| 
           
          Ayat 261 
          
          Hilangkan semua penghalang 
          kesembuhan, amalkan cara hidup yang elok, permainan yang ringan, 
          riadah di udara terbuka, berjalan kaki, kerja anggota yang ringan, 
          makanan yang berzat, minum air yang bersih yang tidak dicampur ubatan. 
          Galakkan pesakit itu meminati dalam satu-satu perkara. 
          
          Ayat 262 
          
          Bagi penyakit acute (terkecuali 
          gila), selera pesakit-pesakit itu hendaklah dipuaskan dengan makan dan 
          minum tanpa dipaksa-paksa. 
          
          Ayat 263 
          
          Memuaskan sesuatu 
          keinginan dan kesan dari kesegaran kepuasan itu adalah satu kelegaan 
          dan satu kebaikan. Aturan menjaga panas dan sejuk hendaklah mengikut 
          kesukaan pesakit itu. Sebarang gangguan emosi hendaklah dielakkan 
          secara bijak. 
          
          Ayat 264 
          
          Gunakan penawar yang elok, 
          yang tidak dicampur, yang berkhasiat penuh sebagaimana diuji 
          sebelumnya. 
          
          Ayat 265 
          
          Tentukan pesakit itu 
          memakan ubat yang telah dipilihkan untuknya sahaja. 
          
          Ayat 266 
          
          Bahan-bahan ubat dari 
          binatang dan tumbuh-tumbuhan yang hendak dijadikan ubat mestilah yang 
          masih segar dan mentah yang tidak dimasuki oleh sebarang proses 
          rebusan, peram atau kering. 
             |