| 
           
          Ayat 267 
          
           Air-air pokok 
          tumbuh-tumbuhan yang diperah hendaklah disimpan dalam alkohol, ditutup 
          rapat dan dielakkan dari cahaya matahari supaya khasiat penawarnya itu 
          tidak hilang. 
          
          Ayat 268 
          
           Kulit-kulit, 
          biji-biji, akar-akar kayu dan tepungnya tidak boleh digunakan tanpa 
          ditentukan terlebih dahulu keaslian dan kesegarannya apabila hendak 
          dijadikan ubat. 
          
          Ayat 269 
          
           Benda-benda ubat 
          yang mentah menjadi kuat yang tak terbatas dengan dipertajamkan 
          kuasanya (potentization). Ubat-ubat dalam bentuk yang biasa tidak 
          berkuasa tetapi setelah diproses dengan potentize baru menjadi penawar 
          yang berdaya. Penyiasatan moden terdapat tentang bukti-bukti 
          Infinitesimal ini. 
          
          Terjumpanya tenaga radium, 
          menyingkap alam sarjana, membuka lembaran baru kepada pemikir-pemikir 
          sains kepada perkara-perkara baru yang di luar alam fizik. Ulasan cell 
          atau atom, dan elektron tidak lagi satu dongeng. Ia melahirkan tenaga 
          yang hidup yang tidak mati. Benda-benda itu tidaklah boleh dikatakan 
          menjadi halus, tetapi ia menjadi halus tentang kekuatan tenaganya. 
          Tenaga radioaktif menunjukkan bukti bagaimana ujud dalam atom. 
          Kimia-kimia cell dan kerja-kerja daya potensi yang selama ini menjadi 
          satu perkara agak-agak tetapi pada hari ini sudah difahamkan. 
          
          Dalam kimia-kimia cell itu 
          ujud daya tenaga kehidupan inorgenik pada tubuh memerlukan 
          potensi-potensi. Tabii telah melahirkan daya kekuatan di dalam ion dan 
          elektron bagi mencergaskan alat-alat tubuh.  
          
          Homeopathy mempertajamkan 
          kuasa unsur-unsur ubat itu dengan kaedah hitungan bagi melahirkan 
          kekuatan dinamik ubat itu supaya boleh digunakan kimia-kimia cell itu. 
          Kimia-kimia cell itu ialah berbentuk infinitesimal iaitu bahan-bahan 
          unsur yang mentah kuasanya. Oleh itu Hahnemannlah dengan cermat dan 
          teliti memproses rahsia-rahsia tabii dengan mempotentized ubat-ubat 
          dan dengan itu membetulkan kesilapan-kesilapan tabii. 
             |