 253 
          
           Kepulihan pertama biasanya 
          tidak begitu ketara. Kadang-kadang pulih itu dirasakan sama ada 
          perangai atau rasa senang oleh penyakit itu. Pesakit menerangkan 
          bahawa ia rasa mengurang walaupun pada pandangan seseorang pemerhati 
          ia tidak berubah. Tanda melarat juga diketahui pada perasaan pesakit 
          itu. 
          
          Ayat 254 
          
           Tabib mestilah membuat 
          pengecaman sendiri bukan dari laporan pesakit atau sahabatnya, kerana 
          mereka tidak boleh membezakan mana satu melongkah atau melarat. 
          
          Ayat 255 
          
           Setengah-setengah kes itu 
          kebenarannya didapati ialah membandingkan dengan cermat, keadaan 
          pesakit itu dengan rekod asalnya. Kalau perubahan tidak ditemui 
          kecuali berubah air muka atau kurang kegelisahan bermakna lega bermula. 
          Tetapi kalau perubahan pulih itu lambat periksa kembali aturan makan 
          atau potensi penawar yang telah dipilih itu. 
             |