| 
           
          Ayat 26 
          
          Undang-undang homeopathy 
          ini diiktiraf tetapi tidak diisytiharkan, kadang-kadang digunakan 
          secara tidak disedari dan dapat diperhatikan ia bekerja, apabila 
          penyakit yang serupa menjelma pada orang lain. 
          
          Ayat 27 
          
          Dari itu kuasa penyembuhan 
          tiap-tiap penawar itu yang lebih tepat bergantung kepada daya 
          melahirkan semboyan yang serupa dengan penyakit. 
          
          Ayat 28 
          
          Undang-undang kesembuhan 
          tabii ini telahpun dijalankan oleh tiap-tiap ujian yang tulin dan 
          pengalaman yang betul serta jujur, melahirkan satu kejayaan yang luar 
          biasa dalam lapangan sains amali. Bagaimanapun satu huraian yang 
          saintifik telah dicuba  bagi menerangkan cara-cara kerja ubat itu 
          adalah tidak mustahak. Rahsia tabii ini tidak boleh dihuraikan oleh 
          manusia, kecuali ia boleh melihat, dengar dan menggunakan
          otak tetapi dia tidak boleh mengerti. 
          
          Ayat 29 
          
          Bagaimanapun keterangan di 
          bawah ini membuktikan iaitu bagi mendapatkan kesembuhan dari sesuatu 
          ubat, maka ubat yang hendak dipilih dan hendak dijadikan penawar itu 
          akan menambahkan bidasan kuasa penyembuhan pada tubuh-tubuh yang sakit 
          dengan memasukkan ubat-ubat itu kepada kuasa hayat hingga menimbulkan 
          sakit buatan yang serupa kesannya dengan penyakit yang hendak 
          disembuhkan. Penawar yang mesti diberi itu hendaklah berpotensi lebih 
          kekuatannya dan bidasan anggota tubuh itu. Lalu ubat-ubat Homeopathy 
          dengan menimbulkan ransang reaksi itu menghilangkan penyakit-penyakit 
          tanpa menambahkan rasa tak senang apabila dos yang sesuai diberi dan 
          diulangkan.  |